Minggu lalu saya sempat singgah sekitar kurang satu jam di Tasek Bera selepas kali terakhir ke sana sekitar 2007. Ternyata terdapat perbezaan atau sedikit perubahan telah berlaku di sana dan sedikit sebanyak menambah baik kemudahan kepada pelancong. Anda boleh klik di sini untuk catatan Tasek Bera terdahulu.
Cuma kunjungan singkat saya yang hampir menjengah malam tidak menyokong saya untuk mengambil gambar dengan banyak kerana kegelapan yang semakin mengejar waktu.
Pertama, jalan masuknya telah diturap semula dan agak lancar perjalanan saya sejauh 4 km dari jalan utama. Ia bertambah baik dengan kawalan keselamatan di pintu masuk Pusat Ramsar di mana anda perlu mendaftarkan kehadiran anda di pos pengawal sebelum memasuki Tasek Bera.
Ini amat baik kerana mampu mengelakkan aktiviti maksiat yang suatu ketika dahulu dikatakan agak mudah dilakukan dan kini kehadiran pasangan yang mencurigakan dapat dihindari.
Ini amat baik kerana mampu mengelakkan aktiviti maksiat yang suatu ketika dahulu dikatakan agak mudah dilakukan dan kini kehadiran pasangan yang mencurigakan dapat dihindari.
Keduanya saya melihat bagaimana bekalan elektrik sepanjang masa yang telah disediakan berbanding dahulu di mana dahulu pihak resort terpaksa menggunakan enjin diesel bagi menerangi kawasan ini.
Bekalan elektrik Ini termasuklah ke Tapak Pusat Ramsar dan juga Pusat Interpretasi Unit Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera di jalan masuk utama.
Hendak rasanya saya berkongsikan fungsi dan keistimewaan kedua pusat ini tetapi maklumat yang saya miliki agak kabur dan kurang lengkap. Insyaallah jika ada kelapangan untuk saya singgah di sana kerana dibuka pada waktu kerja dan hari minggu yang agak terhad bagi diri saya ke sana buat masa ini.
Bekalan elektrik Ini termasuklah ke Tapak Pusat Ramsar dan juga Pusat Interpretasi Unit Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera di jalan masuk utama.
Hendak rasanya saya berkongsikan fungsi dan keistimewaan kedua pusat ini tetapi maklumat yang saya miliki agak kabur dan kurang lengkap. Insyaallah jika ada kelapangan untuk saya singgah di sana kerana dibuka pada waktu kerja dan hari minggu yang agak terhad bagi diri saya ke sana buat masa ini.
Ketiga, apabila sampai di tempat meletak kereta Pesona Lake Resort, saya mendapati tidak ketara perubahan tetapi apabila sebaik anda melangkah turun tangga ke bahagian kaunter tetamu , anda akan melihat Jeti Perlancongan Tasek Bera yang baharu yang telah siap dan digunakan.
Sungguh selesa dengan ruang menunggu dan kemudahan jeti yang jauh ke dalam tasek dan tinggi dari permukaan air menjanjikan anda masih boleh melawat Tasek Bera biarpun di musim Kemarau.
Selain kemudahan chalet, bilik dan kemudahan kafeteria, Pesona Lake Resort juga kini menawarkan rumah rakit sebagai salah satu pilihan penginapan disini.
Bersembang-sembang dengan dua orang gadis penjaga kaunter, menyatakan masih terdapat pengungjung yang tidak begitu mengenali Tasek Bera dan kemudahan penginapan serta percutian yang ditawarkan di sini.
Saya meminta sekeping 'brochure' dan menyatakan ingin berkongsi maklumat di laman web peribadi saya dan mereka sungguh gembira dan mengharapkan kunjungan anda pula selepas ini.
Saya meminta sekeping 'brochure' dan menyatakan ingin berkongsi maklumat di laman web peribadi saya dan mereka sungguh gembira dan mengharapkan kunjungan anda pula selepas ini.
