Setelah sekian lama diwar-warkan mengenai Car Boot Sale di Cameron Highlands, sebentar tadi facebook MD Cameron telah memaklumkan mengenai pembukaan pasar Car Boot Sale ini secara rasmi.
Bermula pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di Padang Awam MDCH Tanah Rata bersebelahan Taman Pertabalan mulai pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.
Jadi, ini mungkin satu lagi tarikan baharu kepada penduduk dan juga pelancong di Cameron Highlands yang mana jika selama ini hanya tertumpu ke Pasar Malam Brinchang sahaja sebelum ini jika ditanya apakah aktiviti waktu malam di sini.
Namun dikhabarkan tiada jualan makanan dan minuman dibenarkan di sini sebaliknya hanya menumpukan kepada produk kering sahaja.
Apapun untuk maklumat lebih lanjyt hubungilah Majlis Daerah Cameron Highlands ya.. saya sekadar berkongsikan maklumat Car Boot Sale ini
sahaja..
Kopak lagi poket kita yaaa....
No comments:
Post a Comment