TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, January 25, 2019

Jangkaan Kesesakan Trafik semasa PRK P078 Cameron Highlands


Yang bertanya adakah akan berlaku kesesakan semasa Piliharaya Kecil P078 Cameron Highlands 26 Jan 2019, Sabtu ini? 

Jawapan yang boleh saya kongsikan sekadar jangkaan saya semata-mata sahaja. 

Saya menjangkakan kesesakan akan berlaku biarpun hanya melibatkan seramai 31,639 pengundi dan jangkaan peratusan keluar mengundi sekitar 70-80 peratus namun tumpuan dan persaingan kali ini agak sengit dari suasana kempen yang telah berlangsung. 

Cuma menjadi kelegaanya adalah kawasan Parlimen Cameron Highlands ini melibatkan dua DUN yang berada di dua Daerah iaitu DUN Tanah Rata  di Daerah Cameron Highlands dan Dun Jelai di Daerah Kuala Lipis dengan taburan pengundi yang juga polanya bertaburan terutama melibatkan perkampungan Orang Asli dan Felda. 

Cuma saya jangkakan berlaku kesesakan di kawasan Cameron Highlands yang mempunyai 17 pusat mengundi untuk DUN Tanah Rata berbanding 14 di Dun Jelai. 

Dari 17 Pusat Pengundian di Dun Tanah Rata, saya melihat lokasi pusat pengundian seperti berikut boleh berlaku kesesakan trafik kerana berada dilaluan utama iaitu: 

Ringlet: SJKT Ringlet dan SMK Ringlet 
Brinchang: SJKC Brinchang 
Kuala Terla: SJKT Kuala Terla
Tringkap : SKJT Tringkap
Kampung Raja : SK Kampung Raja.

Manakala di Tanah Rata SMK Ahmad Shah kerana menjadi tumpuan selain tempat mengundi ianya juga merupakan pusat penjumlahan undi. Jika mahu ke Stesen MARDI, saya sarankan rancang pada hari Ahad.

Kawasan tumpuan pelancong seperti Kea Farm tidak terlibat dengan kawasan pusat pengundi memandangkan lokasi SJKC Kea Farm jauh ke dalam. 

Cuma Ladang Teh Sungai Palas dijangka sesak teruk memandangkan pusat mengundi di sini adalah di SJKT Ladang Sungei Palas iaitu sebelah kawasan letak kereta untuk ke Tea Centre Boh Sungei Palas. Saranan saya ialah rancang ke sini pada hari Ahad. 

Pusat-pusat mengundi dibuka sehingga 3 petang atau 5.30 petang. 

Ini sekadar jangkaan saya semata berdasarkan sembang-sembang dengan rakan-rakan setempat yang sentiasa berada di sini semasa piliharaya berlangsung. 

Rancang perjalanan anda. Jika anda terperangkap dalam kesesakan yang teruk, saya cadangkan anda ubah rancangan perjalanan dengan memilih kawasan yang tidak terlibat dengan Piliharaya Kecil ini pada hari Sabtu. 

Selamat bercuti di hari mengundi...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock