Soalan yang gemar ditanya oleh bakal pelancong ke Cameron Highlands sempena Cuti Tahun Baru Cina 2020 adalah berkenaan dengan cuaca di sini sepanjang tempoh tersebut.
Jawapan saya adalah dirujuk kepada Ramalan Cuaca oleh MET MALAYSIA... tak perlu jadi tok nujum untuk ramalan cuaca ya.
Sumber : Laman MET MALAYSIA
Cuaca di sini memang tidak hujan namun berangin dan sejuk dengan suhu sekitar 14-20 darjah celcius sejak dua minggu ini. Berangin kuat ya.
Apapun kalau tanya pengalaman saya, sepanjang 13 tahun di sini, selalunya menjelang tahun baru cina, Cameron Highlands akan berada dalam cuaca tidak hujan tetapi sejuk sehingga habis bulan 2 atau 3.
Err dah ada tempat penginapan sepanjang cuti kali ini atau ingin membuat perancangan, saya kongsikan khidmat Apartment Percutian @ PRIMA Cameron Highlands.
Tolong promosi kawan-kawan ni.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.