TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, December 2, 2013

Cameron Highlands ; Mencari sisi yang berbeza... siri 1

Saya menerima kunjungan rakan lama di UiTM yang bercuti di sini minggu lepas. Selain bersembang kisah silam, politik dan cerita yang lain, beliau menceritakan keseronokan bercuti di sini biarpun sudah memasuki kali keempat dalam tahun ini sahaja.
 
Seronoknya melebihi seronok bercuti di Langkawi. Cuma beliau tercari-cari sisi yang sedikit berlainan dari kunjungan biasa untuk kunjungan yang akan datang.
 
Soalan yang sama pernah saya terima daripada pembaca laman ini mengenai sisi yang sedikit berbeza untuk diterokai selain ikon wajib daerah ini seperti ladang teh, strawberry, kebun bunga dan juga sayur-sayuran...
 
Saya terfikir, apakah sisi Cameron yang boleh anda terokai untuk kunjungan anda kelak.
 
Pertama saya melihat bagaimana kumpulan pengembara dari luar khasnya "backpacker" yang selalunya datang ke sini dan berpandukan panduan dari buku backpacker mereka. Antaranya mereka akan ke Robinson Fall dan beberapa denai kembara yang mungkin berbeza dengan kembara di negara mereka. Mereka berjalan kaki memasuki setiap lorong denai yang dicadangkan tanpa rasa takut dan janggal.
 
Namun untuk mencadangkan kepada pelancong tempatan, saya rasa tiada tarikan kerana mereka sudah biasa.
 
Jadi ke mana untuk saya cadangkan?
 
Saya membelek-balik catatan lama saya dan saya rasa mungkin beberapa catatan lama ini boleh memberikan anda pilihan untuk diterokai jika bersesuaian dengan anda...
 
Jom lihat apa yang ada:
 
Kembara di Jalan Shum Yip Leong.
 
Laluan ini unik kerana terdapatnya kebun bunga komersial yang terletak berselebelahan jalan utama yang kecil dan dahulunya di penghujung jalan terdapat ladang teh yang menggunakan jenama Golden Moutain Tea yang kini sudah tiada kecuali bangunan kilang tehnya.
 
 
Juga saya difahamkan pemilik ladang tersebut menawarkan aktiviti menunggang kuda yang boleh anda ikuti untuk laluan di sekitar kebun di sini untuk tempoh dua jam. Saya ingin sangat mencuba aktiviti ini namun anak kecil saya tidak sesuai pula untuk ikut serta.
 
Catatan mengenai jalan ini boleh anda ikuti di sini.. klik.. 
 
Bagi pengemar bunga, tanaman bunga kekwa atau crisanthemun sememangnya amat mudah ditemui di sini. klik sini untuk koleksi bunga kekwa yang saya rakamkan di sekitar laluan ini dan tips ke sana...
 
 
Kembara Water Crest di Jalan Boh ...
 
Juga terletak di Habu laluan sepanjang 5-6 km ini juga menjanjikan sedikit berbeza bilamana anda akan melalui kawasan water crest farm yang terletak di sepanjang bahu jalan.
 
 
Uniknya ianya bertingkat-tingkat degnan aliran air secara graviti memenuhi kolam tanaman selada air ini.
 
Dari jauh anda dapat melihat teres demi teres yang sedikit berlainan dengan tanaman yang lain.
 
Meniti batas kolam tanaman ini juga amat mengujakan cuma perlu berhati-hati.
 
Klik sini untuk ke catatan water Crest saya yang terdahulu .. klik atau di sini.. klik
 
Kembara Kebun sayur..
 
Selalunya anda akan membeli sayur-sayuran yang ditanam di sini namun saya pasti amat kurang dari anda yang menjelajah ke kebun-kebun sayur yang berada di sini. Mungkin tidak boleh masuk atau takut untuk singgah.
 
 
Sekitar kawasan kea farm terdapat kebun sayur di tepi jalan yang boleh sahaja anda singah dan saya mencadangkan anda berbual sapa dengan pemilik atau pekerjanya terlebih dahulu.
 
Bagi pelancong perempuan tu, jangan keseorangan pula. Juga jaga keselamatan diri anda jangan terlalu over excited. 
 
Kalau anda mendaki secara berkereta ke puncak Gunung Brinchang untuk ke Mossey Forest juga boleh singgah di beberapa lokasi kebun sayur yang terdapat di sepanjang laluan tersebut.
 
 
Lebih exktrem? Menghala ke Tringkap atau Kuala Terla ataupun ke sebelah selatan iaitu di Ringlet dan Bertam Valley untuk pemandangan kebun sayur yang sedikit berbeza.
 
Antara catatan saya mengenai kebun-kebun sayur di sini seperti di sini .. sini ...
 
Cukup? belum ? tak apa ini untuk siri yang pertama sisi yang berbeza yang boleh anda terokai sendiri ke sini. Untuk siri kedua, saya akan kongsikan pula berkenaan,...... tunggu aje lah ... belum dapat ilham ...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock