Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% dari keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua banjaran, iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom.
Bukan saya ingin menceritakan mengenai Daerah Raub samada sejarah ataupun geografinya tetapi sekadar berkongsi sekeping dua gambar mengenai persingahan saya di Bandar Raub pada malam minggu lalu.
Sebenarnya saya kerap juga melalui Bandar Raub apabila saya pulang ke kampung halaman melalui jalan baru Ringlet ke Pos Betau sebelum ke Raub melalui Felda Sg Koyan dan Bentong.
Bandar Raub sangat terkenal suatu masa dahulu dengan trademarknya sebagai Bandar Emas dan nama Raub itu sendiri bermakna gengam dan daripada peristiwa meraub pasir pasti akan meraub emas.
" Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran Tebatan untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir ditebing Tebatan itu dengan tangan masing-masing."
"Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercaya mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB" ."
Maka tidak hairanlah Raub mula menjadi tumpuan kepada syarikat perlombongan emas sekitar tahun 1890 an sehingga 1962. Seketika aktiviti di perlombongan dihentikan tetapi sekitar tahun 1990an ianya kembali diaktifkan bilamana kawasan baru ditemui . Kerana itu, Daerah Raub amat dikenali sebagai Ibu Emas Malaysia.
Tidak banyak terdapat bangunan tinggi di Raub, malah bangunan berbentuk kolonial juga amat sedikit dan apakah saya yang sebenarnya tidak tahu di mana kawasan tumpuan ini. Namun tanpa perlu pergi jauh, sekiranya anda berada di tengah bandar Raub, terdapat beberapa ikon bangunan yang manarik juga untuk diambil gambar.
Dataran Raub |
Pertamanya adalah bangunan Majlis Daerah Raub dan Rumah Rehat Daerah Raub yang terletak berhampiran dengan satu yang lain.
Rumah Rehat Raub |
Jalan-jalan di Raub |
Sedikit sebanyak saya mengakui ramai yang melalui Raub terutamanya bagi perantau dari Negeri Kelantan yang pasti akan singgah di sini untuk menunaikan solat dan berehat sebentar. Pastinya Masjid Sultan Abu Bakar yang betul-betul di tengah bandar ini akan menjadi tumpuan malah saya pernah dikhabarkan suasana sembahyang subuh pada musim-musim perayaan kadangkalanya seperti sembahyang Jumaat.
Rumah rehat Raub |
Klik DISINI.
Cukup menarik maklumat yang diberikan. Bacalah ....
No comments:
Post a Comment