Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Lesser Racket-tailed Drongo @ Burung Cecawi Gunung


Burung Lesser Racket-tailed Drogo ini saya temui kali kedua atau ketiga di kawasan kerja saya.

Burung ini mengingatkan saya cerita Pada Zaman Dahulu episod Cawi Puteri Rimba yang sering ditonton anak saya di kereta.

Apapun nama tempatan burung ini dikenali sebagai Burung Cecawi Gunung atau Burung Cecawi Hamba Kera.

Nama saintifiknya diberikan sebagai Dicrurus remifer dan sub spesis di Semenanjung Malaysia adalah Dicrurus remifer peracensis.

Burung ini bewarna biru sepenuhnya dengan ekor yang adakalanya menjurai panjang.

Malah terdapat satu lagi spesis yang sama tetapi lebih besar iaitu Greater Racket-tailed drongo atau dikenali dengan panggilan tempatan Burung Cecawi Anting-anting yang menarik untuk dilihat.

Semoga saya menemui burung ini kelak.





No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.