TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, August 30, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Perenjak Pisang (Common Tailorbird)

Burung Perenjak Pisang ini saya temui di kawasan kerja saya di Tanah Rata.


Nama enggerisnya adalah Common Tailorbird manakala nama saintifiknya adalah Orthotomus sutorius. Di Semenanjung Malaysia, Tenggara Mnyanmar dan sekitar Indochina subspesisnya adalah Orthotomus sutorius maculicollis.

Burung ini kecil sahaja sekitar kurang 12 cm dan sangat lincah terbang.

Namun suaranya amat besar sehignga saya tercari-cari dari mana datangnya. Kalau lihat saiznya, tidak padan langsung suaranya kerana sangat kuat.

Burung ini mudah ditemui di sekitar tepi belukar, tepi hutan atau sekitar kebun kecil yang bersebelahan dengan penempatan penduduk atau urban.

Namanya Tailorbird berdasarkan kemahirannya membuat sarang dengan unik. Namun saya masih belum pernah melihat sarangnya.

Melihat gambar orang lain, ternyata sangat menarik dengan latar belakang ang hijau dan bersih tetapi gambar saya ini ia berada di dalam ranting-ranting kayu yang banyak dan nampak terlalu padat pulak.

Saya berharap dapat menemuinya kembali dalam suasana yang lebih terbuka dan tenang.







Kisah Wira Sebenar: Pbt Zi Yacob


Aku akan pastikan kau mati!! Aku akan bunuh kau! AKU AKAN BUNUH KAU!!!", hati Pbt Zi menjerit-jerit kegeraman. Rakan baiknya dibunuh di depan mata sendiri dengan kejam! Beliau kini telah tekad. Hutang nyawa dibalas nyawa. Zi menyasarkan senjata SLR miliknya ke arah komunis yang cuba mengambil senjata Wahab. 

Baca kisah lanjut yang menarik di laman blog Berita Tentera Darat Malaysia. 

Ikuti cerita selanjutnya di https://btdmonline.net/2018/01/pantang-maut-sebelum-ajal/

Ada seekor ahli politik mengatakan datuknya adalah seorang pejuang... Komunis mahu diiktiraf!!!! Kebabian apakah itu !!!

Kisah Wira sebenar: Sarjan Taib Tawal


"Baiklah! Semua dah dengar perintah yang disampaikan oleh Taib. Mari kita  teruskan misi kita ini. Ingat! Mati kita, mati terbela. Hidup kita, hidup membela!", ujar Kapt Hamid. Berderau dengan kata-kata semangat daripada Kapt Hamid, mereka terus bergerak menuju pengkalan sementara musuh. 

Sambung pembacaan kisah pentempuran mereka yang turut mengorbankan seorang perajurit Muda 19 tahun, Ali...

Ikuti kisah selanjutnya di https://btdmonline.net/2017/04/sjn-taib-tawal-pgb-bersara-keberanian-luar-jangkauan/

Ada seekor ahli politik kata Datuk dia pejuang kemerdekaan... babi jenis apa tu... Lepas merdeka pun komunis melawan lagi nak lawan Tanah Melayu la Wii apek!!! 


Thursday, August 29, 2019

Wira Sebenar: SOHIBUSSAMAHAH DATO' MAHARAJALELA


Rupa2nya Dato' Maharajalela yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British kerana terlibat merancang pembunuhan JWW Birch ialah seorang MUFTI. (Malam kelmarin baru saya tahu dlm ceramah TGHH di Pasir Salak). 

Maharajalela berketurunan anak Raja Bugis, Daeng Selili yang berhijrah dari Daerah Luwuk, Sulawesi ke Perak pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III.

Sultan berbesar hati di atas kedatangan ulamak besar ini lantas melantiknya sebagai mufti bertaraf Orang Besar Berlapan. Beliau dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Sebagai seorang yang berjiwa Islam,Dato Maharajalela tidak boleh melihat penjajah asing yang berkuasa mencaturkan politik di Perak.Perak negeri yang mempunyai raja.  Namun banyak perkara diputuskan oleh Residen British. 

