Dikemaskinikan pad 6 Mei 2017.
Baguslah membuat persiapan dan maklumat awal supaya tidak tersasar nanti mencari lokasi.
Ini adalah soalan yang popular jugak di kalangan kawan-kawan yang datang ke sini dan pastinya mereka amat mementingkan kedai makan yang halal untuk dikunjungi maklumlah kalau anda berada di Brinchang, amat terhad kedai makan melayu ataupun halal berbanding di Tanah Rata.
Insyallah saya akan cuba berkongsikan kedai makanan yang halal dan mengikut pekan rasanya lebih elok supaya senang anda merancang perjalanan anda.
Senarai ini adalah cadangan semata-mata tanpa ada rasa 'personel interest' untuk mempromosikan kedai makan tertentu.. yang penting HALAL ...
RINGLET
Food Court Ringlet ada 4 kedai makan melayu dan yang paling popular adalah di bahagian hujung iaitu Kedai Kari Kepala Ikan Sahak. Serta gerai makan di sebelahnya.
Waktu beroperasi ada yang buka untuk sarapan dan ada yang bukan hanya untuk makan tengahari dan juga malam.
Gerai makanan juga Masakan melayu juga terdapat berhadapan dengan Stesen Minyak Petronas.
HABU
Untuk makan Sarapan dan tengahari anda boleh ke kedai makan Kak Yan ( Kalau tak silap) iaitu bersebelahan dengan jalan masuk ke Boh Tea Centre Habu.
Jika waktu malam kalau anda melalui Habu dan bertemu dengan Padang permainan kanak-kanak dan padang bola, terdapat kedai makan Tomyam Amir yang dibuka sekitar pukul 5 petang sehingga awal pagi.
Menghala pula ke Tanah Rata atau Batu 33, untuk bersarapan terdapat sebuah kedai makan Sinar Pagi dan juga kedai makan Pak Su Omar ditepi jalan.
Kedai makan Pak Su Omar juga dibuka pada waktu petang.
Kedai makan Pak Su Omar juga dibuka pada waktu petang.
TANAH RATA:
Diringkaskan sebab banyak juga pilihan :
Diringkaskan sebab banyak juga pilihan :
Sarapan , Makan Tengahari , Petang dan Malam:
Food Court Baru Tanah Rata (4 buah kedai)
Food Court Lama Tanah Rata (6 Buah kedai)
Gerai MDCH dihadapan AMBANK
Gerai MDCH di hadapan Maybank
Kedai Makan Orkid (Kami kenali sebagai kedai makan DO) di sebelah tapak pasar malam Tanah Rata
Kedai Makan Pak Leh Chicken Rice
Kedai Makan Pak Leh Chicken Rice
Kafeteria Hospital Sultanah Hajah Kalsom.
Rasa Sayang Restoran di Marigold Square
Restoran Al Raudah - makanan Nasi Arab di Cameron Highlands
Rasa Sayang Restoran di Marigold Square
Restoran Al Raudah - makanan Nasi Arab di Cameron Highlands
Terbaharu di Marigold Square ; Pak Leh Chicken Rice
Restoran Masakan Melayu di Royal Lily Apartment
Restoren Dapur Malaysia di Royal Lily Apartment
Gerai MDCH Depan Maybank Tanah Rata
Restoran Attilia bersebelahan dengan Klinik Ayob
Nasi Kandar Mamu Ismail
Nasi Kandar Shukeri
Petang dan Malam:
Restoran Masakan Melayu di Royal Lily Apartment
Restoren Dapur Malaysia di Royal Lily Apartment
Gerai MDCH Depan Maybank Tanah Rata
Restoran Attilia bersebelahan dengan Klinik Ayob
Nasi Kandar Mamu Ismail
Nasi Kandar Shukeri
Petang dan Malam:
Kedai Makan Selera Kelate di Royal Lily Apartement
Sarapan dan Tengahari:
Sarapan dan Tengahari:
Kedai Makan Nasi Bungkus di Royal Lily Apartement
Gerai makan Pasar Tanah Rata
Tengahari dan Petang:
Food Court Jalan ke Hospital
Gerai Makan Pak Ya sebelah Pejabat Kesihatan bahagian Vektor
Terbaru, Terminal Fressia atau terminal bas juga mempunyai gerai makan iaitu makanan sarapan dan petang.
Hanya pada hari bekerja sahaja.
BRINCHANG:
Sarapan , Makan Tengahari , Petang dan Malam:Terbaru, Terminal Fressia atau terminal bas juga mempunyai gerai makan iaitu makanan sarapan dan petang.
Hanya pada hari bekerja sahaja.
BRINCHANG:
Food Court Brinchang
Restoran Naimah , Pekan Brinchang Baru
Restoren Ghazali , Pekan Brinchang Baru
Restoren Fauzi Tomyam di Pekan Brinchang Baru
Restoren Fauzi Tomyam di Pekan Brinchang Baru
Restoran Raihan di Hotel Titiwangsa,
Restoran Naimah,
Restoran Naimah,
Petang dan Malam:
Koptiam Alkae,
Pok Nik Ikan Bakar
Kedai Makan sebelah Masjid Brinchang
Restoran Nasya di jalan lama Pekan Brinchang
Arked Orkid di sebelah food court
Anje Corner di hadapan De La Rosa Hotel
Kedai Makan Tomyan di hadapan Rumah Rehat Sri Pahang
Kedai Makan dalam POS Malaysia
Kedai Makan Pok Nik Ikan Bakar 2
Kedai Makan dalam POS Malaysia
Kedai Makan Pok Nik Ikan Bakar 2
KAMPUNG RAJA:
Arked Makanan GPW Kg Raja
MENGIKUT MENU
SATE;
Food Court Baru Tanah Rata 1 kedai
Food Court Lama Tanah Rata 1 kedai
Food Court Brinchang 1 atau 2 kedai (Kalau cuti baru buka yang satu lagi)
STEAMBOAT:
Elmelda di atas Food Court Baru Tanah Rata
Kedai Makan Orkid di sebelah tapak pasar malam Tanah Rata
Kedai Makan Tomyan Fauzi
Kedai Makan Tomyan Fauzi
Snack and Steamboat Corner, sebelah De La Fern Hotel
Restoren 1 Malaysia , Pekan Brinchang Baru
Terbaharu di buka : De Bambo Steamboat and Grill di Kg Taman Sedia
NASI KANDAR
NASI KANDAR
Terdapat beberapa kedai makan yang mengklasifikasikan mereka sebagai NASI KANDAR tetapi terpulang kepada anda untuk mencubanya.
Nasi Kandar Mamu Ismail di Taah Rata
Nasi Kandar Shukeri di Tanah Rata
Nasi Kandar Mamu Ismail di Taah Rata
Nasi Kandar Shukeri di Tanah Rata
MAKANAN SEGERA:
Marrybrown di Tanah Rata- berhadapan Stesen Bas
KFC di Brinchang bersebelahan Shell
Komplek Membeli Belah ARONDA NOVA , KEA FARM:
Teh Tarik Palace
Old Time White Coffee
Popular : Cafe Lorong
GERAI BURGER:
Tanah Rata :
Kedai Makan di Orkid Corner ataupun Kedai DO bersebelahan kedai cenderahati.
Di hadapan Maybank
Gerai MDCH di Persiaran Dayang Endah menuju ke Hospital
Brinchang:
Anje Corner
Aye Burger di hadapan Pasaraya Jimat
Gerai Burger di hadapan Balai Bomba.
Khidmat Katering:
Kebanyakkan kedai sanggup mengambil katering makanan berkumpulan.
Kalau ada yang inginkan bantuan, sila tinggalkan pesanan, mungkin saya updatekan senarainya nanti.
Khidmat Penghantaran:
Anje Corner di Tanah Rata
PASAR MALAM:
Pasar Malam tentunya menjadi pilihan keranan terdapat pelbagai pilihan makanan dan mudah dikunjungi dan hanya untuk dibungkus bawa pulang ke hotel.
Paling popular pastinya di Pasar Malam Brinchang yang diadakan setiap hari cuti ataupun sepanjang cuti sekolah. Minggu biasa malam Sabtu dan Ahad.
Pasar Malam Tanah Rata setiap Ahad malam Isnin
Pasar Malam di Ringlet Setiap Hari Selasa malam Rabu
Pasar Malam di Kg Raja setiap Hari Isnin malam Selasa
Pasar Malam di Kuala Terla setiap Rabu Malam Khamis
Pasar Malam di Bertam Valley setiap hari Ahad malam Isnin.
Update 20 July 2012: Tip 2 dalam 1...
Jika anda ingin menjimatkan masa untuk melawat dan makan di tempat lawatan anda saya ada beberapa cadangan lokasi.
Maklumlah, bangun pagi dari holiday apartment nak pergi sarapan dulu di kedai baru boleh berjalan memerlukan banyak masa yang terluang.
Jika anda melawat stesen Mardi , anda boleh terus ke sana dan ke Rose Garden Cafenya yang menawarkan makan sarapan dan tengahari. Jimat masa anda, keluar dari apartment terus ke sini dan makan sekali. Catatanya di SINI
Kedua kalau hendak ke kebun strawberry, YZ Agrofarm ada menawarkan manakan pagi. Sambil makan terus tengok strawberry. Catatanya di SINI
Atau ke Tea Centre samada Bharat atau Boh, masing-masing ada menawarkan cafe tetapi harganya agak mahal sedikit dan terhad menunya.
Jimat masa kan ...
Komplek Membeli Belah ARONDA NOVA , KEA FARM:
Teh Tarik Palace
Old Time White Coffee
Popular : Cafe Lorong
GERAI BURGER:
Tanah Rata :
Kedai Makan di Orkid Corner ataupun Kedai DO bersebelahan kedai cenderahati.
Di hadapan Maybank
Gerai MDCH di Persiaran Dayang Endah menuju ke Hospital
Brinchang:
Anje Corner
Aye Burger di hadapan Pasaraya Jimat
Gerai Burger di hadapan Balai Bomba.
Khidmat Katering:
Kebanyakkan kedai sanggup mengambil katering makanan berkumpulan.
Kalau ada yang inginkan bantuan, sila tinggalkan pesanan, mungkin saya updatekan senarainya nanti.
Khidmat Penghantaran:
Anje Corner di Tanah Rata
PASAR MALAM:
Pasar Malam tentunya menjadi pilihan keranan terdapat pelbagai pilihan makanan dan mudah dikunjungi dan hanya untuk dibungkus bawa pulang ke hotel.
Paling popular pastinya di Pasar Malam Brinchang yang diadakan setiap hari cuti ataupun sepanjang cuti sekolah. Minggu biasa malam Sabtu dan Ahad.
Pasar Malam Tanah Rata setiap Ahad malam Isnin
Pasar Malam di Ringlet Setiap Hari Selasa malam Rabu
Pasar Malam di Kg Raja setiap Hari Isnin malam Selasa
Pasar Malam di Kuala Terla setiap Rabu Malam Khamis
Pasar Malam di Bertam Valley setiap hari Ahad malam Isnin.
Update 20 July 2012: Tip 2 dalam 1...
Jika anda ingin menjimatkan masa untuk melawat dan makan di tempat lawatan anda saya ada beberapa cadangan lokasi.
Maklumlah, bangun pagi dari holiday apartment nak pergi sarapan dulu di kedai baru boleh berjalan memerlukan banyak masa yang terluang.
Jika anda melawat stesen Mardi , anda boleh terus ke sana dan ke Rose Garden Cafenya yang menawarkan makan sarapan dan tengahari. Jimat masa anda, keluar dari apartment terus ke sini dan makan sekali. Catatanya di SINI
Kedua kalau hendak ke kebun strawberry, YZ Agrofarm ada menawarkan manakan pagi. Sambil makan terus tengok strawberry. Catatanya di SINI
Atau ke Tea Centre samada Bharat atau Boh, masing-masing ada menawarkan cafe tetapi harganya agak mahal sedikit dan terhad menunya.
Jimat masa kan ...
SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA...
Tips:
- Jika mengambil khidmat katering yang tidak berkedai, anda boleh menjimatkan perjalanan rombongan anda dengan merancang untuk menikmati makanan di lokasi yang tertentu supaya anda tidak berpatah semula ke pekan tertentu hanya untuk makan.
- Bertanya dahulu harga ikan bakar ataupun ikan besar sebelum menempahnya.
