Friday, January 24, 2020

35 Tempat Menarik di Cameron Highlands


Saya kongsikan maklumat yang saya perolehi dari Facebook. Saya mohon maaf tak dapat berikan kredit kepada pemilik asal catatan ini yang berguna.

Semoga jasa baik  pihak yang menulisnya dapat memudahkan semua yang bercuti ke sini.

34 Tempat Menarik di Cameron Highlands. 

1- Ladang Teh BOH Sungai Palas
● Alamat = Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
● Waktu Operasi = 9.30am-4.30pm(isnin cuti)
● Harga Tiket = Percuma

2- Boh Tea Garden di Ringlet
● Alamat = 39200 Riglet, Cameron Highland 
● Waktu Operasi = 9.00am-4.30pm
● Harga Tiket = Percuma

3- Ladang Tea Bharat/ Cameron Valley Tea House 2
● Alamat = 34 Mile Cameron Highland, 39000 Tanah Rata Pahang
● Waktu Operasi = 9.00am-4.00pm
● Harga Tiket = Percuma

4- Ladang Tea Bharat/ Cameron Valley Tea House 1
● Alamat = Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang
● Waktu Operasi = 9.00am-4.30pm
● Harga Tiket = Percuma 

5- Cameron Adventurous
● Alamat = Kuala Terla, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
● Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
● Harga Tiket = RM10 pax(4 x 4 safari), RM50(ATV safari), RM65 pax (Extreme ATV)

6- Pasar Malam di Cameron Highland (Lokasi Baru sejak 2017)
● Alamat = Landmark Golden Hill Resort, Jln Sungai Ruil Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
● Waktu Operasi = 6.00pm-11.00pm (Jumaat mlm Sabtu & Sabtu mlm Ahad) dan jika cuti umum dan sekolah. 

7- Taman Agroteknologi MARDI
● Alamat = JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata Pahang, 39000 Tanah Rata 
● Waktu Operasi = 8.45am-5.00pm
● Harga Tiket = RM5.00(Dewasa), RM3.00(kanak2)

8- Kebun Strawberi & Cafe/ YZ Agro Farm
● Alamat = No.22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata Cameron Highland, Pahang
● Waktu Operasi = 8.30am-6.30pm (Selasa Cuti)
● Harga Tiket = Percuma 

9- KHM Strawberries & Jam
● Alamat = No.9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata 39000 Cameron Highland Pahang
● Waktu Operasi = 8.30am-6.00pm (Rabu Cuti)
● Harga Tiket = Percuma 

10- Cactus Point
● Alamat = Brinchang, 39000 Brinchang, Cameron Highland Pahang 
● Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
● Harga Tiket = Percuma 

11- Cactus Valley
● Alamat = Cactus Valley Pekan Lama,39100 Brinchang 
● Waktu Operasi = 8.00am-6.00pm
● Harga Tiket = RM4(dewasa) , RM2(Kanak2)

12- Big Red Strawberry Farm
● Alamat = Brinchang Cameron Highland Pahang 
● Waktu Operasi = 8.00am-6.00pm
● Harga Tiket = Percuma 

13- Kebun Pokok  Bunga Lavender 
● Alamat = Taman Tringkap,39100 Brinchang Pahang
● Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm(isnin-khamis), 9.00am-7.00pm (jumaat-ahad)
● Harga Tiket = RM8 (dewasa), RM5( kanak2)

14- Taman Rama-Rama
● Alamat = 43rd Miles, Kea Farm Brinchang , 39100 Brinchang Pahang 
● Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
● Harga Tiket = RM5 (dewasa), RM2 (kanak2)

15- Ladang Lebah di Cameron Highland 
● Alamat = Brinchang, 39000 Brinchang Pahang 
● Waktu Operasi = 8.00am-7.00pm
● Harga Tiket = Percuma 

16- 3D Wall Art Studio Cameron Highlands
● Alamat = Level 2, Cameron Square, Jln Aranda Nova, 39100 Greencow, Cameron Highland Pahang 
● Waktu Operasi = 10.00am-6.00pm
● Harga Tiket = RM18(dewasa), RM10(kanak2)

17- Muzium Time Tunnel
● Alamat = Sebelah Kok Lim Strawberry Farm, UT/MR/ F-255,Jln Sungai Burong, 39100 Brinchang, Cameron Highland Pahang 
● Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
● Harga Tiket = RM6(dewasa), RM4(kanak2)

18- Fragrance Nursery
● Alamat = Batu 41, Jln Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland Pahang 
● Waktu Operasi = 8.00am-6.00pm
● Harga Tiket = Percuma 

19- Ladang Anggur Bertam Valley
● Alamat = Jln Sungai Koyan - Ringlet(6km dari stesen petrol shell disimpang Ringlet, Cameron Highland Pahang 
● Waktu Operasi = 9.00am-5.00pm
● Harga Tiket = Percuma, Bermusim. 

20- Pasar Kea Farm Brinchang 
● Alamat = Brinchang, 39000 Brinchang Pahang 
● Waktu Operasi = 8.00am-6.00pm

21- Ladang Anggur Blue Valley
● Alamat = KC Kwang & Sons Grape & Tomato Farm, No.33 Main road, Kg.Raja, 39010 Cameron Highland Pahang 
● Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
● Harga Tiket = Percuma, Bermusim 

22- Orkid & Rose Garden
● Alamat = 74, Green Cow, Brinchang,39000 Brinchang Pahang 
● Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm (Rabu cuti)
● Harga Tiket = RM6(dewasa), RM4(kanak2)

23-  Mossy Forest
Alamat : Jalan Gunung Brinchang, Ladang Sungei Palas
Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang
Harga Tiket : RM 10 bagi warganegara  Malaysia

24-  Rainbow Garden - Animal Feeding
Alamat : Denai Robinson Fall, Tanah Rata
Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang
Harga Tiket : RM 5 dewasa dan RM 3 kanak-kanak

25-  Agrohighlands Cafe Sungai Bisek
Alamat : Jalan Ringlet Tanah Rata bersebelah Tea Shop 1 Bharat Tea
Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang
Harga Tiket : percuma

26-  Bee Farm 
Alamat : Jalan BOH, Habu Ringlet
Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang
Harga Tiket : percuma

27-  Parit Falls
Alamat : Jalan Kampung Taman Sedia
Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang
Harga Tiket : percuma

28-  Ros Chalet Cafe
Alamat : Jalan Kampung Taman Sedia
Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang
Harga Tiket : percuma sebab kiok strawberry

29. Aidilbadri Strawberry 
Alamat :  Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
Waktu Operasi : 8 pagi hingga 5 petang
Harga Tiket : percuma sebab kiosk jualan strawberry

30. Pizza Kayu Api @ Tiny Boutique Habitat   
Alamat :  24 ampung Taman Sedia, Tanah Rata
Waktu Operasi : 8 pagi hingga 5 petang
Harga Tiket : percuma tapi kena makan di cafe la ya

31. Nasi Lemak Strawberry @ Taman Abang Strawberry Cafe    
Alamat :  Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
Waktu Operasi : 8 pagi hingga 5 petang
Harga Tiket : percuma tapi kena makan di cafe la ya

32. The Sheep Sanctuary    
Alamat :  Kea Farm Brinchang di belakang Hotel Kea Farm
Waktu Operasi : 9.30  pagi hingga 5.30 petang
Harga Tiket : RM 6 dewasa RM 4 kanak-kanak

33. Pasar Tani Agro by FAMA   
Alamat :  Depan Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang
Waktu Operasi : Pagi AHAD 8.00  pagi hingga 12.30 tengahari
Harga Tiket : Percuma

34. Laman Food Truck    
Alamat :  Depan Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang
Waktu Operasi : Pagi Sabtu 8.00  pagi hingga 12.30 malam
Ahad 2 petang hingga 7 malam
Cuti Umum dan Sekolah sepanjang hari.
Harga Tiket : Percuma

35. Taman Pertabalan     
Alamat :  Tanah Rata
Waktu Operasi : 8.00  pagi hingga 7.30 malam
Harga Tiket : Percuma

Anda memerlukan penginapan Homestay atau Apartment Percutian?