Dato' Maharajalela tidak boleh bersabar.Beliau bersama pemimpin² yang lain seperti Orang Kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch). 

Birch yang lahir pada 3 April 1826 ialah anak kepada Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford,England.Birch ialah Residen British yang pertama di Perak yang dilantik pada November 1874.Tugasnya ialah mengutip cukai dan mentadbir Perak.

Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan.Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja² Melayu. Birch mengeluarkan arahan menuntut semua hasil cukai dan pendapatan negeri dikutip pegawai kerajaan.Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang mengutip cukai tanpa mengikut peraturan British.

Perancangan Dato' Maharajalela untuk membunuh Birch mendapat perkenan Diraja dalam mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar²nya pada 21 Julai 1875. 

Melihat penentangan orang Melayu terhadapnya,Birch bersama kumpulannya bergerak ke Pasir Salak pada 1/11/1875.Orang² Melayu yang bersenjata ketika itu sudah berkumpul di tepi sungai berhampiran dengan bot Birch. 

Mereka mengoyakkan semua surat arahan British yang ditampal. Mereka kemudian membaling lembing ke arah Birch yang sedang mandi di sungai dan menghumbankannya ke dalam sungai.Turut terbunuh ialah kerani Birch berbangsa Melayu,Mat Arshad.Peristiwa ini berlaku pada 2/11/1875. 

Antara nama yang dikaitkan dengan pembunuh an ini ialah  Dato Maharaja Lela sendiri, Datuk Sagor, Si Putum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain². 

Dato Maharajalela ditangkap dan dibicarakan oleh Mahkamah British pada 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang,Perak. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Perak ini kerana bersalah membunuh anak paderi gereja All Saints di Hertford, England yang menzalimi rakyat Perak ketika itu.  

Inilah harga yang dibayar oleh orang Melayu dan umat Islam untuk kedaulatan negara tercinta. 

Semoga Allah merahmati Al Marhum dan mengalirkan semangat juangnya kepada umat Islam akhir zaman ini.
#IniBaruBetulTuanMufti!!!

Kisah Wira Sebenar: PW II Mahmor Said



"Ya Allah! Komunis!", bentak hati Mahmor.  Pada ketika itu Sulaiman terus menjerit, "Apa lagi Mor!!!".

Tersentak daripada itu, terus beliau melompat ke arah senjatanya yang berada di jarak 3 meter  di sebelah kanan dari kedudukan mereka makan tengahari tadi. 

Nasib baik sudah menjadi kebiasaan Mahmor tidak mengunci senjatanya. Dicapai senjatanya Heavy Barrel terus dicekah dan dilepaskan bedilan bertubi-tubi ke arah musuh. Apa yang bermain di fikirannya hanyalah mahu menumbangkan si bangsat yang menjahanamkan negaranya yang tercinta ini.

Kisahnya amat panjang dan seronok untuk dibaca, Saya berikana kredit sepenuhnya kepada laman blog Bdtmonline diatas kisah yang dikongsikan... 

Ikuti kisah selanjutnya di https://btdmonline.net/2017/11/pw-ii-b-mahmor-3-minit-benam-7-musuh/ atau Klik SINI

Ada keturunan komunis mengaku tok neneknya pejuang? !!! 

Masih ada musim anggur di cuti Merdeka 2019?

Ada pertanyaan yang diterima samada masih ada musim anggur di Cameron Highlands sepanjang cuti Merdeka 2019.


Sumber yang saya perolehi hanya Ladang Anggur di Blue Valley yang masih ada anggur dan saya boleh mengesahkan kebun anggur di Lembah Bertam telah habis musimnya dua minggu lepas. 

Nak tahu bagaimana nak ke Ladang Anggur Blue Valley? Klik Catatan lama saya DI SINI. 

Harap dapat membantu anda melalui catatan ini... 

