TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, February 17, 2015

Kayuhan petang ke Ringlet...

Kayuhan ke Ringlet dari Tanah Rata adalah laluan kayuhan yang agak popular di kalangan Cameron Riders.

Ianya lebih kepada kayuhan putus nafas bagi riders baru kerana seronoknya adalah ketika melayan down hill dari Tanah Rata ke Habu sejauh 8 km tetapi perlu mendakinya semula ketika berpatah balik ke Tanah Rata.

Jarak kayuhan adalah 29 km pergi dan balik dan setiap petang akan ada kumpulan yang akan melakukan kayuhan di laluan ini. 


Bayangkan anda akan menuruni bukit dari aras 1,200 meter paras laut ke aras 1,000 meter aras laut dan kembali mendaki ke Tanah Rata. 

Kalau menaiki kenderaan seperti kereta, anda akan memerlukan sekitar 20 minit pemanduan manakala untuk yang berbasikal dengan kelajuan bersantai sekitar 1 jam hingga dua jam mengikut keupayaan masing masing.  






Namun rata-rata yang ditemui seronok melakukannya seperti Meri, Joe, Ayin dan beberapa lagi rakan Cameron Riders yang ditemui ketika berehat di Taman Menara Jam di Tanah Rata selepas menghabiskan kayuhan di laluan ini.  

Taman Menara Jam ini biasanya akan menjadi titik pertemuan sebelum dan selepas berkayuh baik dari arah Tanah Rata mahupun dari kumpulan riders dari arah Ringlet.

Manakala di Ringlet,  Tugu Strawberry yang dikatakan terbesar di Malaysia adalah titik tanda kayuhan telah sampai di Ringlet sebelum berpatah balik.

Jarak dari ikon strawberry ini ke Sempadan Negeri Pahang dan Perak pula kurang 40 meter sahaja dihadapannya.    

Laluan ini melibatkan laluan di jalan utama persekutuan yang menghubungkan kedua pekan ini. Maka selain basikal MTB, anda akan menemui riders road bike juga menggunakan laluan ini sebagai kayuhan santai mereka. 

Jika anda berada di Cameron Highlands dan ingin melakukan kayuhan santai ini, anda boleh melakukannya dengan laluan di atas  dan jika kebetulan ada ahli dan rakan Cameron Riders yang melakukan kayuhan,  jangan malu untuk menyapa dan mungkin bersama-sama melakukan kayuhan tersebut. 


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock