TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, February 18, 2014

Produk sayur-sayuran bermutu tinggi ... segar dari ladang Cameron Highlands...

Mencari sayuran dari Cameron Highlands di mana-mana pasar ataupun kedai di bawah sana bukanlah tugas sukar kerana inilah kawah pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi di negara kita.
 
Sayuran tanah tinggi ini sebenarnya terhad dalam puluhan jenis sahaja yang biasanya tidak sesuai ditanam di kawasan tanah rendah seperti Kubis, capsicum, salad dan juga tomato.
 
Kalau mengikut Garis Pembangunan Tanah Tinggi yang sedia ada, kawasan tanah tinggi dikatergorikan kepada kawasan yang berada di ketinggian 1000 meter dari paras laut dan ke atas.
 
Cameron Highlands memang berada dalam kategori tersebut dan di samping itu, Daerah Kecil Lojing, Kelantan juga berada dalam kedudukan ini walaupun hanya sebahagian sahaja.
 
Cuma kalau dibelek-belek catatan sejarah, pada awal pembukaan daerah ini sekitar tahun 1920, pihak pentadbiran British tidak melihat daerah Cameron Highlands sebagai sumber utama pengeluaran sayuran untuk Malaysia tetapi sekadar membangunkan daerah ini sebagai  stesen penyelidikan dan juga kawasan rehat untuk golongan Eropah yang berada di Malaya ketika.
 
Kedatangan pendatang Cina yang mengubah daerah ini seperti sekarang bermula sekitar 1940 an dan pernah menjadi 'dapur' utama kepada pendudukan Askar Jepun di Malaya.
 
Dan mulai itulah pertanian secara perusahaan keluarga mula berkembang dan lebih menjadi industri sejak tahun 1990 an dengan kemasukan buruh asing ke sini.
 
Apapun saya juga petani biarpun berlainan cara pengurusan. Jadi jika anda ke pasaraya di bawah, carilah jenama Lushious ...

Boleh kan ... terima kasih ....

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock