Jika dalam "Kembara Santai" yang pertama mengenai Denai no 6 (disini), untuk yang kedua ini pulak adalah Denai no 9 ataupun tepatnya denai ke Robinson Fall. Catatan mengenai air terjun ini telah saya muatnaik di laman ini dengan mengklik DISINI.
Sebenarnya tiada dalam perancangan kami untuk ke sini tetapi memandangkan kembara santai denai no 6 disingkatkan maka kami memutuskan untuk ke sini. Lagipun jarak dari Kem Perkhemahan Sungai Pauh ke sini hanyalah kurang dari 7 minit berkereta.
Menjengah ke sini kami berselisih dengan beberapa kumpulan pelancong samada tempatan dan luar negara antaranya Singapore, Eropah dan Arab. Saya tidak pasti di mana maklumat yang mereka perolehi untuk datang ke sini. Saya berharap mereka tidak akan mengatakan "Indah Khabar dari Rupa" bila melihat air terjun yang dikatakan amat popular ini.
Pada hemat saya, jika saban hari saya melihat puluhan pelancong khasnya dari luar berjalan kaki dari Bandar Tanah Rata ke sini sejauh lebih 2 km untuk ke air terjun ini malah saya memerhatikan tidak kira waktu atau cuaca baik pagi, tengahari atau lewat petang malah panas ataupun berhujan, tetap mereka ingin ke sini.
Saya pernah dimaklumkan bahawa air terjun ini adalah destinasi yang amat dicadangkan oleh buku "BackPacker Guide' yang menjadi rujukan seluruh dunia tanpa perlu promosi berlebihan secara tempatan. Malah saya memerhatikan ramai pelancong Arab secara berkeluarga berjalan kaki ke air terjun ini dengan memakai jubah dan purdah!!!
Maka tidak hairanlah setiap kali mereka sampai ke sini, mereka sebolehnya akan mengunjungi air terjun ini biarpun dalam hujan, lewat petang dan tidak tahu selepas mereka menuruni trek ini, mereka perlu mendakinya semula atau akan terpaksa melalui jalan utama dari Habu ke Tanah Rata sejuah 11 km mendaki.
Bayangkan, jika dikawasan tempatan tiada langsung gambar ataupun promosi ke sini melainkan hanyalah di pamplet oleh hotel-hotel atau laman web malah papan tanda arah ke sini pun dipasang oleh Mardi (berwarna hijau) sekitar 3 bulan yang lalu. Kalau tidak ramai pelancong akan berjalan terus ke Kawasan Hospital sebelum berpatah semula.
Sesuatu perlu dilakukan.... oleh itu jika anda pernah ke sini, saya memohon jasa baik anda untuk menghantar satu helai surat cadangan ke pihak berkuasa untuk menaiktaraf kemudahan di Air Terjun Robinson ini.
Berbalik kepada kisah Kembara Santai ke 2 kami ini, keterujaan jelas terbayang kepada ahli xpdc muda kami. Mereka sebolehnya berjalan dengan pantas sementelahan lagi bunyi deburan dan hempasan air melalui batu-batu dan jeram kedengaran dari jauh.
Cuma agak membimbangkan kami adalah permukaan trek simen yang berwarna hijau dan merah agak berpasir dan mudah untuk tergelincir. Juga amat merbahaya jika dilepaskan tangan mereka kerana tebing trek bersimen ini tidak langsung berpagar dan cerun curam jelas kelihatan.
Terdapat beberapa bahagian trek laluan bersimen ini agak uzur dan senget ke bahagian cerun dan agak sukar untuk berhenti jika anda menuruni bukit dengan laju.
Terbaiknya jangan datang ke sini jika membawa anak kecil seperti kami ataupun anda sedang mengandung ataupun berusia emas tanpa sebarang bantuan dewasa ataupun selayaknya.
Jika membawa anak kecil pastikan berpimpin tangan sentiasa khasnya dikawasan yang amat berisiko. Ahli xpdc muda kami amat teruja dan ingin sentiasa ke hadapan baik semasa pergi ataupun mendaki pulang. Yang letihnya adalah kami yang sentiasa mengejar tangan dan menjerit bahaya. Ketika memanjat stamina kami sememanya hampir kalah pula dengan kelajuan mereka.
Jika membawa ibu mengandung, saya tidak sangat mencadangkan ke sini kerana anda perlu menuruni tangga-tangga dan trek simen yang telah rosak. Lebih memeritkan anda perlu mendakinya semula untuk kembali ke kereta anda.
Bagi warga emas, mungkin tidak terlalu memeritkan tetapi jika diawasi dengan orang muda adalah lebih baik untuk hal-hal kecemasan. Talian telepon masih jelas dan inimungkin sebagai kelebihan untuk mendapatkan bantuan.
