Monday, December 19, 2011

Tips Melawat Cameron Highlands: S'Corner

Kali ini ingin berkongsi sesuatu yang baru dibuka di Cameron Highlands iaitu S'corner.

Terletak berhampiran dengan Kea Farm, ianya baharu sahaja dibuka semasa awal cuti persekolahan ini dan masih amat baru malah ruang niaganya juga masih tidak dibuka sepenuhnya.

Seperti kedai atau persingahan yang lain, kebanyakan konsep perhentian pertanian, kawasan membeli belah pertanian ini agak sama dengan yang lain cuma sedikit berbeza adalah mereka mempamerkan Tanaman Cendawan sebagai pilihan baru untuk anda dekati.
Sepengetahuan saya, setakat ini ianya adalah satu-satunya  pengusaha di Cameron Highlands yang mempamerkan tanaman cendawan sebagai pameran dari plot tanaman asal seperti strawberry, pilihan salad dan bunga-bungaan dan dibuka kepada pengunjung.
Di plot tanaman cendawan ini anda boleh melihat secara dekat malah kalau berani boleh menyentuh pokok-pokok salad asalkan tidak dinampak oleh tuan punya kedai. Teknik tanaman cendawan ini adalah sama dengan pengusaha yang lain dibawah sana iaitu menggunakan bag tanaman yang disusun diatas para tanaman. 

Teknik tanaman adalah ringkas dan saya percaya ianya menyamai dengan teknik tanaman cendawan di mana-mana di Malaysia cuma ianya dikormesialkan sebagai plot tanaman, pameran dan jualan serentak yang pastinya memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui bagaimana cendawan dihasilkan.

Anda juga boleh bertanya secara ringkas teknik tanaman ini kepada pekerja-pekerja yang berada di sana  sebagai pengetahuan asas tanaman ini. 

Anda boleh membeli cendawan ini dengan harga RM2.50 sepeket bagi jenis biasa dan jika anda berminat untuk merasai cendawan berwarna-warni harganya RM 8.00 sebungkus. Cuma saya tidak melihat tawaran memetik sendiri cendawan ini. 
Selain daripada tanaman cendawan, terdapat juga seperti kebiasan tempat yang lain iaitu tanaman strawberry, plot nursery, cenderahati, pilihan madu, pilihan snack berasaskan strawberry dan buah-buahan, pilihan minuman  dan juga terdapat kafeteria.

S'Conner menyediakan ruang meletak kereta dan kemudahan asas seperti tandas yang agak selesa  malah kedudukan di tepi jalan memudahkan untuk berhenti. 
 
Jika anda bertanyakan harga, rasanya eloklah anda membuat perbandingan sendiri di antara di sini atau pun di Kea Farm. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.