Jumaat dah ni.. Ada sesiapa nak merasa sesak atas jalan... tidur dalam kereta... silakan ke Cameron Highlands sempena Cuti Hari Malaysia sehingga Isnin ini.
Cuma golongan berikut diminta tidak perlu datang ke sini:
1. Sangat pandai buat anak, tapi urusan berak anak tak pandai pula. Pamper buang bawah kereta, tepi jalan, bangku taman dan pasu bunga.
2. Bawak kereta macam escort VVIP. Mencelah sesuka hati.
3. Beli kereta mahal tapi parkir kereta 3 ringgit liat nak bayar di Kea Farm. Parkir di tepi jalan yang dilarang. Sesak 10 km di belakang bukan urusan aku katanya!
4. Gang konvoi motor ke kereta ke kapal terbang dan kapal selam yang mana ada mamat poyo yang pakai vest kuning ada tulis marshall ke apa ntah yang akan tahan trafik sesuka hati untuk pergerakan konvoi tu. Kami tak respek malah menyampah sesangat.
5. Yang tak boleh hujan sebab nanti upload status benci hujan.
6. Yang tak reti nak check Kat waze atau Google Maps untuk status jalan atau trafik.
7. Yang tak tahu nak ke mana lalu naik status bagi cadangan.. anda dah tunjukan anda jenis tak merancang perjalanan anda atau harapan semuanya tersedia depan mata.
8. Yang jenis alergik dengan tong sampah. sebab tu buang sampah sesuka hati.
9. Yang alergik kereta kotor maka sampah perlu dibuang serta merta dari kereta dengan kaedah buka tingkap dan campak aje.
10. Yang kaki petik... semua jenis bunga di taman dan simpang nak dipetik malah dicabut untuk dibawa pulang.
cukup 10 dulu... Yang 11 seterusnya pandai-pandailah di ruangan komen.
kawan2 tambah....
11. Bawak kereta menyiput betul.... bertepuk tampar.... melentok liuk manjanya sebab naik Cameron mestilah mood honeymoon..bhai kereta bawak slow.... romantik... Yang Kat belakang pun kena ikut bontot menyiput..... laju la sikit .... Kami Ada yang bekerja atau urusan lain ..
bukan marah... sekadar membawang.....
No comments:
Post a Comment