Hubungi kami di talian : 0133089717 atau 0136384251 untuk pertanyaan dan tempahan. 

Zahra Homestay @ Perumahan Makmur Cameron Jaya, Tanah Rata

Jika anda masih dan ingin mencari penginapan untuk bercuti di Cameron Highlands, saya menawarkan perkhidmatan ZAHRA HOMESTAY  kami. 


ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT PERCUTIAN


Lokasi adalah di Perumahan Makmur Cameron Jaya atau lebih dikenali dengan panggilan PRIMA TANAH RATA. 

Kenapa PRIMA TANAH RATA menjadi pilihan ?

LOKASI terbaik?

  • 800 meter  dari Pekan Tanah Rata - Bank, kedai-kedai dan pasaraya
  • 1.3 kilometer ke Kampung Taman Sedia - kebun-kebun strawberry pengusaha Muslim 
  • 1.5 kilometer ke Stesen Agroteknologi MARDI.
  • 2 kilometer ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom
  • 3.8 kilometer ke Pasar Malam Cameron Highlands - MESTI singgah
  • 4.8 kilometer ke Pekan Brinchang
  • 5.1 kilometer ke Cameron Valley Tea House 1 dan 2
  • 9 kilometer ke Kea Farm Market - MESTI singgah 
  • 12.5 kilometer ke BOH Tea Centre Sungei Palas - MESTI singgah
  • 15 kilometer ke BOH Tea Centre Habu 
  • 15.1 kilometer ke Hutan Mossy

Google Map : KLIK

KEMUDAHAN DI PRIMA... 

  • Kemudahan lift ke setiap tingkat yang memudahkan urusan kepada warga emas & OKU
  • Pilihan 23 BUAH restoran, kedai makan, kedai kek, steamboat dan cafe dengan hanya perlu turun lift sahaja. 
  • 3 buah dobi layan diri.
  • 6 buah kedai serbaneka dan juga kedai barangan basah. 
  • Kedai cenderahati Cameron Highlands
  • Kemudahan parkir percuma.
  • Taman Permainan kanak-kanak percuma dan berbayar
  • Kedai barangan komputer
  • 2 buah kedai perabot
  • 2 buah kedai Barangan Elektronik. 

Kemudahan di ZAHRA HOMESTAY kami:

  • Terletak di tingkat 7
  • 3 bilik tidur dengan 3 katil Queen
  • 2 Tandas
  • Ruang tamu dengan TV 32 inch dan kemudahan rangkaian NJOI
  • Meja Makan
  • Peti Ais
  • Periuk Nasi Elektronik
  • Sterika dan Iron Board
  • Dapur dan kelengkapan memasak, pinggan mangkuk
  • Kettle Air Elektrik
  • Garam, Gula dan teh 
  • Telekung dan sejadah.
  • Extra Bantal dan Comforter.

ISTIMEWA: 

e-Panduan Perjalanan ke tempat-tempat tarikan utama bila anda menggunakan khidmat homestay dan apartment percutian Zahra Homestay.

Hubungi kami,di talian 0136384251 atau 0133089717  untuk keterangan pakej penginapan percutian anda. 

Whatsapp kami di ; 

SINI atau  SINI


www.wasap.my/60136384251/zahrahHomestay 
www.wasap.my/60133089717/zahrahHomestay


Selamat bercuti ke Cameron Highlands di Tahun Baru Cina 2020

Mulai semalam adalah musim cuti tahun baru cina 2020 dan Cameron Highlands sekali lagi menjadi tumpuan untuk destinasi percutian.
Jika kawasan anda di bawah sana agak kering dan panas, cuaca di  Cameron Highlands buat masa ini berada dalam keadaan kering tidak hujan namun sejuk dengan suhu boleh turun sehingga ke 14 darjah celcius pada waktu pagi dan malam. 

Jadi ini pasti menjadi pilihan waktu yang terbaik jika anda inginkan cuaca yang sejuk, nyaman dan tidak hujan.

