Catatan ini untuk sekadar berkongsikan keadaan laluan ke Cameron Highlands jika anda daripada Simpang Pulai, Ipoh, Perak.
Dari laman Waze saya, barulah saya tahu nama laluan ini adalah Laluan 185 Lebuhraya Timur Barat 2.
Tiada apa-apa yang menarik cuma sekadar berkongsikan tiga lokasi laluan ini terlibat dengan kerja-kerja baik pulih yang agak berat.
Lokasi pertama adalah adalah 15 km daripada Kampung Raja. Di mana itu?
Caranya anda perhatikan batu tanda kilometer di tepi laluan.
Jika anda perhatikan Kg Raja 15 km, maka anda sedang menghampiri kawasan yang sedang dibaiki.
Kalau dah 15 km, rasanya anda sudah 42 km memandu dari arah Simpang Pulai atau sekitar 35 minit dengan kelajuan sekitar 50-70 km sejam.
Di laluan ini, ianya telah dilencongkan ke bahagian laluan asal dan anda mungkin tidak dapat melihat kerja-kerja membaikinya kerana keruntuhan cerun di bahagian luar atau tepi jalan tidak dapat dilihat.
Cuma jika memandu di waktu siang sebelum sampai ke lokasi ini anda dapat melihat cerun yang semakin rosak teruk.
Agak ngeri... kerana kita melalui bahagian atasnya tanpa sedar keadaan bahagian bawahnya.
Cerun ini telah dibaiki pada tahun 2009 kalau tak silap saya dan kini perlu dibaiki semula.
Lokasi kedua tidak jauh dari lokasi ini.
Anda perlu berhati-hati ketika sampai di sini kerana kerja-kerja membaiki cerun amat jelas dan hanya dibuka satu lorong dengan ada kawalan pengawal berbendera.
Cerun yang runtuh dibahagian dalam yang jatuh ke arah laluan.
Patuhi arahan pengawal bendera kerana laluan trafik amat penting di sini.
Lokasi ketiga adalah sekitar 9.8 km sebelum sampai ke Kg Raja. Kerja membaiki cerun dibahagian luar jalan menyebabkan adakalanya jalan dibuka kepada hanya satu lorong dan mempunyai pengawal berbendera yang mengawal lalulintas.
Jadi apabila anda sampai ke lokasi ini, saya mencadangkan agar lebih berhati-hati dan jika anda mendahuli konvoi atau kenderaan lain, sentiasa berwaspada dan berhati-hati.
Selamat memandu dengan cermat dan berhati-hati...
No comments:
Post a Comment