TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, September 29, 2014

Pulau Perhentian .... santai hari pertama ...

sambungan dari catatan pertama;

Hari Pertama di Teluk Dalam:

Kami mendapat trip pertama seawal 9 pagi dengan keadaan pantai yang sedikit bergelora kerana angin kuat.  

Bot yang kami naiki adalah dari jenis bot laju dengan dua enjin yang mempunyai kapasiti 200 kuasa kuda setiap satu.

Perjalanan kami ke Pulau Perhentian mengambil masa sekitar 35- 40 minit sahaja.



Kami di bawa ke Pantai Teluk Dalam di mana terdapat sebuah jeti utama untuk ke  Arwana Perhentian Eco Resort and Beach Chalet.

Memasuki kawasan teluk ini kami memang merasa teruja melihat kejernihan air di teluk ini yang bewarna hijau terutamanya sekitar pukul 10 hingga 11 pagi.



Kami segera check in untuk pengesahan awal sebelum meninggalkan bag di kaunter untuk berjalan sekitar pantai di Teluk Dalam ini .

Waktu check in di hotel ini adalah sekitar jam 3 petang dan ke atas.



Jadi anda telah gunakan 3-4 jam pertama untuk meninjau dan beraktiviti di Pantai Teluk Dalam ini dengan tiba awal.

Anak-anak saya mula terlompat-lompat untuk mandi laut. Maka dengan keizinan dan pengawasan kami, mereka mula mandi dan bermain pasir di pantai.


Saya pula sempat meninjau kawasan sekitar terutamanya mencari tempat makan. Ini kerana saya tidak mengambil pakej makanan sekali.

Kami memilih Samudera View Cafe untuk makan tengahari yang ringkas.

Kawasan Pantai Teluk Dalam dinamakan sedemikian bukan kerana pengairan  yang dalam tetapi teluknya yang sangat luas dan melengkung ke dalaman.


Kawasan pantainya amat landai dan cetak sehingga hampir 150 meter sebelum laut lepas.

Kalau mengikut kisah yang dikhabarkan kepada kami, di sini lah kawasan pertama Pulau Perhentian di temui seawal kurun ke 18. 

Malah kami sempat dibawa ke Lata Air Berani yang mengatakan tapak pertama pendaratan ke pulau ini.

Malah lebih uniknya terdapat air mata air yang mengalir dari celahan batu yang masih menjadi misteri punca atau sumber airnya.

Malah kalau anda nak melihat kuburan lama penghuni asal Pulau Perhentian, lokasinya adalah di dalam kawasan Hotel Arwana itu sendiri.



Kami kembali ke Hotel sekitar jam 1 dan segera pula kakitangan di Hotel memanggil kami untuk menyerahkan kunci bilik kami!

Jimat 2 jam dari yang sepatutnya.

Di masa kami membawa beg ke bilik, anak-anak kecil kami pula terjun ke kolam renang untuk mandi sekali lagi selepas hampir 3 jam mandi laut.


Bilik penginapan kami adalah "Deluxe Pool View with balcony" dan ternyata berbaloi kerana betul-betul di hadapan kolam renang.

Di Arwana Hotel ini anda boleh memilih bilik tanpa balkoni atau chalet tepi laut. Malah kalau bukan di hotel ini, anda boleh memilih untuk pilihan penginapan yang banyak di sepanjang pantai dengan variasi harga yang berbeza.

Kami tidak berlama di dalam bilik kerana adalah rugi jika anda menghabiskan masa di dalam bilik semata tanpa mengikuti aktivti luaran jika berada di Pulau Perhentian ini.



Pastinya antara aktivti utama adalah snorkeling  seperti pakej di atas yang menawarkan ke beberapa lokasi yang menarik. 

Insyallah akan saya kongsikan aktiviti snorkeling kami ini dalam catatan seterusnya. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock