Antara lokasi yang paling menjadi tumpuan di hujung minggu seperti Sabtu sebegini adalah Perumahan Makmur Cameron Jaya atau lebih dikenali dengan nama PRIMA Tanah Rata. Ia mengandungi kawasan perumahan kos murah dan sederhana dan juga perumahan mewah seperti Quintet.
Catatan awal saya mengenai PRIMA TANAH RATA ini boleh dibaca di SINI, SINI, dan di SINI,
Manakan tidak, lokasi perumahan ini adalah tumpuan pengusaha homestay dan menjadi pilihan hangat sejak ia mula dibuka dua tahun yang lalu.
Setiap Khamis hingga ke Ahad ataupun cuti sekolah kawasan ini akan dipenuhi dengan pelancong yang memilih konsep hometsy atau apartment percutian. Selain ianya baru dibuka kemudahan seperti lift menjadi kriteria utama ianya dipilih.
Maka tidak hairanlah PRIMA Tanah Rata akan sentiasa penuh dan sesak malah kawasan ini bagaikan pekan kecil dengan kemudahan kedai makan, cafe atau restoran dan pelbagai lagi kedai runcit, dobi dan juga pasar mini. Saya pernah kongsikan sejumlah 23 buah kedai makan pernah dibuka di kawasan ini sahaja.
Ketika zaman puncaknya, parkir kereta akan sentiasa penuh hingga melimpah keluar laluan masuk dan juga laluan keluar jugak sesak setiap hari sabtu dan ahad. Tapi itu dulu sebelum COVID-19 melanda dan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Kini tiada lagi pelancong di sini. Ia kembali sunyi dan hanya penduduk setempat yang kelihatan. Kedai makan hampir 80 peratus ditutup atau ada yang telah menamatkan operasi mereka.
Paling terkesan adalah bilangan unit homestay atau apartment percutian juga kini semakin berkurangan malah kalau melihat dan mengikuti group whatsapp pengusaha homestay kian ramai yang telah menamatkan perkhidmatan homestay mereka. Unit apartment dipulangkan semula kepada pemilik atau dibuat sewa bulanan pula. Barangan perabot dan elektrik ramai dah lelong.
Antara pengusaha homestay adalah saya sendiri tapi saya lebih awal iaitu sebaik sahaja PKP pertama diumumkan pada 19 March 2020. Tak apalah , bukan rezeki tambahan kepada kami sekeluarga.
Saya bersimpati dengan rakan-rakan pengusaha yang lain yang pada awalnya masih mahu bertahan namun PKP demi PKP diumumkan menyebabkan mereka makin lama makin tertekan dan mengundur diri dari perniagaan homestay. Yang paling terkesan adalah mereka yang memang bergantung sepenuhnya dengan perkhidmatan homestay ini tanpa ada pekerjaan lain.
Insyaallah mereka akan bangkit semula sebaik sahaja COVID-19 reda atau suasana dapat dikawal sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.