Apapun saya ucapkan selamat datang ke Cameron Highlands dengan pesanan Cameron Highlands dah cantik, jadi jangan kotorkan ia dengan membuang sampah dan melakukan  vandalismn. Tapi saya percaya sesiapa sahaja yang mengakui I lOVE CAMERON pasti akan menjaga Cameron sebaik mungkin ... syabas.. 

Saya kongsikan peta Cameron Highlands yang dipasang oleh Majlis Daerah Cameron Highlands di setiap sempadan pintu masuk ke Cameron Highlands. 


Jika anda masih mencari apartment percutian di sini untuk cuti anda, saya membantu mempromosikan perkhidmatan kawan saya dengan APARTMENT PERCUTIAN @ PRIMA CAMERON HIGHLANDS.  dan ZAHRA APARTMENT

Boleh dijadikan antara pilihan penginapan di sini kelak. cubalah .. trylah .. testlah ...   

Ramalan Cuaca Cuti Tahun Baru Cina 2020 di Cameron Highlands

Soalan yang gemar ditanya oleh bakal pelancong ke Cameron Highlands sempena Cuti Tahun Baru Cina 2020 adalah berkenaan dengan cuaca di sini sepanjang tempoh tersebut.

Jawapan saya adalah dirujuk kepada Ramalan Cuaca oleh MET MALAYSIA... tak perlu jadi  tok nujum untuk ramalan cuaca ya.


Sumber : Laman MET MALAYSIA

Cuaca di sini memang tidak hujan namun berangin dan sejuk dengan suhu sekitar 14-20  darjah celcius sejak dua minggu ini. Berangin kuat ya.   

Apapun kalau tanya pengalaman saya, sepanjang 13 tahun di sini, selalunya menjelang tahun baru cina, Cameron Highlands akan berada dalam cuaca tidak hujan tetapi sejuk sehingga habis bulan 2 atau 3. 

Err dah ada tempat penginapan sepanjang cuti kali ini atau ingin membuat perancangan, saya kongsikan khidmat Apartment Percutian @ PRIMA Cameron Highlands.


Tolong promosi kawan-kawan ni. 


Pasar Malam Cameron Highlands di Cuti Tahun Baru Cina 2020

Saya mendapat pertanyaan mengenai adakah PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS yang sangat popular ini dibuka semasa cuti tahun baru cina 2020.
Kreditkan Gambar ini kepada Saudara Jan Syarizan. 
Jawapan saya secara tidak rasmi adalah YA dibuka mulai hari ini, KHAMIS hingga SELASA ini dari pukul 4 petang hingga ke pukul 10 malam. Saya tanya kawan-kawan peniaga Pasar Malam di sana.

Kalau nak info rasmi kenalah tanya Majlis Daerah Cameron Highlands selaku pentadbir pasar malam di sini namun macam keberatan atau malu-malu pula mereka nak berkongsikan info milik mereka ini.

Catatan Panduan ke Pasar Malam Cameron Highlands dan catatan berkaitan dengannya ada saya kongsikan dahulu di sini. Klik 

Jika anda masih mencari apartment samada di musim cuti tahun baru cina ini atau masa akan datang, cuba try test apartment ini di APARTMENT PERCUTIAN @ PRIMA TANAH RATA ini.


Jika anda masih mencari apartment ataupun Homestay? Apa kata anda lihat perkhidmatan ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT kami... 

Sekadar membantu anda dan rakan saya ini ya...

Selamat Bercuti di Tahun Baru Cina 2020.. kalau tersekat dalam trafik tu, makan limaumandarin banyak-banyak ya....

TIPS BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS SEMASA CUTI TAHUN BARU CINA 2020.

Tahun Baru Cina datang lagi dan seperti biasa tempoh cuti yang panjang menyebabkan Cameron Highlands menjadi pilihan kepada ramai pelancong tempatan tambahan lagi lepas waktu menerima gaji bagi kebanyakan pekerja swasta dan pastinya kakitangan awam. 

Saya tidak berniat nak kongsikan tips-tips semasa bercuti Tahun Baru Cina di sini kerana catatan lama saya rasanya masih sesuai untuk diikuti. 


