Kali ini saya nak berkongsikan Lushious Japanese Cucumber atau Lushious Timun Jepun dengan anda.
Pastinya jenama yag saya nak promosikan adalah LUSHIOUS di mana kami menanamnya di ladang kami di Cameron Highlands.
Bermula dengan semaian biji benih, keseluruhan sistem dan teknik tanaman dengan sepenuhnya "Amalan Pertanian Baik" dibawah pensijilan MyGAP daripada Jabatan Pertanian Malaysia.
Hasilnya mulai dituai setelah 35 hari dipindahkan ke plot utama dengan saiz timun sekitar 18 cm ke atas.
Semua LUSHIOUS JAPANESE CUCUMBER yang akan dituai akan diuji "Paras Racun Maksima' (Maximun Residue Level) oleh Unit Jaminan Kualiti kami sebelum ianya boleh dituai dan akhirnya akan dibungkus di Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan kami yang telah mendapat pengiktirafan Amalan Kilang Baik atau Good Manufacture Practices.
Semua di jamin berkualiti tinggi dan selamat dimakan.
Dapatkan produk ini di oulet berhampiran dengan anda.
No comments:
Post a Comment