Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Tiger Shrike @ Tirjup Harimau


Burung ini saya rasakan 'Tiger Shrike' tetapi lebih kepada 'Juvenile Tiger Shrike' atau anak burung atau burung muda Tiger Shrike.

Jadi saya kongsikan sebagai Juvenile Tiger Shrike buat permulaan dan jika ada pembetulan dari otai birder saya betulkan nanti.

Nama tempatannya sudah pastinya 'Tirjup Harimau'.

Burung ini saya temui tiga kali di kawasan kerja saya di Lembah Bertam, Ringlet, Cameron Highlands, Pahang bulan lepas.

Burung Tirjup Harimau ini sebenarnya kalau anda google anda boleh melihat yang dewasa cantik rupanya. Malah warna belang merah dibahagian belakangnya menyebabkan ianya dipanggil harimau.

Saya belum pernah menemui burung dewasanya.

Nama saintifiknya adalah Lanius tigrinus sama seperti yang ditemui sekitar Asia Tenggara.

Ianya sama spesis burung tirjup yang telah saya kongsikan semalam iaitu Long-tailed Shrike dan Brown Shrike malah ia salah satu dari 31 genus Lanius.

Burung ini berparuh besar pendek dan mempunyai belang dan corak yang jelas bewarna agak merah dan dadanya pula berwarna putih coklat. Namun bagi burung ini tiada jalur Zorro pada bahagian matanya.

Saya kongsikan untuk arkib simpanan gambar saya sahaja .. jangan marah ...







No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.