Cuti sekolah datang lagi dari minggu lepas dan kali ini 17 hari menanti dan boleh menjadi pilihan anda..
Yang bertanya, apakah yang istimewa kali ini. Saya sukar untuk menjawab.
Pertama saya rasa tiada keistimewaan yang diadakan atau dirancang sempena cuti sekolah kali ini malah mungkin yang lepas-lepas juga.
Suasana di pasar malam diu Brinchang masih sama dan hanya bertambah jumlah gerai.
Manakala di Tanah Rata seperti biasa bazar cuti sekolah kembali di tapak depan arked makanan baharu namun masih menyajikan jualan barangan yang sama.
Di kawasan-kawasan startegik yang lain masih sama.
Masih tidak berubah adalah kesesakan jalan raya di sepanjang laluan utama di sini yang berbentuk laluan tunggal. Agak terhad laluan alternatif yang boleh digunakan untuk mengelakan kesesakan.
Juga tidak berubah adalah dengan ladang teh yang masih terhampar hijau dan juga kebun strawberi masak meranum di pasuannya.
Tiada hotel baharu dibuka baik yang kecil mahupun yang besar.
Jadi apa yang ada... terimalah seadanya...
Saya pelik juga, sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ni memang suram di Cameron Highlands.
Mungkin pihak Tourism Board Malaysia mahupun Pahang mengenepikan lokasi tanah tinggi ini dari kalendar pelancongan mereka.
Mungkin pada pandangan mereka tiada istimewanya daerah tanah tinggi ini.
Atau mereka berpendapat tanpa sebarang promosi dan acara khas, pelancong tempatan masih lagi akan terhegeh-hegeh mendaki kawasan perlancongan ini.
Jadi tiada acara khas yang perlu dianjurkan ataupun terlintas untuk dianjurkan.
Tiada pula sambutan perlancongan diadakan sepanjang pengetahuan saya dan kalaulah ada saya tidak menyedari ataupun lebih kepada program syok sendiri mereka.
Jadi berbalik kepada persoalan tadi apa yang istimewa kali ini? Tiada .
Cuma sedikit pengubat luka jika ada yang kecewa, cuaca ketika ini mungkin boleh merawatnya.
Sedikit sejuk dengan hujan secara berkala dan kadang kala kabus datang melanda.
Oh ya, lupa minggu lepas katanya dua tiga hari Pekan Brinchang menghadapi gangguan bekalan elektrik malah ada yang bergelap selama dua malam... bercandlelight dinner sakan la anda..
Juga sedikit gangguan bekalan air semasa tiada bekalan elektrik sedikit menjadikan pengalaman yang mungkin anda tidak inginkan....
Jadi selamat bercuti.
No comments:
Post a Comment