Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com
TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:
Tuesday, December 25, 2018
Monday, December 24, 2018
Bayar Parkir dahulu ya...
Sekadar nak menasihatkan...
Pelancong yang Menetap di hotel baik di Pekan Tanah Rata atau Brinchang... letak Kupon parking siap2 malam ni untuk waktu parking bermula 8 pagi esok.. atau pakai myparkir system online...
Nanti terlajak bangun lewat Ada surat cinta menanti di cermin depan... Rugi... mood bercuti pun hilang...
Kompoun 10 ringgit tu boleh dapat 16 paket sayur di gerai Untie Viral Kea Farm........
Sekadar Khidmat Nasihat Masyarakat.....
Cuti Krismas Di Cameron Highlands 2018
Yang tanya Cameron jem ke minggu ni..
saya jawabkan... Ya sesak.. Tapi jangan buat pelik kenapa sesak...
Cuti kan Krismas hari Selasa... Dan tentu hari isnin Ramai yang ambik cuti sekali... untung le....
Dan gaji dah keluar jugak... untung le... yang gaji tetap 7 hb senyap2 aje ya. . 😂
Yang kawan2 meniaga kat sini.. senyum ada panjang kali ni.... maklumlah musim cuti kali ni katanya agak suram.... 😰
Yang bercuti .... selamat bercuti... musim cuti sekolah nak habis .. anak sekolah nak masuk dah minggu depan... nanti poket nipis semua viral kalau nak kena bayar itu ini.. tapi ok kut tahun ni.. Gst dah tak de.. naik kali ni tol pun dah tak de .. minyak petrol dah 1.50.. pendidikan percuma belaka ... tak de nak risau.. enjoy sakan aje...
Minggu depan kami nak main warna-warni di sini ... gantung2 poster ... muka2 yang jarang nampak akan berkampung Kat sini... mulai 12 in sampai 26 hb... pesta wooo...
Sebelum melalut... selamat bercuti.... selamat menyambut Krismas bagi kawan2 yang akan menyambutnya .... Dan selamat berpilihanraya yang berdaftar di sini....
Monday, December 3, 2018
ICERD bukan norma watan!
ICERD bukan norma watan!
ICERD sudah jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan. Jemaah Menteri dan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah bersetuju menolak ICERD kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kenapa masih ada Menteri yang berdolak dalik mencari helah masih mahu mempertahankan ratifikasi ICERD? Kenapa media khususnya portal masih tidak mahu akur dengan keputusan kerajaan tersebut? Kenapa NGO liberal masih berfalasi menyatakan Perlembagaan Persekutuan masih tidak akan tergugat dengan penandatangan ICERD?
Ye betul, dengan hanya tandatangan ICERD Perlembagaan Persekutuan masih akan kekal. Tetapi apabila kita tandatangan dan ratifikasi maka kita terikat dengan apa yang kita tandatangan. Reservasi memang boleh dibuat tetapi reservasi itu boleh ditolak oleh Jawatankuasa Pakar ICERD dan dua pertiga anggota ICERD. Sebagai contoh India yang membuat reservasi berkaitan dengan sistem kasta yang diamalkan di negara tersebut telah ditolak reservasi itu.
Akhirnya Malaysia boleh diadu ke International Court of Justice (ICJ) di The Hague Belanda kerana kegagalan mematuhi ICERD jika kita ratifikasi. Tindakan lain juga boleh diambil terhadap Malaysia, tekanan boleh diberikan kepada Malaysia jika gagal melaksanakan ICERD setelah ratifkasi? Apakah Malaysia mampu menghadapi tindakan dan tekanan ini? Sudah pasti jawapannya tidak.
Seperkara lagi ada yang mengatakan ratifikasi tidak akan menjejaskan tindakan afirmatif kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana kebenaran di dalam Artikel 1(4) ICERD. Ini tidak benar kerana ICERD mensyaratkan tindakan afimatif tersebut mestilah tidak mengadakan hak berasingan kepada dua kumpulan berbeza dan akan dimansuhkan bila tujuan keistimewaan dicapai. Perlembagaan Persekutuan memang memberikan hak berbeza antara orang Islam dan bukan Islam, antara orang Melayu/Bumiputera dan bukan Bumiputera. Sebagai contoh undang-undang keluarga Islam yang berlainan bagi orang Islam dan bukan Islam, larangan pemilikan tanah tertentu kepada golongan tertentu seperti bukan anak Sabah tidak boleh memiliki tanah tertentu di Sabah. Hal ini juga berlaku di beberapa negeri lain seperti Kelantan Sarawak. Malah tanah adat di Negeri Sembilan hanya boleh dimiliki oleh wanita tempatan anak negeri sahaja.
Kesemua hak tersebut tidak dinyatakan tempohnya. Ia dilaksana selagi tiada pindaan kepada undang-undang. Oleh itu syarat di dalam Artikel 1(4) ICERD tersebut tidak boleh dinikmati oleh Malaysia. Kesemuanya perlu dipinda jika ICERD diratifikasi.