Pesona Lake Resort menawarkan Kemudahan Penginapan antaranya:
- Sebuah Chalet berkapasiti 2-5 orang pada kadar RM 140 semalam
- 11 unit bilik Hotel (2-3 orang) RM 90-110
- Sebuah Rumah Rakit (4-8 orang) RM 110
- Perkhidmatan Tapak Khemah 50 unit sehingga 500 orang RM5 /seorang
- Pakej A : RM 30 seorang
- Pakej B : RM 40 seorang
- Pakej C : RM 55 seorang
- BBQ : RM 18-35 seorang
Perkhidmatan Bot : 5 Pakej antaranya Lake Tour, River Cruise, Melawat Kg Orang Asli, Pakej Kembara dan ke Kg Jelawat sekitar RM 40-160 sebuah bot dengan kapasiti 4 orang.
Bagi Kaki Memancing, anda tidak perlu risau untuk menyewa bot kerana disini juga ditawarkan sejitar RM 20 hingga RM 160 mengikut jenis dan pakej masing-masing.
Manakala bagi kaki pancing yang ingin bermalam di pulau ataupun lokasi tertentu, khidmat penghantaran dan menjemput pulang menggunakan bot juga disediakan bergantung kepada lokasi sekitar RM 3-5 seorang.
Antara lokasinya adalah Pondok Rakit, Lubuk Kuin, Jeti John, Pasir Raja, Lubuk Gedubang dan Lubuk Mikok. Malah anda boleh mnedapatkan tips-tips memancing di sini melalui pemandu bot.
Jika anda tidak minat memancing tetapi mungkin berminat untuk sekadar berkayak sekitar kawasan tasek, maka pilihan menyewa kayak lengkap dengan jaket keselamatan disediakan dengan hanya sekitar RM 10 sejam pertama dan RM 5 pada jam keduanya malah jika anda memerlukan tunjuk ajar dan guide, ditawarkan juga pada harga RM 20 sejam.
Bagi anda yang tidak berminat dengan sukan air tetapi lebih kepada 'jungle trekking', anda boleh memilih untuk mengembara sekitar tasek ini dengan bantuan jurupandu tempatan yang mahir dan arif di mana anda boleh memilih trek kembara samada ke Belinang, Poyang (Pulang dengan bot), Night Walk ataupun night spotting.
Namun ditetapkan jumlah minima bagi setiap kumpulan sekitar 8 orang dewasa dan pastikan anda memakai pakaian kembara yang sesuai.
Selain daripada itu juga terdapat permainan tradisional yang boleh dilakukan seperti Pukul Bantal , Panjat Tiang licin dan permainan bola tampar hanya sekitar RM 1-20.
Sekiranya sukar bagi anda untuk memilih kombinasi penginapan, makanan dan aktiviti yang anda inginkan, apa kata anda serahkan kepada pihak resort di mana mereka menawarkan pakej penginapan, makanan dan aktiviti sekaligus.
Bagi mereka yang hanya berdua, anda boleh mencuba pakej 2 hari 1 malam pada kadar RM 95 seorang ataupun RM 180 seorang bagi pakej 3 hari 2 malam.
Manakala bagi berkumpulan seramai minima 5 orang , pastinya RM 65 akan berbaloi dengan pakej penginapan 2 hari 1 malam atau anda sekadar membayar RM 125 seorang bagi pakej 3 hari 2 malam.
Menarik dan tertarik untuk ke sini. Dapatkan maklumat terperinci dan lebih lanjut daripada pihak resort. Dapatkan juga nasihat perjalanan dan juga waktu yang paling sesuai untuk kunjungan anda bagi mereka kaki pancing dan berkayak. Anda boleh menghubungi Pesona Lake Resort melalui maklumat dibawah:
Tasek Bera Resort Sdn Bhd
Komplek Perlancongan Tasek Bera
Mini Pos Bandar 32,
28300 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Email : tasekbera@yahoo.com
Tel : 013 623 1199 , 014 844 7070
Tel : 09 4455936 ,
Fax ; 09-4455936
SELAMAT BERKUNJUNG KE TASEK BERA...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.