Jadi saya kongsikan sahaja link ke CATATAN TIPS BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS SEMASA CUTI TAHUN BARU CINA 2020.. 

Harap-harap membantu anda membuat perancangan awal.

Jangkaan saya Cameron Highlands akan dibanjiri pelancong tempatan dalam tempoh cuti ini.

Jika anda ingin mencari apartment percutian, saya kongsikan salah satu penyedia perkhidmatan APARTMENT PERCUTIAN @ PRIMA, TANAH RATA.  

Jika anda masih mencari apartment ataupun Homestay? Apa kata anda lihat perkhidmatan ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT kami... 

Thursday, January 23, 2020

Apartment Percutian @ Prima Cameron Highlands

Kali ini saya nak kongsikan Pakej Apartment Percutian atau Homestay @ Prima Cameron Highlands.





Buat permulaan saya sekadar kongsikan maklumat dibawah ini untuk anda yang mencari unit apartment percutian di Cameron Highlands khasnya di Tanah Rata.

Sebut nama saya mrkumai ya kalau tanya mana dapat info.. nanti dia belanja saya sebab tolong promo.. mana tau dapat diskaun lagi .. jangan marah ... 

Lokasi apartment ini adalah Perumahan Makmur Cameron Jaya @ PRIMA Tanah Rata yang sangat sesuai kepada anda kerana terletak di Tanah Rata dan berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong. 


Malah kemudahan sekitarnya akan memudahkan anda seperti pilihan 23 buah kedai makan, lebih 5 buah kedai serbaneka, 3 buah kedai barangan basah,  3 buah kedai dobi layan diri, kedai cenderahati Cameron Highlands, 3 buah Kedai Kek dan pelbagai lagi.    

Catatan awal saya mengenai lokasi apartment percutian ini boleh anda baca di SINI  & SINI

ZAHRA HOMESTAY

  • Apartment terletak di Tanah Rata
  • Ada lift
  • 3 bilik 2 bilik air
  • Ruang tamu yang luas dan selesa
  • kemudahan - Tv, Njoy, sofa, iron, water heater
  • sejadah
  • Dapur gas,peti sejuk &  dilengkapi peralatan untuk memasak
  • 2 minit bandar tanah rata
  • Tiada masalah parking
  • 2 minit dgn starbuck, marrybrown, bank
  • Di bawah homestay dobi, kedai runcit, kedai makan, salon & dll(banyak kemudahan) 
  • 3 minit ke ladang teh 
  • 3 minit ke ladang strawberry
  • 5 minit ke pasar malam baru sg ruil Tanah Rata(Golden Hill) 
Untuk menempah & pertanyaan.sila hubungi
0136384251 atau 0133089717

* *Harga istimewa utk penginapan 2 malam 3 malam. 
* *Harga tertakluk kepada tarikh penginapan anda.

klik Untuk lebih maklumat mengenai ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT

Friday, January 17, 2020

I lOVE CAMERON HIGHLANDS

Bagi pengunjung atau pengguna jalan Pos Betau ke Lembah Bertam atau lebih dikenali sebagai Jalan Sungai Koyan untuk ke Cameron Highlands, Majlis Daerah Cameron Highlands mengalu-alukan kedatangan anda dengan telah membina Entrance Statement I LOVE CAMERON HIGHLANDS.


Lokasinya adalah di Kilometer 31 di sempadan daerah Cameron Highlands dan Kuala Lipis. 

Ia bukan hanya penyataan biasa tetapi perlu diterjemahkan dengan perbuatan yakni anda akan menjaga Cameron Highlands sebaik-baiknya sejajar dengan parakuan I Love Cameron Highlands..

Boleh kan .... 

err mencari Apartment percutian atau Homestay? Klik ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT  kami.. 

