Ini adalah catatan ketiga bagi siri bunga-bungaan di Cameron Highlands dan jika anda terlepas untuk siri catatan yang pertama, boleh diikuti dengan mengklik di SINI dan untuk siri yang kedua pula anda boleh klik di SINI.
Juga terdapat beberapa siri mengenai berkaitan dengan bunga-bungaan yang pernah saya muat naikkan terdahulu seperto ros, bunga raya, orkid, kaktus, periuk kera dan juga industri bunga-bungaan di Cameron Highlands.
Anda boleh mengikuti semua catatan terdahulu ini dengan mengklik antara pilihan berikut ini.
Untuk
membaca catatan diatas yang terdahulu ini, anda klik sahaja di sini...
Klik sini untuk catatan koleksi bunga ros atau klik
SINI untuk catatan koleksi bunga daisy atau
klik SINI untuk catatan bunga Raya atau klik SINI untuk catatan periuk kera. Klik SINI untuk orkid 1 dan SINI untuk orkid 2. Peminat Crisanthemun, Klik
SINI dan peminat Kaktus pula Klik SINI.
Mungkin siri yang ketiga ini saya khususkan untuk berkongsikan tips-tips ringkas mengenai penjagaan pokok-pokok bunga ini.
Maklumlah anda telah terlalu tertarik dengan kesegaran bunga-bunga di sini dan telah membelinya pula, maka untuk menjaganya kini adalah tanggungjawab anda sepenuhnya.
Mungkin sedikit tips-tips ini boleh membantu berdasarkan pengalaman saya semata. Rujuk kepada mereka yang lebih pakar dalam soal penjagaan dan lebih baik jika kalangan pakar ini adalah dari golongan yang mempunyai pengalaman atau 'hand on" dalam tanaman bukanya sekadar tesis ataupun kertas kerja semata.
Tips Pertama: Kenali jenis bunga anda kerana jika anda mensamaratakan jenis mereka, besar kemungkinan akan layu dan tidak bertahan lama. Ini kerana setiap jenis bunga mempunyai keperluannya sendiri.
Tips Kedua : Selepas mengenali jenis bunga anda, dapatkan sedikit pengetahuan mengenai keperluan mereka. Contohnya tanaman berbunga besar biasanya tidak memerlukan pendedahan cahaya yang terlalu lama atau terus dari pancaran matahari. Sedikit lindungan diperlukan seperti diletakan di sebelah bangunan yang terlindung atau di garaj kereta. Manakala tanaman berdaun biasanya memerlukan cahaya matahari supaya ianya dapat menyerap cahaya matahari yang berterusan.
Tips Ketiga : Kaedah pengairan penting untuk diketahui. Antaranya kaktus dan orkid tidak memerlukan air yang banyak malah boleh diberi selang seharui mengikut keperluan. Jangan terlalu banyak yang boleh menyebabkan terlalu basah dan mereput sebahagian pokoknya. Manakala tanaman berdaun dan berbunga memerlukan jumlah siraman yang banyak untuk memastikan ianya sentiasa segar.
Tips Keempat; Pembajaan juga perlu diketahui fungsinya. Asas kepada nutrien adalah N: P : K dengan ratio yang tertentu. Anda mungkin akan tersilap memberikan terlalu banyak N untuk tanaman berbunga yang hanya akan menghasilkan lebih daun berbanding bunga. Cuba cari maklumat yang berkaitan di internet. Saya tidak mahu menulisnya di sini kerana biarlah nasihat pakar membantu anda. Saya amatur sahaja.
Tips Kelima : Serangan perosak tanaman dan penyakitnya mungkin tidaklah terlalu penting bagi kebun di rumah tetapi jika anda menghadapi serangan serangga perosak, bolehjuga menggunakan racun semburan nyamuk yang mengandungi bahan aktif Cypermethrin untuk kawalan ringkas.
Kalau tak silap saya Bygon Hijau mengandungi bahan aktif ini.
Jika semut, terdapat racun-racun kelas 4 di pasaran yang kurang merbahaya. Rujuk kepada kedai nurseri semaian terdekat anda.
Tips Keenam : Semasa membeli dapatkan tips dari penjual pokok di nurseru semaian yang anda kunjungi. Atau anda risik-risik dengan pekerja bangla mereka yang sebenarnya melakukan semua kerja dari mula menanam sehingga hasilnya anda beli.
Semoga membantu anda. Gambar-gambar bunga ini lebih jelas dilihat jika anda mengklik diatas imejnya untuk paparan yang lebih besar ...
Untuk siri catatan keempat ... saya masih belum terfikir topiknya tapi insyaallah akan saya muat naikkan catatan ini kerana masih mempunyai gambar-gambar bunga yang saya rakamkan sekitar Cameron Highlands.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.