Perkembangan yang amat sihat dapat dilihat di Gerai Makan MDCH sejak kebelakangan ini.
Apa yang sihat?
Semakin menjadi tumpuan untuk pilihan menjamu selera oleh orang tempatan.
Kenapa menjadi tumpuan?
Kerana Semakin banyak gerai dibuka berbanding sebelum ini yang hanya satu gerai makan di waktu malam dan 3 gerai di waktu siang dan sekarang hampir kesemua 9 buah gerai makan dibuka termasuk dua gerai pengusaha makanan Cina.
Sepanjang pengalaman 7 tahun kebelakangan ini, suasana barisan kedai makan di sini agak suram.
Antara faktor lain yang membolehkan kembali menjadi pilihan adalah ruang meletak kereta yang lebih banyak berbanding di Arked Makanan baru dan lama di Jalan utama Tanah Rata yang ditutup untuk kerja-kerja menaiktaraf kawasan letak kereta.
Sembang-sembang dengan rakan di sini pula menambah harga di Arked makanan di sana kian tidak rasional dengan rata-rata sudah mencecah RM 5 hingga 7 bagi setiap menu.
Dan mungkin kerana mereka menfokuskan kepada pelancong.
Di Gerai Makanan MDCH ini harganya murah sedikit.
Apa yang menarik? Itu anda kena rasai sendiri.
Cuma kekurangan kemudahan asas seperti tempat membasuh tangan, surau dan tandas sedikit memberi kesan.
Juga ruang meja yang sempit memberikan mengurangkan rasa selesa. Ruang terbukanya pula sesuai bila tidak hujan.
Tiada khemah tambahan dibenarkan oleh pihak MDCH.
Manakala kurang lampu yang boleh menambah lanskap sebagai tarikan di waktu malam.
Dah cerita panjang, mungkin anda tertanya di mana lokasinya?
Di Tanah Rata berhadapan dengan Maybank.
Selamat menjamu selera.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
2 comments:
Maaf jika ingin bertanya.. strawberry di cameron bermusim atau tidak,jika bermusim..bulan apa yang sesuai untuk melawat ke cameron..kea farm buka setiap hari atau ada hari-hari tertentu sahaja..terima kasih jika encik sudi memberi sedikit pandangan..
Strawberry di Cameron Highlands adalah sepanjang tahun.
Cuma mengikut kebun tersebut samada masih ada pengeluaran ataupun tidak. Tapi biasanya akan ada di kebun lain. Kalau susah, di pasar malam pasti ada.
Post a Comment