Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Green-billed Malkoha @ Cenok Kera

Burung Green-billed Malkoha ini adalah koleksi kedua album gambarnya. 


Lokasi ini masih berdekatan dengan lokasi pertama cuma lebih jelas bentuknya wa;aupun lebih jauh kedudukan ia hinggap. 

Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Cenok Kera atau Burung Cenuk Besar ataupun Burung Kera.

Nama saintifiknya pula adalah Phaenicophaeus tristis dan sub spesisnya di Semenanjung Malaysia mengikut Clement List adalah Phaenicophaeus tristis longicaudatus.

Burung ini memang besar melebihi 30 cm hingga 50 cm panjangnya kerana ekornya yang bercorak hitam putih dibahagian hadapan. Matanya mempunyai lingkaran merah yang besar manakala paruhnya bewarna hijau daun pisang. Badannya bewarna kelabu dan biru kehitaman sedikit.

Saya kongsikan lagi burung ini sebagai arkib simpanan gambar saya semata... jangan marah ya...





1 comment:

  1. Burung ni sering hingga di pokok rambutan tepi rumah saya. Kadang2 datang sepasang ada kala single. Cantik sangat. Dah lama saya cari dalam internet spesis burung ini, baru jumpa. Tq tuan tanah

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.