Makluman Penting: 
SAYA BUKAN ADA KENA MENGENA DENGAN MANA-MANA LADANG ANGGUR. HANYA BERKONGSI MAKLUMAT SAHAJA. 

Koleksi Burung" Pekaka Dada Putih (White-throated Kingfisher)


Ini adalah album kedua Pekaka Dada Putih tetapi ini adalah versi Batu Gajah Perak.

Burung ini amat popular dengan nama panggilan Burung Raja Udang. Namun nama tempatannya melalui pembacaan saya adalah Burung Pekaka Dada Putih, Burung Pekaka Belukar dan  Burung Pekaka Dusun.

Nama enggerisnya adalah White-throated Kingfisher dan juga dikenali sebagai White-throated Kingfisher serta Smyrna Kingfisher.

Manakala nama saintifiknya adalah Halcyon smyrnensis dengan suspesis yang ditemui di Semenanjung Malaysia sehinggalah ke Mynamar dan Indochina dikenali sebagai Halcyon smyrnensis perpulchra.

Burung ini mudah ditemui di kawasan berair, berpaya, tasik, lombong, sawah padi dan juga kawasan belukar.

Burung ini mempunyai muncung paruh yang sederhana panjang dan tebal. Warna bulunya dibahagian kepak adalah biru laut manakala bahagian badannya sehingga ke kepala bewarna keperangan. Bahagian dada sehinggah ke bawah paruhnya bewarna putih yang menjadi identiti namanya.

Saya ada beberapa versi burung ini seperti di Melaka dan Ipoh. Insyallah selang masa nanti saya kongsikan versi lokasi yang berlainan walaupun sama sahaja ciri-ciri burung ini,

Sekadar nak jadikan arkib simpanan sahaja album-album burung yang pernah saya temui dan rakamkan gambarnya.

















Kisah Wira Sebenar: Pasukan Homeguard Kaum Ibu

Pasukan Homeguard Kaum Ibu semasa era Darurat Malaya (1948-1960). 


Penubuhan pasukan ini dicetuskan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu iaitu Jeneral Sir Gerald Templer (1951-1954) yang menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di Bukit Fraser, Pahang pada 6 Oktober 1951. 



Kini Pasukan Homeguard dikenali sebagai Ikatan Relawan Malaysia atau Rela.

Ada pula keturunan komunis mengaku tok nenek dia pejuang sebenar?!!! Kebabian apakah itu...

Kisah Wira Sebenar: PW 1 (B) Ielias Ibrahim

** HARI INI DALAM SEJARAH: 29 OGOS 1977 **

Pada hari ini (29 Ogos) pada tahun 1977, PW 1 (B) Ielias Ibrahim telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhun Sultan Ibrahim di Istana Negara.


Beliau merupakan orang pertama yang dianugerahkan PGB dalam Rejimen Askar Wataniah. Bintang ini telah dikurniakan kepada beliau atas kejayaan membunuh 3 anggota komunis. Ketika itu Ielias berusia 21 tahun.

Pada 15 Ogos 1976 kira-kira pukul 9.30 pagi, Ielias dan empat anggota lain bertugas mengawal pembinaan Lebuh Raya Timur Barat dekat Banding, Perak. Tiba-tiba kumpulan ini diserang musuh dari kawasan atas bukit. Dalam keadaan tembakan yang bersimpang-siur, seorang anggota tentera terkena tembakan semasa cuba mengambil perlindungan dan meninggal dunia manakala seorang lagi ditembak di perut, pinggang dan belakang semasa meninjau kedudukan musuh.

Sejam kemudian, terdengar bunyi ketukan buluh oleh musuh berserta arahan dalam bahasa Cina mengarahkan mereka berkumpul membuat penggeledahan ke atas pasukan tentera yang cedera.
Ielias yang berlindung tidak jauh dari situ terlihat dua musuh sedang bergerak turun dari atas bukit.

Beliau yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok dengan berhati-hati menenang ke arah musuh. Satu das tembakannya mengenai PEHA salah seorang musuh sebelum membalasnya dengan tembakan automatik.


