Jika anda telah membaca dan melihat siri yang pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda telah melanjutkan ke siri yang kedua mengenai bunga-bungaan di Cameron Highlands ini.
Jika anda terus membaca dan melihat laman ini, saya suka untuk berkongsikan semula bahawa terdapat beberapa catatan terdahulu mengenai 'keluarga besar' bunga-bungaan yang telah saya muat naikkan.
Mungkin petikan catatan ini boleh membantu anda mencari catatan saya yang terdahulu.. hanya klik di mana pilihan anda.
Untuk
membaca catatan diatas yang terdahulu ini, anda klik sahaja di sini... Klik sini untuk catatan koleksi bunga ros atau klik
SINI untuk catatan koleksi bunga daisy atau
klik SINI untuk catatan bunga Raya atau klik SINI untuk catatan periuk kera. Klik SINI
untuk orkid 1 dan SINI
untuk orkid 2. Peminat Crisanthemun, Klik SINI
dan peminat Kaktus pula Klik SINI.
Berbalik kepada bunga-bungaan, lokasi yang mudah untuk anda kunjungi bagi membeli bunga-bungaan seperti di Kea Farm, Stesen Mardi, Big Strawberry Farm, Fragnage Nursery, Arked Peladang, Uncle Sam dan banyak lagi.
Tips untuk anda:
Tips Pertama: Jika ingin membeli bunga pastikan anda mempunyai ruangan kereta yang cukup untuk menyimpannya atau pokok anda akan patah dan rosak.
Tips kedua, apa kata anda beli di saat hari terakhir anda hendak pulang supaya lebih selamat dan tidak layu terkurung di dalam kereta beberapa hari sebelum sampai ke rumah anda.
Tips ketiga elakkan membeli pokok tanaman yang kuntuman bunganya telah terbuka tetapi belilah yang masih tertutup kerana apabila pulang nanti ianya akan mula terbuka dan tahan lebih lama. Kuntuman bunga yang terbuka nampaknya cantik tetapi akan cepat layu dan gugur kemudiaanya.
Tips keempat, tidak semua pokok bunga boleh tahan cuaca panas di bawah. Pilih jenis yang mampu tahan panas. Peniaga akan mengatakan boleh hidup dan sebagainya untuk melariskan jualan tetapi ramai peniaga yang berterus terang kesesuaian pokok atau memberi tips penjagaan tanaman ini kelak.
Anda boleh membuat carian di ruangan 'search' di sebelah catatan ini untuk mengetahui lokasi-lokasi ini. Hanya taip kata kuncinya di dalam kotak carian ini.
Untuk koleksi kedua ini, saya rakamkan di sekitar nurseri semaian jualan. Bagi yang datang dari Jalan Pos Betau ke Ringlet, anda boleh singgah di beberapa buah nurseri semaian yang terdapat di sepanjang jalan di Lembah Bertam.
Ok .. koleksi ke dua bunga-bungaan ... klik gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas...
Nantikan pula koleksi ketiga.. saya mungkin akan berkongsikan sedikit tips penjagaan pokok bunga untuk anda.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.