- Bertanya dahulu harga makanan jika ramai.
- Pilih kedai makan yang selesa.
- Jika datang secara rombongan lebih elok anda menempah awal makanan kerana takut kehabisan dan terpaksa membeli dari beberapa gerai yang berbeza. Terdapat beberapa gerai yang menyediakan pakej katering dimana anda boleh terus ke kedai mereka dan disediakan menu khas yang telah di tempah.
- Pejabat Kesihatan amat mengambil berat aduan anda memandangkan Cameron Highlands adalah pusat perlancongan. Lapor jika berlaku keracunan makanan.
Semoga ada catatan saya yang dapat membantu anda membuat perancangan percutian anda ke sini.
Selamat Bercuti.
Salam Kumai... apa khabar? jarang jarang aku bagi komen kat blog ni... apa pun thanks bagi tips tu, selalu jugak aku ke Cameroon Highland ni.. tapi banyak masa pegi hujung minggu kan... ko gi pasar tani jer.. kat sana ada jual makanan jugak kan??
ReplyDeletethank Abg Bear..
ReplyDeleteSaya ada updatekan. Ingatkan nak buat dalam tips yang khas bawah tajuk pasar malam..
salam abg kumai..saya suka sgt tips yg abg bg kt cni..25 n 26 oct ni nk g cameron n blog ni amat membantu..tp saya nk tanya..klu nk mkn english style food mcm cake or scone, kat mna tmpat yg sedap n harga berpatutan..nk sgt mrasa..mklumlah org mlyu skali skala nk mkn omputih style..tq :)
ReplyDeleteSalam Atie. Terima kasih kerana singgah di sini..
ReplyDeleteUntuk makanan ala barat terdapat beberapa pilihan.
Jika sekadar mahu makan scone + cakes, saya rasa disekitar Taman Sedia seperti KHM strawberry farm ada menyediakan scone. Anda cari catatan mengenainya disini.
Kalau mahu santai pemandangan ladang teh, ketiga-tiga hentian teh menyediakan scone dan cake. Sedikit mahal .. cuba cari catatan Sungei Palas Tea Centre, Bharat Tea Centre.
Kalau mahukan suasana english style tapi mahal la jugak, anda boleh cuba sperti Smoke House, Lake House atau Bala Chalet. Semuanya ada scone dan cake serta high tea.
Kedai-kedai biasa selalunya makanan melayu.
ooo Lupa, ada di Glory 79 Steamboat and Snake bersebelahan dengan Fern Hotel di antara Tanah Rata dan Brinchang.. ada steamboat dan makanan barat dan selesa tempatnya... catatan belum saya buat lagi...
Saya rasa itu sebahagian cadangan yang boleh atie pertimbangkan..
selamat melancong ...
yang atas ni bukan snake tapi snack.. salah typing...
ReplyDeleteSalam En Sham,
ReplyDeleteSaya dan keluarga dalam 36orang akan ke CH dan akan menetap di Brinchang & Tanah Rata pada Feb2013.Boleh tolong suggestkan caterer yang kami boleh tempah & anta terus ke penginapan kami? Dari Haniez
untuk penghantaran terus ke pintu rumah anda, di sini terdapat sebuah kedai, anjer corner yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Buat Carian khidmat penghantaran di ruang search blog saya . satu catatan mengenainya saya kongsikan sebelum ini.
ReplyDeleteUntuk caterer yang siap, saya selalunya kalau urusan pejabat dan majlis kecil akan menempah di Pak Din seperti tiga hari yang lepas. Mungkin boleh telepon beliau di 019566844 ...
harap membantu..
Salam En Sham,
ReplyDeleteTerima Kasih kerana sudi membantu.Really appreciate it very much. Dari Haniez
bagusnya blog ni. terima kasih banyak bagi info :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMaaf no tel Pak Din catering tu kurang 1 nombor.Saya dah cuba tak dapat.Mungkin tersalah taip. Harap sudi bagi no yang betu. Terima Kasih..Haniez
Assalamu'alaikum En Sham
ReplyDeleteTerjumpa blog ini secara tak langsung. Dah baca sepintas lalu beberapa entri. Info yg sangat berguna. Teruskan menulis, moga menjadi saham akhirat kelak. Dah lama sy berhajat nak ke CH, tambah sekarang anak2 dah besar.
En Sham boleh usahakan bilik utk disewa, jika tidak homestay. Offer jadi tourist guide pun bagus, mulakan dengan waktu hujung minggu.
Wassalam
Pn Maz
cuba no ni 0195666844
ReplyDeletePn. Maz,
ReplyDeleteTerima kasih diatas cadangan .. untuk menjadi runner tourist guide.. sebabnya tak berminat sangat ke arah tu .. yang saya minat ... berkongsi catatan sebegini .. harapan saya catatan saya mengenai Cameron Highlands dapat membantu samada sedikit ataupun banyak kepada pembaca...
salam. sy akan buat fmily day di cameron. jika dpt list kan no.phone restaurnt yg ade trima tmpahan catering, sy amat memerlukannya.
ReplyDeletecuba hubungi Pak Din.. saya selalunya berurusan dengan beliau untuk katering dan makan-makan.. 0195666844
ReplyDeletesaya mkn kat kedai pak nik ni smlm, ari ni habis sakit perut kena cirit birit. so, saya bagi rating haktuih je la buat kedai pak nik ni...
ReplyDeleteSalam Sham. 1/3/14 konvoi motorsikal kami akan tiba di CH. Boleh recommend tempat makan tengahari yg best & sesuai untuk 60org di CH.
ReplyDeleteuntuk konvois seramai itu, saya mencadangkan anda ke Restoran Erra di Marigold Square di Tanah Rata sebelah dengan pejabat tanag CH.
ReplyDeletesebabnya..
ruang parking luas
jenis buffet sepanjang hari ..
Pilihan lauk pauk yang banyak untuk berulang alik ambil makan
RM 10 seorang . mungkin boleh dirundingkan lagi
selesa..
jadi inilah pandangan saya..
kalau ke kedai lain, nak makan pun meja tak cukup.
kena tunggu turn
parking tak de
lauk pauk belum tentu banyak..
Salam..sy dh berada di bronchang CH sudah 3 mlm.. tp xde kedai mkn yg bukak.. setiap mlm sy mkn meggi dan burger je..mmg selepas cuti sekolah panjang kedai mkn semua ttp ke?? Disebabkn sy kesorgan jd sy tidak ke tnh rata ..
ReplyDeleteZur Dean,
ReplyDeletekesian pulak saya membaca makan meggi dan biskut aje..
tapi memang dah macam tu Cameron Highlands, lepas cuti sekolah mesti kedai tutup seminggu dua... maklumlah dah mengutip untung berganda masa cuti sekolah ..
jadi berehat dan istilah mengira untung la jawabnya..
tapi di Tanah Rata masih ada kedai makan yang dibuka... walaupun terhad...
Saya nak tumpang tanya, kedai2 di cameron highlands memang tutup selepas cuti sekolah ke? Semua kedai? Berapa lama biasanya? Seminggu atau dua minggu selepas cuti sekolah?
DeleteAkum...isnn dpn sy kena bw delegasi dr Thailand utk msyuarat smbil bw jln2 d CH. Kt mn tmpat yg mnarik dan mgkin ekslusif utk mkn tgh hari atau steambot? Blh bntu tak? Nk bw tmpt yg hebat sbb nk tnjuk khebatan negara kita. Klw d hotel dh selalu dh...
ReplyDeleteSaya sekadar mencadangkan .. kalau delegasi dan tak mahu hotel saya rasa anda boleh ke Glory Steamboat atau ke Kelab Golf yang ada kafe dan pemandnagan yang mnarik.
ReplyDeleteMahu lebih eklusif tapi mahal dah tentu masih di hotel dan smoke house boleh dicuba.
Assalam.thanks atas info yg dberikan..sya dh 4x smpai ke CH..wlaupun pning smntara nk smpai, tp suka jer..hehe..raya haji ni saya bercadang nak bwak famli pergi CH..kedai2 makan bukak x raya haji..
ReplyDeleteAssalamualaikum...saya dpt feedback baik ttg kedai mkn fauzi steamboat. Tp tk sure samada betul sesuai dibawa utk family besar
ReplyDeleteSalam Tuan...
ReplyDeleteDari stimbot yang disenaraikan dm blog tuan yang mana paling sedap?
T.kasih atas tip ...
ania
Steamboat yang saya suka pergi adalah Glory 78 di sebelah Hotel De La Fern.
ReplyDeleteTapi terbaru pula De Bambo Steamboat dan Grill di Kg Taman Sedia oleh pengusaha tempatan. Konsepnya buffet.
Boleh cuba di sana..
Dalam 2 minggu lepas saya ada kesana CH dan try satu keluarga di Glory78 selebah De La Fern.
ReplyDeleteReview dari saya
Harga: agak mahal dari dari apa yang dihidangkan. Bukan buffet ianya adalah set hidangan.
Rasa : Biasa-biasa sahaja.
Layan: Baik
Memang orang ramai makan disitu waktu malam. Munkin kerana tiada pilihan tempat lain atau tidak tahu mana nak pergi. Lagi pun glory78 tempat strategik tepi jalan dan org senang nampak.
Harapan munkin tuan empuya blog sekiranya ada kesempatan boleh bagi review tempat lain yang diusaha oleh org tempatan atau muslim yang lain.
Saya lihat kebanyak perkerja utama di restoren tersebut ramai yang bertatoo.
Itu sahaja pandang peribadi saya.
Cadangan untuk ke steamboat di De Bamboo Steamboat and Grill di Taman Sedia.
ReplyDeleteMengenai pekerja yang bertatoo di Glorry 78 saya tak boleh komen sebab setahu saya kedai makan tu ada pengesahan HALAL.
Mungkin anda boleh panjangkan aduan dan komen kepada pemilik mereka.
Pertama kali ke sini,apa yg dpt saya simpulkan,warung sarapan pagi amat terhad. Warung area brinchang agak mahal hgnyer. Rasa mcm tk berbaloi utk hg sepinggan nasi lemak berlaukkan telur rebus separuh dgn sedikit sambal hgnya RM2.50. Pok nik ikan bakar pun agak mahal harganya.
ReplyDeletePertama kali ke sini,apa yg dpt saya simpulkan,warung sarapan pagi amat terhad. Warung area brinchang agak mahal hgnyer. Rasa mcm tk berbaloi utk hg sepinggan nasi lemak berlaukkan telur rebus separuh dgn sedikit sambal hgnya RM2.50. Pok nik ikan bakar pun agak mahal harganya.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteINFO yang amat baik Walaupun sudah 3 kali berssama Family ke cameron highland dan dijangkakan akan ke sana pada 6 Feb 2016 ini ... Terima kasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ReplyDeletetq tuan atas info tuan yang berguna. saya cuma nak share pengalaman saya sewaktu makan di kedai pak leh nasi ayan. saya pergi pada chinese new year 2016. tiba di kedai saya oder nasi ayam 2, sup ayam dengan nasi kosong, nasi goreng pataya. tp sangat menDUKACITAkan - servis lambat. sy hanya dapat 2 nasi GORENG ayam -yg tidak pernah saya oder. sejuk pulak tu ayamnya. saya tau lah cuaca CH ni sejuk tp takkanlah hidangkan makanan sejuk pada palancong. Makanan lain kami x dapat. nak kata ramai pelanggan, saya rasa ada tiga meja je pelanggannya. air saya tunggu tak sampai2 hingga saya ty semula mana air saya. lepas tu bila dh hbs makan saya nak byr, dia cakap sup ayam saya dh nak siap.of course saya takkan bayar. dah berjanggut tunggu...
pendek kata. no recommended pada pengunjung lain..
thanks for sharing.. saya akan bercuti di CH hari sabtu ni.. info2 dalam entry ni sangat2 membantu... TQVM
ReplyDeleteAs Salam..saya nak tanya adakah Rumah Rehat Sri Pahang masih wujud?? Coz apabila sy call, smuanye akan cakap "salah nombor".
ReplyDeletesalam mr kumai. saya nak tanya tentang hotel emerald point dekat brincang. ada yang kata hotel tu ok. saya nak tahu lokasi dan bangunan sekitarnya yang terdekat.kalu boleh uploadkan gambar hotel dan bangunan bersebelahan. tq
ReplyDeleteGood.. very informative blog.....thank you admin
ReplyDelete