Malam esok atau tepatnya awal pagi esok akan berlangsung Cameron Night Run atau CAMRUN melibatkan larian Malam 5 km, 10 km dan 21 km dari Padang MDCH ke beberapa lokasi laluan larian.
Dan petang tadi dari jauh saya terlihat pemberitahuan penutupan jalan samada sepenuhnya atau separa tutup secara berperingkat. Perincian boleh ditanya kepada pihak penganjur CAMRUN... jangan tanya saya ya.. saya kongsi and maklumat yang saya nampak.
Jadi rancang perjalanan anda. Tengah tengah Malam rasanya dalam bilik dah tu...
Tapi kalau melalui kawasan penginapan anda, boleh aje bawak kerusi dan menyokong pelari yang melintas. Bagi sokongan ke... ajak mereka bersteamboat ke.. ajak minum Teh O panas ke...
Glow the dark with neon... bling2 kan suasana..
Ini adalah acara larian kedua melibatkan waktu malam di Cameron Highlands iaitu CULTRA yang bermula 3 pagi ....