Vandalism di Tanda Sempadan Daerah Cameron Highlands


Kenapa perlu ada dikalangan kita beria-ria mahu menjadi beruk, siamang, ungka, kera dan lutong yang mendapat bunga....🐒🐵🦍
Penat2 MD Cameron Highlands membina dan menambahbaik sambutan kehadiran anda dan kita di Cameron Highlands, tapi sia-sia akhirnya kerana ada dikalangan kita rupanya bertopengkan keluarga monyet..
Apapun dan siapapun pelakunya , samada pelancong, penduduk atau sekadar yang melalui daerah ini, jika anda yang melakukan perbuatan vandalisme ini, anda tidak layak untuk bergambar di Entrance Statement I lOVE CAMERON HIGHLANDS disebelahnya.

Lokasi: kilmeter 31 Jalan Pos Betau, Kuala Lipis  ke Lembah Bertam Ringlet, Cameron Highlands. 





Saturday, January 11, 2020

PEMBUNUHAN TAN SRI ABDUL RAHMAN OLEH ANGGOTA PKM SEBAGAI PERBUATAN JENAYAH PALING KEJAM

#InfoPeristiwa


Pada 7 Jun 1974, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan seorang pemimpin berkaliber selepas Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tan Sri Abdul Rahman Hashim terbunuh dalam kejadian tembakan di persimpangan Jalan Mountbatten (kini Jalan Tun Perak), berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur.

Sebelum kejadian, Tan Sri Abdul Rahman, 50, sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menghadiri satu mesyuarat dengan menaiki kenderaan rasmi jenis Mercedes Benz 250 yang dipandu oleh Sarjan Omar Yunus.

Kenderaan tersebut kemudiannya berhenti pada persimpangan jalan berkenaan kira-kira pukul 8.20 pagi kerana kesesakan lalu lintas sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali dengan menaiki sebuah motosikal.

Kedua-dua lelaki yang merupakan anggota subversif Parti Komunis Malaya (PKM) berkenaan telah memecahkan cermin di bahagian tempat duduk belakang sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Tan Sri Abdul Rahman dan pemandunya. Kedua-dua penyerang kemudiannya melarikan diri ke arah Perhentian Teksi Toong Foong (kini Hentian Puduraya).

Daripada 11 tembakan yang dilepaskan, tujuh daripadanya mengenai bahu kiri, rusuk dan pangkal peha Tan Sri Abdul Rahman. Manakala Sarjan Omar pula mengalami kecederaan pada bahagian leher dan dagu.

Malangnya, kecederaan parah yang dialami Tan Sri Abdul Rahman menyebabkan beliau gagal diselamatkan, dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.30 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (kini Hospital Kuala Lumpur). Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sri Hajah Halimah Mohd. Isa bersama tujuh cahaya mata, iaitu lima lelaki dan dua perempuan.

Berita kematian Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman telah menggemparkan seluruh negara dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak Dato' Hussein ternyata begitu sedih dengan tragedi yang berlaku.

Beliau turut menyifatkan pembunuhan Allahyarham sebagai perbuatan jenayah paling kejam dan tidak akan dilupakan oleh rakyat dan negara.

Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman merupakan KPN ke-3 yang dilantik meneraju PDRM pada 1 Februari 1973. Pengalaman luas beliau selama 33 tahun dalam bidang kepolisan telah berjaya menempatkan PDRM sebagai sebuah Pasukan keselamatan yang mantap dan disegani.

Semoga roh Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para syuhada. Al- Fatihah.

Ingin ketahui lebih banyak lagi informasi berkaitan sejarah dan artifak PDRM? Ayuh layari dan 'Like' FB Muzium Polis Diraja Malaysia!

Friday, January 3, 2020

Tahun 2020 di Cameron Highlands

Selamat tahun 2020... 


Apa yang anda inginkan di Cameron Highlands ?

Nanti kita bincangkan... 

Untuk tahun 2020 ini nampaknya saya akan mencuba menceburi sedikit bidang perlancongan dengan menawarkan khidmat apartment percutian di sini. Semoga mendapat sokongan dari anda yang ingin mencari apartment percutian di sini kelak.. Insyallah akan cuba memberikan yang terbaik. 

Jika anda masih mencari apartment ataupun Homestay? Apa kata anda lihat perkhidmatan ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT kami...