Bagi warga emas, mungkin tidak terlalu memeritkan tetapi jika diawasi dengan orang muda adalah lebih baik untuk hal-hal kecemasan. Talian telepon masih jelas dan inimungkin sebagai kelebihan untuk mendapatkan bantuan.
Dari jambatan masuk utama, anda perlu melalui laluan yang agak landai dan mula menuruni dengan tangga batu selepas "Robinson Fall Intake" yang dimiliki oleh TNB. Di sini ramai yang menyangka bahawa mereka telah tiba di Air Terjun Robinson dan berpatah pulang.
Sebenarnya anda perlu menuruni lagi trek ini sejauh sekitar 300 meter sebelum sampai ke Air Terjun Utama yang tidak boleh anda dekati tetapi sekadar melihatnya dari tebing sungai sahaja. Selebihnya trek ini membawakan anda ke perkampungan Orang Asli atau Stesen Janakuasa Kecil TNB di Jalan Habu.
Airnya tidak sesuai untuk mandi kerana kualiti boleh dipertikaikan dan sampah sarap yang dibawa dari huluan ke sini.
Juga amat merbahaya jika di waktu hujan kerana "kepala air" mungkin tiba dengan begitu deras dan keruh sekali dalam sekelip mata.
Namun tiada tanda amaran keselamatan seperti larangan mandi, 'kepala air' ataupun mengenai pemberitahuan anda telah tiba Air Terjun Robinson dipasang di sini. Jadi jika tiada kajian awal, anda tidak akan tahu dimanakan air terjun ini sebenarnya samada di bahagian intake ataupun di bawah apatah lagi mengenai sejarah dan info mengenainya. Hanya perngistiharan oleh Jabatan Hutan mengenai Risiko Keselamatan yang perlu ditanggung oleh pengunjung di sini selepas intake TNB tadi.
Juga amat merbahaya jika di waktu hujan kerana "kepala air" mungkin tiba dengan begitu deras dan keruh sekali dalam sekelip mata.
Namun tiada tanda amaran keselamatan seperti larangan mandi, 'kepala air' ataupun mengenai pemberitahuan anda telah tiba Air Terjun Robinson dipasang di sini. Jadi jika tiada kajian awal, anda tidak akan tahu dimanakan air terjun ini sebenarnya samada di bahagian intake ataupun di bawah apatah lagi mengenai sejarah dan info mengenainya. Hanya perngistiharan oleh Jabatan Hutan mengenai Risiko Keselamatan yang perlu ditanggung oleh pengunjung di sini selepas intake TNB tadi.
Pendek kata, kunjungan ke Robinson Fall hanyalah sekadar aktiviti berjalan di denainya sahaja tanpa membolehkan mandi manda. Jika anda membaca catatan yang pertama mengenai Air Terjun Robinson, saya ada mencadangkan beberapa perkara untuk menaiktarfkan air terjun ini dan melalui catatan ini saya ingin menambah cadangan seperti :
Pagar Keselamatan / Tebing di pasang di kawasan yang merbahaya jika tidak mahu dipasang secara keseluruhan. Bahaya adalah untuk perlindungan pengunjung kecil supaya tidak tergelincir ke gaung / tebing sungai.
Peta Laluan Mengenai Air Terjun Robinson ini di pasang seawal jalan masuk bagi memastikan pengunjung tahu akan laluan yang perlu ditempuhi seperti jarak dan jenis kesukaran.
Perangkap Sampah di pasang di bahagian atas sungai ini (sekitar tempat mengorek pasir) bagi memastikan tiada sampah berenangan di laluan air dan jeramnya.
Papan Arah air terjuan seperti jarak yang masih perlu dilalui secara berkala di pasang. Ramai yang menyangka mereka telah melihat air terjun ini sebaik sahaja selepas intake malah saya pertama kalinya turut sama menyangka demikian. Mujurlah seoranga kakitangan TNB berbangsa India memaklumkan bahawa air terjunya dibawah sana.
Amaran Keselamatan berkala di pasang seperti laluan licin, tebing tinggi.
Pondok rehat dibina dikawasan yang munasabah. Bukan berehat mendaki dan menuruni laluan ini tetapi juga berlindung dari hujan. Mujur kami sampai awal ke kereta sebelum hujan.
Terpulang kepada anda kerana bukanlah saya untuk tidak mempromosikan lokasi ini tetapi bilamana memikirkan keselamatan dan kepuasan saya merasakan tidak lah menjadi lokasi wajib bagi mereka yang mengunjungi Cameron Highlands jika niatnya adalah bersantai semata..
Kami menghabiskan masa sekitar 1 jam untuk pergi melihat air terjun ini dan pulang semula ke kereta. Melihat keriangan anak-anak berjalan cukup menghiburkan kami tetapi untuk pergi semula selepas ini mungkin sesuatu yang perlu difikirkan semula.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.