Ielias menembak sedas lagi mengenai KEPALA musuh tersebut lalu tersungkur. Seorang lagi musuh merapati dan cuba mengambil senjata rakannya yang terbunuh tadi, malangnya semasa dia mencari perlindungan, sebutir lagi tembakan Ielias hinggap mengorbankan dirinya. Pada jarak 30 kaki, Ielias yang bersenjatakan raifal SLR dapat melihat empat lagi musuh cuba merapati kedudukannya. Dengan semangat berkobar-kobar, beliau melepaskan sedas tembakan menyebabkan seorang lagi musuh MATI di situ juga.

Kesimpulannya, dengan hanya lima butir peluru, tiga komunis 'KOJOL' dek bedilan senjata dari Ielias! Kesemua pengganas tadi kemudian lari dari situ.

# Ada keturunan komunis mengaku secara terang-terangan yang konon datuknya adalah pejuang kemerdekaan !!! Kebabian sungguh... 

Tuesday, August 27, 2019

Koleksi Burung: Burung Pucung Serandau (Purple Heron)


Burung Pucung Seriap ini adalah salah satu daripada spesis keluarga pucung. 

Burung ini dikenali dengan nama tempatan yang lain iaitu Burung Bangau Air.

Nama enggerisnya Grey Heron. Manakala nama saitifiknya adalah Ardea cinerea dan sub spesis yang ditemui sekitar Malaysia, Jepun, China, Indchina, Sumatera dan Kepulauan Jawa adalah Ardea cinerea jouyi. 


Burung ini bersaiz agak besar sekitar 2 kaki lebih dengan leher yang panjang. 

Warnanya jelas kepada kelabu dengan bulu di bahagian bawah kepaknya bewarna hitam yang akan kelihatan jika ia terbang. 

Burung ini agak tenang dan tidak bergerak terlalu laju. Jadi untuk mengambil gambarnya agak mudah walaupun dari jauh. 


Burung Pucung Seriap ini saya temui di Batu Gajah,  Perak sebelum puasa yang lalu. Di Cameron Higlands belum pernah lagi saya temui.







Monday, August 26, 2019

Koleksi Burung: Burung Botak Asia (Asian Openbill Stork)



Burung Botak Asia ini bukan ditemui di Cameron Highlands tetapi sekitar Batu Gajah Perak beberapa bulan yang lalu sebelum puasa. Cuma baru terjumpa SD Card yang tercicir. Ingatkan kena turun balik untuk dapatkan gambar burung ini. Alhamdulillah.

Burung ini mempunyai panggilan tempatan yang lain seperti Burung Botak Siput dan Burung Upih Paruh Sepit.

Nama enggerisnya digelar Asian Openbill Stork atau sekadar Asian Openbill.

Manakala nama saintifiknya adalah Anastomus oscitans yang ditemui dari Benua India hinggalah ke Asia Tenggara.

Burung ini bersaiz besar sekitar 2 kaki lebih berwarna putih dengan warna hitam di bahagian sayapnya. Namanya Openbill adalah disebabkan dua paruhnya yang tidak rapat.

Burung ini mudah ditemui di kawasan lombong, tasik dan paya serta juga tepi laut kerana mencari makanan seperti ikan dan siput. Siput juga menjadi kegemarannya dan sebab itu nama gelaran tempatannya ada berkaitan dengan Siput.

Burung ini bergerak dengan pelahan namun sukar juga nak rakamkan ketika ia terbang tambahan lagi jika menggunakan lensa dan kamera yang sedikit perlahan macam saya.

Apapun cukuplah sebagai arkib simpanan saya untuk rujukan masa depan.

Seronok ambik gambar burung ini sebab saya suka dokumentarikan penemuan dan mencari info berkaitan burung-burung yang ditemui.

Jika sekadar nak lihat burung rasanya tak begitu ghairah minat mengambil gambar burung.

Jom memburung ...











KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock