Saya rasa kian tenggelam keunikan cactus yang dijual di Cameron Highlands untuk para pelancong.
Pemerhatian saya, pelancong tidak lagi menjadikan cactus sebagai kegilaan membelinya ketika bercuti di sini.
Saya bersembang dengan salah seorang kenalan yang menjual cactus dan katanya jualan cactus tidak mendapat permintaan yang tinggi berbanding 5 tahun yang lalu.
Saya akui kerana pemerhatian saya di pasar malam hanya terdapat satu atau dua sahaja gerai jualan cactus dan kalau ada sekalipun tidak seperti dahulu iaitu dicampur dengan barang jualan yang lain.
Dahulu terdapat penjual cactus yang hanya menumpukan jualan cactus sahaja digerai mereka.
Jadi saya rasa perlu disegarkan kembali jualan cactus di Cameron Highlands. Mungkin lebih promosi perlu dilakukan.
2 comments:
Cactus dah kurang permintaan sebab sekarang sangat banyak pilihan pokok2 bunga yang menawan hati.
Bagaimanakah caranya saya nak buat pesanan membeli cactus dgn quantity yang banyak.
Post a Comment