Oleh itu saya cabar bagi golongan yang masih mendakwa ICERD membenarkan tindakan afirmatif seperti di atas agar dapatkan pengesahan daripada Jawatankuasa ICERD seramai 18 orang itu bahawa Malaysia masih boleh melaksanakan tindakan afirmatif di atas meskipun meratifikasi ICERD. Baru tuntas kedudukannya jika ada jaminan tersebut. Bukan hanya mendakwa kosong sahaja.
Beranikah anda mendapatkan jaminan tersebut?
Katakan tidak kepada ICERD! ICERD memusnahkan jatidiri negara, ICERD menodai kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sudah diterima rakyat sekian lama, ICERD meminggirkan norma lazim negara yang sudah sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia.
Tanpa ICERDpun tiada diskriminasi kaum di Malaysia, tanpa ICERDpun orang bukan Melayu diberi hak membina kekayaan dan mengumpul harta, tanpa ICERDpun rakyat berbilang agama bebas menganut dan mengamalkan agama mereka, tanpa ICERDpun orang bukan Melayu bersama-sama orang Melayu boleh berkongsi kuasa memerintah Malaysia.
Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
1 Disember 2018
Seri Kembangan
Saturday, December 1, 2018
Jalan Penarikan; Jalan Pintas Purba Orang Melayu Dari Pantai Barat Ke Pantai Timur
Sebelum kewujudan sistem jalan raya atau lebuh raya moden pada hari ini. Orang Melayu zaman dahulu di Tanah Melayu ini telah pun mempunyai sistem jalan darat bagi menghubungkan satu kawasan ke satu kawasan. Malah lebih mengkagumkan adalah sistem jalan purba orang Melayu ini adalah merupakan jalan pintas untuk sampai ke sesuatu kawasan.
Sistem jalan purba yang dibangunkan oleh orang Melayu zaman dahulu ini bukan sahaja berfungsi untuk sebagai laluan penghubung dari kawasan ke satu kawasan tetapi berfungsi sebagai laluan perdagangan, ketententeraan, diplomatik dan laluan harian orang Melayu pada zaman tersebut. Malah jalan purba orang Melayu ini menghubungkan jalan pengangkutan air (kapal, bot atau perahu) dengan jalan laluan darat.
Laluan Penarikan, jika kita nyatakan pada hari ini pasti ramai di antara kita yang kita mengetahui mengenainya. Malah ramai diantara tertanya-tanya nama tersebut adakah suatu tempat di Tanah Melayu ini. Untuk pengetahuan pembaca semua. Jalan penarikan ini adalah jalan purba yang menghubungkan bahagian Pantai Barat dan Pantai Timur. Dimana laluan ini memboleh orang Melayu di Melaka yang terletak di Pantai Barat pada zaman dahulu berhubung dengan Pahang yang terletak di Pantai Timur Tanah Melayu.
Jalan penarikan ini adalah jalan purba pintas yang hanya sejauh lebih kurang 600 meter sahaja. Jalan Penarikan ini terletak di Jempol, Negeri Sembilan dan ianya adalah jalan pintas yang menghubungkan Sungai Jempol di selatan dan Sungai Serting di Utara. Untuk melalui Jalan Penarikan yang akan membolehkan orang Melayu zaman dahulu berhubung antara Pantai Barat dan Pantai Timur.
Mereka perlu mudik ke Sungai Muar (dari Melaka atau Pantai Barat) dan seterusnya akan bertemu dengan pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol. Seterusnya perlu melalui Sungai Jempol hingga sampai ke Pengkalan Bukit Laka dan apabila sampai ke Pengkalan Sungai Serting. Seterusnya masuk ke Sungai Bera dan seterusnya masuk ke Sungai Pahang hingga ke kuala dan pengakhiran nya di Bandar Pekan, Pahang.
Ketika menggunakan jalan pintas yang menghubung Sungai Jempol dengan Sungai Serting ini. Orang Melayu zaman dahulu perlu menarik kapal, boat atau perahu dengan menggunakan tenaga manusia atau haiwan (lembu, kerbau atau gajah). Bahagian kapal, bot atau perahu akan dialas dengan kayu balak yang bertindak sebagai mekanisme pengerak. Melalui aktiviti menarik kapal, bot dan perahu ini melalui laluan inilah maka jalan ini mendapat nama nya menjadi "Jalan Penarikan".
Kewujudan Jalan Penarikan di Jempol Negeri Sembilan untuk menghubungan bahagian Pantai Barat dan Pantai Timur Tanah Melayu ini adalah telah lama dan sebelum wujudnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi pada 1400M. Malah di Jalan Penarikan ini amat penting dalam sejarah peradaban orang Melayu purba di Tanah Melayu. Malah Jalan Penarikan ini ada dinyatakan dalam kebanyakkan peta Semenanjung Tanah Melayu purba yang dihasilkan oleh cendekiawan negara barat pada masa dahulu. Jalan Penarikan ini juga dicatitkan dengan banyak peristiwa penting di Tanah Melayu pada masa tersebut seperti digunakan Siam untuk menyerang Melaka, digunakan kerajaan Melayu Srivijaya bagi meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu, misi Hang Tuah membawa Tun Teja pulang dari Pahang ke Melaka dan banyak pelbagai peristiwa penting yang tidak dicatitkan dalam catatan sejarah.
Subscribe to:
Posts (Atom)