Tuesday, November 29, 2011

Tips Melawat Cameron Highlands: Big Red Strawberry Farm

Bagi anda inginkan melawat satu tempat yang berkongsikan teknik hidropnik, saya ingin sekali mencadangakan Big Red Strawberry Farm yang terletak bersebelahan Cactus Valley. Menggunakan jalan masuk yang sama anda akan dipandu arah oleh beberapa orang jaga Bangladesh untuk ke kawasan meletak kereta.

Di sini kiranya komplek pertanian milik swasta kerana terdapat tanaman hidropnik seperti red coral, romaine, butterhead, green coral dan juga beberapa jenis yang lain. Terdapat juga peluang kepada anda membeli strawberry segar dan adakalanya anda  boleh menuainya sendiri.

Selain itu terdapat nursery tanaman  seperti tananam berpasu dan kaktus yang boleh anda beli dan mengambil gambar dari segala sudut yang amat menarik.

Kunjungan anda lebih lengkap dengan mengunjungi anjung selera yang menyediakan pelbagai menu snack bercitarasakan strawberry malah jus salad juga disediakan.

Selalunya jika ada teman yang inginkan persinggahan yang singkat tetapai semuanya lengkap, inilah taman  yang akan saya cadangkan..

cuma berhati-hati ketika mendaki dan menuruni cerun ketika keluar. Seronok..

Gambar akan saya masukkan kemudian..


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.