Setelah ditutup hampir setahun untuk kerja-kerja pembinaan semula, kini Gerai Makan MDCH Jalan Mentigi kembali dibuka.
Terdapat 12 gerai berwajah baru dibuka dengan pembahagian 8 buah gerai untuk masakan Melayu, 2 buah gerai masakan Cina dan 2 buah kedai masakan India.
Ada yang dibuka untuk sarapan sahaja atau tengahari dan kebanyakan dibuka sehingga makan malam.
Konsep gerai adalah meja makan esklusif kepada ruang gerai masing-masing dan bukannya 'free sitting' seperti di Food Court.
Ini bermaksud, jika anda duduk di meja dan kerusi yang disediakan oleh pemilik gerai di hadapan gerai mereka jadi kenalah order dari gerai tersebut. Sila ambil maklum ya.
Lokasi adalah berhadapan dengan Maybank Tanah Rata dan bersebelahan dengan Kompleks Membeli Belah Cameron Fair yang akan dibuka nanti.
Cuma untuk yang membawa kanak-kanak sedikit berisiko untuk jatuh kerana laman gerai ini masih belum berpagar dan mempunyai ketinggian dari aras jalan sekitar 1.6 meter. Ayuh kita ajukan cadangan kepada pihak MDCH untuk penambahbaikan dan kita kongsikan kerisauan risiko keselamatan ketika mengunjungi gerai di sini.
Apa menu istimewa di sini? Itu anda kena kunjungi sendiri. Cuma setakat ini menu biasa dan diusahakan oleh semua pemilik tempatan dan termasuklah tukang masaknya juga orang tempatan. Belum kelihatan kelibat tukang masak import dari Thailand ya setakat ini.
Sent from my S7edge smartphone
1 comment:
what a great info from ur blog.
keep it up man!
Post a Comment