TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label Aduan. Show all posts
Showing posts with label Aduan. Show all posts

Friday, February 3, 2023

Taklimat dan Program Libat Urus Bagi Warta Kerajaan Persekutuan melibatkan notis Menguatkuasakan Larangan Masa ke atas Kenderaan Perdagangan di Cameron Highlands

Pagi 3 Februari 2023 telah diadakan satu sesi Libat Urus atau lebih kepada taklimat kepada pemegang taruh berkaitan Warta Larangan Kenderaan Perdagangan pada masa tertentu untuk laluan Persekutuan 59. 

Saya berkesempatan hadir bagi sesi ini. Antara maklumat penting adalah seperti berikut : 

1. Larangan Kenderaan Perdagangan untuk beroperasi atau berada di atas laluan Persekutuan 59 bermula dari Jambatan Sungai Khazanah yakni Habu sehinggalah ke Jambatan Tringkap. 

Ini bermakna kenderaan perdagangan tidak dibenarkan berada di atas laluan ini melibatkan Pekan-pekan kecil seperti Habu, Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm dan Tringkap sekitar 26 kilometer.

2. Tempoh Larangan : Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari cuti umum.
3. Waktu Larangan : Bermula 10 Pagi sehingga 3 petang.
4. Tarikh berkuatkuasa: 7 Februari 2023 ( Namun tidak berkuatkuasa ekoran bantahan serta dalam kajian dan juga maklumbalas). 

Ramai pemegang taruh hadir pada hari ini. Siapa mereka?

Mereka adalah Pekebun Sayur, Pekebun Bunga, Pengusaha pengangkutan, Peraih sayur, pemborong sayur, pekerja pengangkutan dan kakitangan agensi kerajaan. 

Agak panas dan beremosi sessi ini kerana ini merupaka keputusan yang tidak digemari bagi pemain industri. 

Justifikasi oleh pihak agensi iaitu Jabatan Kerja Raya adalah pewartaan ini sebagai maklumbalas atau melaksanakan titah YDPA Tuanku untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya diwaktu punca yakni hujung minggu dan juga cuti umum yang terpaksa dihadapi oleh pelancong dan penduduk tempatan. 

Sehubungan itu antara langkah diambil adalah kajian aliran trafik yang telah dilaksanakan oleh pihak JKR Cameron Highlands pad Disember 2022. Hasil bancian ini mencadangkan jika perlaksanaan larangan kenderaan perdadangan dilaksanakan bagi tempoh puncak ini, ia mampu mengurangkan sejumlah 23 peratus jumlah kenderaan di atas jalan raya. 

Wakil-wakil dan juga orang perseorangan pemegang taruh yang terlibat telah menyuarakan pelbagai alasan dan juga bantahan dengan lebih dari 10 orang wakil tampil ke hadapan mengemukakan soalan dan juga bantahan ke atas cadangan ini. 

Saya akan cuba kongsikan point-point yang masih saya ingat untuk justifikasi banatahan tersebut. 

Buat permulaan saya kongsikan sahaja beberapa keping gambar semasa sesi ini berlangsung tadi. 






Thursday, July 9, 2015

Re: Limpahan air dan lumpur di Jalan Bertam

(Email ini jawapan saya berkaitan aduan limpahan air lumpur kepada MDCH) 

Tuan,

Terima kasih atas tindakan daripada pihak MDCH.

Saya menghargainya.

Namun saya mohon dipercepatkan kerana bila hujan akan berlaku limpahan air lumpur di lokasi tersebut dan jika merujuk kepada hari Ahad baru-baru ini seperti disertakan gambar pada hari Isnin yang menunjukan kesan kepada pengguna.

Juga mohon pertimbangkan pihak MDCH mengusahakan papan tanda amaran seperti Bahaya Air Lumpur atau yang setara dengannya mengikut keperluan undang-undang dan keselamatan pengguna jalan raya.

Mohon diusahakan papan tanda keselamatan ini terlebih dahulu.






Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saya kongsikan jawapan dari aduan saya melalui limpahan lumpur di Jalan Bertam ini. 

From: mailadmin
Sent: Jumaat, 3 Julai 2015 10:33 PG
To: mrkumai.blogspot@gmail.com
Reply To: wzainab@pahang.gov.my
Subject: re: Limpahan air dan lumpur di Jalan Bertam


LIMPAHAN AIR DAN LUMPUR DI JALAN BERTAM

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Jabatan Kejuruteraan Awam dan Kawalan Bangunan Majlis Daerah Cameron Highlands telah pun menyemak perkara ini dan masih dalam tindakan pembaikan, penyediaan B.Q telah dilakukan untuk membina sistem perparitan.



Urusetia Mesyuarat Aduan
Majlis Daerah Cameron Highlands


Thursday, June 4, 2015

Lubang longkang tak bertutup di depan Balai Bomba Brinchang


Subject: Lubang longkang tak bertutup di depan Balai Bomba Brinchang

Aduan telah dipanjangkan kepada pihak MDCH dan kita berharap ada tindakan segera diambil oleh pihak yang berkenaan demi keselamatan pejalan kaki di sana.

These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock