TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, May 6, 2014

Ipoh .. Pasar Karat @ Loken...

Jika anda ke Bandaraya Ipoh dan masih berkesempatan sehingga hujung minggu atau lebih tepat di pagi Ahad pastikan anda pergi ke Memory Lane atau Pasar Karat atau Loken atau Loke Kin atau apa jugak nama yang popular di kalangan penduduk tempatan.
 
 
Apa yang istimewa? Ini adalah satu-satunya pasar yang menjual barangan lama, antik dan unik dan ianya di IPOH.
 
Kali pertama saya ke sana adalah pada tahun 2007 dan kemudian beberapa kali. Kali terakhir adalah semalam ...
 
 
Apa yang uniknya di sini?
 
Anda perlu berjalan ke sini  dan merasai sendiri dan anda akan menemui jawapannya.
 
Saya suka ke sini setiap kali bermalam di Ipoh kerana untuk saya bertolak dari Cameron Highlands awal pagi rasanya tidak rajin pula.  
 
 
Malah menjejakkan kali  ke sini saya pastikan membawa kamera  DSLR kecuali semalam hanya sekadar telepon blackberry saya sahaja.
 
Terasa rugi . Tak apa .. lain kali ...
 
 
Walaupun tidak membeli apa-apa barangan antik dan unik di sini, saya suka melihat setiap bentuk barangan yang ada kerana ada yang pertama kali saya temui manakala yang pernah saya gunakan pastinya mengimbau kenangan lama.
 
 
Cuma untuk berkongsikan dengan anak sulong saya yang masih berusia awal 5 tahun ini tidak mencapai objektif kefahaman baginya lagi setakat ini.
 
 
Hanya koleksi jualan mainan terpakai mengundang minatnya setiap kali ke sini. Habis segalanya ingin dipegang dan yang menarik perhatiannya pasti akan cuba dibeli.

Itu belum bawak adiknya yang lebih kuat memilih barang setiap kali ke kedai.
 
 
Di mana dan bagaimana nak pergi ke Pasar Karat ini?

Mudah sahaja .. Pertama mesti ke Bandaraya Ipoh.

Kemudian anda pergi sahaja ke Hotel Ipoh City atau Grand View Hotel atau cari sahaja Tune Hotel Ipoh yang betul-betul di hadapan pasar ini dan kalau tak silap saya di Jalan Horley dekat dengan Jalan Sultan Idris.


Anda google sahaja atau guna Waze asti akan lebih mudah seperti saya.
 
Ingat hanya dibuka pada hari Ahad sehingga tengahari sahaja waktu operasi Pasar Karat ini. 
 
 
Cuma pengamatan saya ianya semakin membesar dengan kini lorong-lorong di sekitarnya juga dijadikan lorong berniaga dan cuma terdapat lambakan barangan baharu seperti dari China yang menganggu identiti Pasar Karat ini...
 
 
Selain barangan yang dijual dan boleh dibeli saya lebih suka melihat aksi bersahaja para penjual dan juga pembeli yang sedikit berbeza dengan pasar-pasar biasa.

 
Mereka lebih bersahaja. Santai dan ada yang amat ramah melayan pelanggan yang bukan hendak membeli tetapi lebih kepada mengetahui usul asal barangan antik dan unik yang cuba dijual oleh penjual.

Rasanya pasar ini sepanjang 500 meter dan kalau dah pergi balik sekitar 1 km.


Kalau anda tidak suka melihat barangan lusuh dan mungkin pada pandangan anda kelihatan seperti sampahatau bernilai rendah, saya tidak mencadangkan anda ke sini.

Tetapi jika anda ke sini juga, hormatilah pandangan mereka kepada nilai barangan yang antik, lusuh dan unik ini.

Koleksi 64 keping gambar versi kamera telepon saya semalam di sini ..Klik

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock