TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, June 18, 2015

Kebun Kubis Bulat di Cameron Highlands

Kebun sayuran seterusnya yang saya nak kongsikan adalah kebun kubis bulat yang banyaka terdapat di sekitar Cameron Highlands. 

Kebun yang saya kunjungi ini terletak di Lembah Bertam dan dimiliki oleh 3 beradik. 


Kubis bunga bukanlah tanaman utama mereka kerana pemerhatian saya mendapati mereka sering bertukar tanaman bagi tujuan pemasaran dan permintaan serta salah satu kaedah penggiliran sistem tanaman bagi kawalan racun perosak.


Kubis bulat merupakan antara jenis tanaman terbesar yang ditanam sekitar Cameron Highlands secara tradisional dan berkonsepkan kebun terbuka. 

Ianya juga menggunakan bahan organik seperti tahi ayam sebagai baja penanaman. 


Selalunya ianya mengambil masa selama 90 hari untuk benar-benar matang dan boleh dituai. 

Harga pasaran sekitar RM 80-1.80 bagi setiap kilogram dan jika ada masanya, lambakan kubis bulat yang ditanam ditambah dengan jumlah yang diimport akan menyebabkan hargnya boleh menjadi sekitar RM 0.20 - 0.60 sahaja bagi sekilogram.

Cabaran utama adalah serangga perosak khasnya pengorek buah dan juga musim hujan terutama di penghujung tempoh matang yang boleh menyebabkan buah kubis bulat akan retak.

Untuk rekod dan ulang siar kenyataan, ini bukan kebun saya dan saya tidak menjual sayur kubis bulat. Jadi jangan minta saya bekalkan kubis bulat dan juga untuk nombor telepon pemilik kebun ini kerana saya sekadar singgah ke sana dan bukannya mempunyai hubungan dengan mereka. 


Jika datang ke Cameron Highlands dan anda melihat ada kebun kubis bulat di sepanjang jalan, mungkin idea untuk singgah dan bergambar boleh menjadi koleksi 'rare' ketika anda ke sini.  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock