Melawati Cameron Highlands yang sejuk dan dingin pastinya akan lebih berbaloi jika dapat menyelami dan merasai kedinginan dan pemandangan indah puncaknya.
Antara kelainan yang dapat anda alami sendiri adalah berjalan melalui celahan pokok renek dan bonsai berlumut yang bukan hanya diselimuti kedinginan tetapi juga persekitaran yang lembab dan amat mempersonakan.
Yang dimaksudkan adalah Hutan LUMUT atau Mossy Forest. Terletak di laluan pendakian ke Gunung Irau yang merupakan puncak gunung tertinggi di sini dan kini terdapat kemudahan perjalan kaki sejauh 150 meter merentasi rabung dan celahan pokok berlumut. di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Di penghujung laluan berkayu ini, anda boleh juga berjalan di atas trek berlumut di sepanjang sempadan Negeri Pahang dan Perak untuk ke Gunung Irau.
Di penghujung laluan berkayu ini, anda boleh juga berjalan di atas trek berlumut di sepanjang sempadan Negeri Pahang dan Perak untuk ke Gunung Irau.
Jika anda berkungjung pada musim hujan iaitu bulan September hingga Januari pastinya akan dapat melihat keindahan lumut yang melingkari pokok-pokok renek disamping kesejukan yang amat terasa dan kadangkalanya berkabus tebal.
Tips:
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.