TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, July 12, 2016

1,000,000 Halaman Dibaca...


Alhamdulillah,
Awal pagi tadi saya mendapati blog mrkumai.blogspot.com ini telah mencapai 1,000,000 halaman telah dibaca oleh pengunjung ke blog ini.

Saya sangat tidak menjangka blog ini akan melepasi jumlah halaman dibaca tersebut kerana ianya hanya sebuah blog yang diwujudkan untuk berkongsikan catatan peribadi dan juga sebagai arkib maklumat dan koleksi gambar yang saya rakamkan.

Saya mendapati catatan berlabelkan Cameron Highlands menjadi pilihan pembaca yang mungkin inginkan sedikit maklumat awal untuk bercuti di sini.

Tidak menjadi masalah kepada saya untuk berkongsikan mana yang patut berkenaan Cameron Highlands kerana hampir 10 tahun menginap di sini menjadikan ianya juga sebagai kampung halaman terbaru saya.

"Di mana bumi dipijak di situ  langit dijunjung" memang berakar dalam diri saya jika berbicara mengenai Cameron Highlands kerana daerah ini memang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Terima kasih di atas sokongan anda kepada laman blog mrkumai.blogspot.com ini.

Semoga ada catatan yang telah dapat membantu anda dalam pencarian maklumat yang berkaitan.

Terima kasih.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock