TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, November 11, 2013

Cameron Highlands: Tanah Runtuh dan Hujan lebat 10 November 2013

Semalam hujan lebat turun di sini. Memang terasa lebatnya. Cuma berapa mm saya tak pasti pula sebab weather station saya dihantar untuk servis.
 
Apapun jika dilihat dari kesannya memang terbukti lebat.
 
Kesan yang pertama kejadian tanah dibeberapa lokasi antaranya yang terburuk adalah di laluan lama Brinchang iaitu bengkel-bengkel kereta di Jalan Sultan Abu Bakar.
 
Kejadian tanah runtuh di Bengkel Kereta di Brinchang lama,
koleksi dari Mohlis Mohd Saidi
 
Kereta yang terlibat di Bengkel Kereta Brinchang- Mohlis Mohd Saidi

Dua orang terperangkap selama lebihs ejam sebelum berjaya dibawa keluar oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.
 
Juga beberapa lokasi yang lain seperti di laluan utama ke Brinchang di hadapan Glory 78 Snack & Steamboat yang menutup sebahagian laluan utamanya.
 
Jumlah paras air jelas kelihatan memenuhi semua laluan Sungai Bertam dan jelas kelihatan dengan beberapa kepinng gambar di sekitar Kampung Taman Sedia.
 
di Taman Sedia, gambar koleksi Kak Rose
juga Sungai Bertam di Taman Sedia, koleksi FB Aidil
 
Menghadap Pejabat Jabatan Hutan CH
Manakala buat pertama kali, Taman Pertabalan Tanah Rata juga ditengelami air seluruh kawasan dan meninggalkan lumpur yang tebal.
 
Taman pertabalan TR - Hazrin
 
Sungai di Jalan Masjid sebelah Taman Pertabalan - Hazrin
 
Nampaknya buat sementara ini kanak-kanak di sini terpaksa memilih jenis riadah yang lain kerana saya pasti kerja pembersihan mengambil masa untuk disiapkan.
 
Gambar-gambar yang  saya kongsikan di atas di ambil dari laman FB rakan kenalan saya. 
 
Saya agak sibuk hari ini untuk menjengah kawasan yang terlibat kecuali taman pertabalan sahaja. Insyallah kalau berkesempatan, saya akan ke sana.

2 comments:

Anonymous said...

assalam
ada mendengar/melihat soal jawap di tv 3 berkenaan cameron highland baru baru ini?

semua perkara berlaku adalah tanggung jawap pegawai daerah ch

pencorobohan di depan mata...semua diam je

salah satu ahli penal ada berkata
hapuskan rasuah di ch

sapa makan cili dia rasa pedasnya

bukan isu pencorobohan tanah je macam macam isu

harap komen

Anonymous said...

Secara asasnya saya amat setuju bahawa Pegawai Daerah yang juga Pentadbir Tanah Daerah harus bertanggungjawab ke atas peneerokaan tanah haram yang berlaku dari dulu sehingga kini yang tidak dikawak atau terkawal sehingga makin parah. Ibaratnya seperti penyakit barah yg bertaraf kelas 4 dah.

Saya memerhatikan gejala penjenayah alam sekitar ini. Mula bersopak dan berbau sejak 5 tahun kebelakangan.

Ada penguatkuasaan. Ada tangkapan tetapi samada bersifa asal nampak ada bukannya menyelesaikan sepenuhnya.

Cabaran? Tangan2 politik jelas. Yang berkuasa mahukan kekal berkuasa. Maka seperti kata karam sing walia, lebih membingungkan wakil rakyat sendiri menari diatas jalan menghalang penguatkuasaan -aduan rakyat.

Yang tidak berkuasa pula mahu jkadi hero dengan mahu membela nasib penjenayah alam sekitar untuk diampuni dosa lalu dianugerahkan dengan geran dan lesen atau diibaratkan surat nikah selepas puas merogol gadis-gadis.

Kedua-dua dgn alasan, sudah kena rogol , siapa mau, bagi kami bertanggungjawab, kami teruskan jadikan hutan yang tergondol dgn tanaman.

Yang pihak berkuasa, ada khabart angin mengatakan tangan sudah tersalam berkaut. Mulut sudah tekelu bisu. Mata sudah rabun menilai. Cuma bukti berkait tiada. Maka selamatlah di dunia sementara kerana bekal di akhirat sudah dibawa laba untuk merabuni pula yang sebelah bahu kiri.

Saya tiada bukti, cuma khabar angin sebegini sudah bertebaran tanpa henti dari dulu dan kini.

Bertukarlah is penguatkuasa. Saban tahun, bertukarlah Dato DO setiap bebebrapa tahun, parah barah semakin kritikal namun ajal tak kunjung tiba.

Maka, sampai bila diajukan soalan, tiada jawapan mampu diberikan..

Hari ini kek panas keluar dari oven, namun dingin cameron highlands mampu menyejukan kek hanya selepas beberapa detik.. Nantikan buktinya...

Bergegak gempita seminggu dua, belum sempat sudah ada tanah diteroka sampai di gigi air di Habu, sudah terbina semula kebun sayur yang rebah di Bertam, tiada terhenti langsung perogol alam sekitar di huluannya...




KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock