Wednesday, August 29, 2018

Pahlawan Mat Kilau


Saya sekadar nak kongsikan kisah menarik Pahlawan Mat Kilau dan bonusnya yang saya dapat adalah gambarnya dalam bentuk warna berbanding dengan gambar hitam putih yang sama lihat dahulu.

Sumber Facebook salah seorang rakan. 

Bukan senang nak jumpa gambar Mat Kilau dalam bentuk warna. Ni nak kongsikan pada semua .

Al-Fatihah untuk pejuang negara Tanah Melayu .

Sejarah Ringkas Mat Kilau, Pahlawan Melayu Terbilang
Pahlawan Mat Kilau menceritakan pengalaman beliau

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan. Anak kelahiran Kampung Kendondong Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah. Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. 

Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman. Kesan daripada itu, bermula siri tentangan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum. Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu. 

Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan. Bagaimana pun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam". The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu. 

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha anaknya Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Kendondong, Pulau Tawar. 

Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid dii Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. 

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun.

Inilah dia kulit depan Kitab Mat Kilau. Kitab ini disusun dan dipunyai oleh Mat Kilau pada masa Mat Kilau dalam buruan penjajahan Inggeris kitab tersebut diserahkan di bawah jagaan Mat Saman Kelantan kerana Mat Kilau ketika itu sentiasa pindah dari satu tempat ke satu tempat untuk melarikan diri dari tangkapan penjajah Inggeris sehinggalah putus hubungan mereka. 

Akhirnya kitab tersebut diserahkan kepada Sultan Ismail bin Sultan Muhamad oleh Mat Saman kemudian diserahkan pula kepada Yang Teramat Mulia Tengku Bongsu Kelantan yang kemudiannya diserahkan pula kepada Datuk Haji Nik Muhamad yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan. 

Selain dari menjadi Perdana Menteri Kelantan, Haji Nik Muhamad ialah pengarang Kitab Peti Rahsia sebuah kitab mengenai ilmu-ilmu kebal yang diterbitkan di negeri Kelantan. Dari Haji Nik Muhamad inilah kitab ini diserahkan kepada Ustaz Wan Alam bin Wan Hasan satu-satunya murid kepada Datuk Nik Muhamad yang telah menamatkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam ketiga-ketiga buah kitab kepunyaan Mat Kilau dan yang mengamalkannya sehingga sekarang yang kemudiannya telah diamanahkan kepadanya supaya menyimpan kitab-kitab tersebut kitab ini telah ditulis oleh Datuk Haji Nik Muhamad yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan yang sultanya ialah Sultan Ismail. Beliau jugalah yang telah menangkap pahlawan Tuk Janggut Pasir Putih Kelantan waktu ia menentang kerajaan Kelantan kerana tidak mahu membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan beliau telah juga mengharamkan polis bangsa Singh berkhidmat di negeri Kelantan

Antara rahsia kepahlawanan yang terkandung dalam Kitab Mat Kilau yang menjadi rahsia sehingga ke hari ini. Cucu amat berbangga kerana masih bersama meneruskan perjuangan Mat Kilau bagi menghalau dasar dan peninggalan British di bumi Pahang Darul Makmur ini

Pahlawan Mat Kilau bergambar dengan pembesar dan pahlawan Melayu ketika mudanya

Gambar Pahlawan Mat Kilau bersama-sama rakan seperjuangan Mat Kelantan suatu di temukan oleh jawatankuasa di rumah cucunya batu 5, kuantan

Pahlawan Mat Kilau sedang diusung oleh orang ramai selepas berita beliau muncul tersebar ke seluruh negara

Pahlawan Mat Kilau sedang diusung oleh orang ramai selepas berita beliau muncul tersebar ke seluruh negara

Pahlawan Mat Kilau ditemuramahi selepas berita beliau muncul tersebar ke seluruh negara

Di sinilah tempat pahlawan Mat Kilau tinggal semenjak berita tersiar di laman akhbar-akhbar tempatan yang menyatakan bahawa Mat Siam itu ialah Mat Kilau

Pahlawan Mat Kilau Mandi Air Embun

Pahlawan Mat Kilau sedang sakit sambil saudara mara membaca Yassin di tepi beliau

Pahlawan Mat Kilau kelihatan terbaring di katilnya waktu ia sedang sakit tenat di rumah cucunya dekat Kampung Kambing, Batu 5, Jalan Gambang Kuantan

Inilah Masjid Lama Pulau Tawar yang menjadi tempat pengisytiharan Mat Kilau pada tahun 1969 dulu. Di sini juga jenazah Mat Kilau disembahyangkan selepas beliau disahkan meninggal dunia. Kini masjid ini tinggal kenangan di kampung Cucu

Al Fatihah.

Tuesday, August 21, 2018

Buang sampah dari tingkap kereta?!!!!


Yang sedang bercuti di Cameron Highlands jangan buang sampah dari tingkap kereta. Sampai ke Brinchang Mr. Motomuki dari Jepun ni kutip sampah sepanjang jalan..... berlari dia bila  nampak tong sampah sebab dah penuh dua plastik di tangan .... 

kita tak rasa malu ke...... shame ... shy .... segan....

Monday, August 20, 2018

Jalan Tapah ke Cameron Highlands


Jika anda memilih perjalanan ke Cameron Highlands melalui laluan Tapah, saya ucapkan selamat menikmati 45 km yang penuh bersejarah.

Jalan ini siap dibina pada 14 November 1930 oleh syarikat dari Australia dengan kos 3 juta ringgit dan dinamakan Jalan Persekutuan 59.

Jalan ini memang penuh  berliku dengan selekoh pendek yang sempit. Yang tak biasa dengan selekoh akan muntah. 

Tiada pemandangan dan hentian yang istimewa kecuali Lata Iskandar di batu 12 kalau tak silap. Namun jika anda mencari  tersirat, laluan ini amat istimewa kerana terdapat puluhan  penempatan  orang asli. 

Yang istimewanya, jika anda datang ketika musim buah-buahan akan terdapat banyak gerai jualan di sepanjang jalan antaranya durian yang memang banyak. Begitu juga dengan petai yang berkualiti tinggi. Malah terdapat buah-buah hutan yang juga dijual mengikut musim. Unik untuk dicuba dan dirasai.

Cuma sedikit nasihat jika ingin membeli, usahlah tawar menawar hingga keterlaluan  kerana mereka berniaga bukan untuk  menyaingi  kehebatan kereta anda gunakan itu  serta bukan pula berniatkan untuk sama menyewa  bilik  hotel mahal sama seperti anda bila tiba di Cameron Highlands kelak. Mereka hanya mencari rezeki bermusim sahaja.

Namun saya lebih suka melihat melihat mereka keluar dari  dusun dengan bakul  buluh yang penuh dengan buah durian, berkumpul dan membersihkan buah durian sambil menunggu kedatangan peraih.

Jika bernasib baik saya suka melihat bagaimana gigihnya  mereka memikul ikatan petai baik si lelaki atau perempuan . Cuma tak berkesempatan nak berhenti  mengambil gambar detik tersebut sebab selalunya mengejar waktu.

Juga di hujung minggu kelihatan keluarga kecil  berjalan menuju  ke sungai membawa galah  dan serkup untuk  menangkap rama-rama untuk dijual. 

Waktu malam pula kelibat lelaki dewasa  bersama sumpit  memburu haiwan sepanjang laluan.

Bagi anda jika melalui Jalan Tapah, usah menderu lajunya. Santaikan  pemanduan anda demi penumpang yang  lain. Buka tingkap dan nikmati angin segar hutan simpan  yang dilalui. 

Namun jangan pula terlalu perlahan  sehingga  menggangu trafik. Berikan laluan  kenderaan dibelakang  yang mempunyai urusan segera dan  penting. Juga utamakan keselamatan jika mahu berhenti.

Jika  singgah di perkampungan asli, usah hanya berikan senyuman tetapi gembirakan  anak-anak kecil dengan hadiah jajan tanda meraikan mereka. 

Jadikan perjalanan anda sesuatu yang terisi dengan kenangan yang tidak anda temui  ditempat lain. 

Selamat mendaki  Jalan Tapah.....

Laluan Simpang Pulai ke Tanah Rata


Selamat datang bercuti di Cameron Highlands. 

Jika anda memilih laluan 185 bermula dari Simpang Pulai ke Blue Valley sebelum menyambung ke laluan 59 pula dari Kampung Raja sehingga ke Tanah Rata dengan laluan sejauh  80 km keseluruhannya.

Saya sarankan anda menikmati  setiap apa yang boleh di sepanjang laluan ini. Usah tergesa  ke Puncak Cameron Highlands  dan membuang ketepi tawaran istimewa yang terdapat di laluan ini.

Apa  kata singgah sebenar di km 44 untuk hentian tak rasmi  melihat pemandangan kabus di banjaran Titiwangsa sebelum anda akan melalui binaan  'Half Tunnel'  terpanjang di Malaysia di km 46 dan  menikmati pula detik  memasuki sempadan Negeri Pahang  dan  Perak  di Km 49.

Juga terdapat beberapa pilihan perhentian pertama di Cameron Highlands ini atau lebih tepat Blue Valley seperti Green Garden View, Meiko Starwberry  atau lajak sikit ke arah  Lojing untuk ke KC Wang Grape Farm.

Apabila memasuki Kampung Raja pula tiada persinggahan menarik kecuali sudah di Kuala Terla untuk persingahan Teh pertama. Bukan sekadar pemandangan teh  di Tea Shop 3 mereka di sini tetapi cabaran pemanduan ATV  atau All Terrain Vehicle juga ditawarkan.  Tidak berani memandu ATV  di laluan Ladang the ini anda boleh mengikuti Safari 4x4 untuk berada di point tertinggi untuk melihat pemandangan keseluruhan.

Memasuki Tringkap, Lavender Garden menanti anda dengan tarikan berbayar untuk disingahi. Sebelum itu Hentian Strawberry Al  Mashoor boleh juga disinggahi .

Sampai di Tringkap bermulalah hentian Arked Gerai jualan sayuran dan buahan sehingga ke Kea Farm. Tumpuan  di Kea Farm pastinya Arked gerai jualan sayuran dan buahan tempatan walau pun yang diimport juga dikatakan sebagai hasil tempatan. 

Di sekitar ini terdapat banyak pilihan hentian lain seperti Raju  Hill strawberry, EQ Strawberry, Taman Rama-Rama, Taman Lebah dan Aronda Nova. Namun laluan masuk ke Ladang Teh Sungei Palas dan ke Mossy Forest memang akan sentiasa sibuk  di sini.

Selebihnya sepanjang laluan ke Brinchang dan Tanah Rata menyajikan  banyak lagi pilihan persinggahan yang akan saya perincikan dalam catatan  lain.

Selamat melancong saya ucapkan. Tabahlah  menempuh kesesakan jalan raya di sini.

errrr macamana ayat esei  kertas dua SPM saya ni ..... Ada peluang dapat A tak? Tak  bebel  tau kali ni...Taip pakai spek Mata tebal  dengan rambut  sikat belah tepi ni.....

Saturday, August 18, 2018

Musim cuti sekolah dan Raya Haji dah bermula....


Musim cuti sekolah dan Raya Haji dah bermula....

Suasana di Cameron Highlands pukul 1 petang ni sudah mula dibanjiri pelancong.

Pesanan  saya pastikan anda mencari penginapan sebelum sampai. jangan last minute dan  merungut tak ada tempat atau mahal pula kadarnya.....

Atur lawatan anda ikut arah perjalanan anda. Jangan terlompat sana sini. Check in lewat pun tak apa tapi maklumkan pemilik apartment tu. Jangan terkinja-kinja  nak letak bag dalam apartment lepas tu nak patah  balik ke kawasan tarikan pelancong....

Berhemah  di atas jalan raya. Anda mungkin samseng di kampung anda tapi ramai  samseng kampung lain pun datang bercuti  di sini. Give and take ya.... 

Yang guna jalan Tapah yang siap dibina sejak 14 November 1930 tu kalau orang belakang nak potong, bagi la peluang kepada mereka. Usah kemut menyiput  di laluan berselekoh tapi jadi arnab memecut di laluan lurus. 

Kalau duduk  di apartment percutian tu jaga keharmonian penduduk tempatan yang dah rela atau terpaksa berkongsi kemudahan di sana. 

Jangan buat bising , jangan buang sampah di depan tangga, celah pokok bunga, depan lift dan paling  selalu terjadi buang sampah bawah kereta di parkir kereta pagi  esok dan lusa. Tak percaya tengok esok pagi. 

Buruk Dan busuk  perangai anda....pampers anak jangan selit dalam pasu  bunga atau pangkal  pokok... reti  buat anak dan beranak tak kan tak pandai nak urus berak anak....

Tambahan nasihat, singgah surau atau masjid tu jangan guna tempat ambil air sembahyang untuk urusan cebok anak dan pampers buat-buat terlupa  atas bendul tu. 

Kat Kea Farm tu cari parkir kereta yang free atau berbayar 3 ringgit aje tu. Jangan buat muka babi toyok selamba aje parkir di sepanjang garis kuning di laluan utama tu. Anda sebabkan jalan sesuai sampai ke Brinchang ! Saya doakan ada Lori gesel  kereta anda yang sempitkan jalan. Yang kena saman kalau berani kongsikan  di FB... nanti kami pakat maki berjemaah.

Yang dari arah Ipoh ikut Simpang Pulai  dan Gua Musang tu siapkan keluarkan duit awal2 sebab kalau anda terlepas ke Trigkap dan Kea Farm kawasan perlancongan tu, mesin ATM terdekat di Brinchang. 

Kiosk Dan kedai tak terima credit atau debit card . Menganga anak2 nak beli itu ini nanti.

ATM sebelum Tringkap tu adakah di Kampung Raja kerana ada bank-bank utama. Masakan tidak hampir 3 billion industri pertanian dijanakan dari sekitar kawasan ini.

Yang lain-lain selamat bercuti di Cameron Highlands.  Cuaca agak sejuk sekarang walau kurang hujan. Mulakan hari anda seawal mingkin.

Maaf sebab kena bebel.... cakap  ikut buku teks bukan nak rasa pun kan.... 

Selamat bercuti.. Saya pun nak bercuti jugak ni dan pastinya bukan di Cameron Highlands!!!

Tuesday, August 14, 2018

Gangguan Bekalan Elektrik di Cameron Highlands


Dikongsikan Notis Gangguan Bekalan Elektrik di seluruh Cameron Highlands malam  ini mulai 11 Malam hingga 4 pagi esok.

Harap Maklum ya... aircond tetap akan dipasang malam ini. 

Monday, August 13, 2018

Pemberitahuan Penguatkuasaan Bayaran Tempat Letak Kereta di Cameron Highlands

Pihak MDCH telah memaklumkan melalui Facebook mereka bahawa Tempat Meletak Kereta berbayar akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2018 di kawasan Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm

Saya lampiran Notis Pemberitahuan MDCH di bawah. 


Cuma berapa kadar bayaran letak kereta yang bakal dikenakan dan juga kaedahnya masih belum dimaklumkan.

Saya dah perasan akan dikenakan tempat caj meletak kereta sebelum pilihanraya lagi bilaman MDCH mula mengecat nombor petak parkir bermula di Pasar Tanah Rata, di kawasan Bangunan LKNP di Jalan Besar dan juga kawasan letak kereta baharu mereka di sebelah Arked Makanan.

Cuma saya tertanya apakah akan bermula sebelum raya atau selepas pilihanraya.

Apakah pendapat saya ? 

Ada kewajaran memandangkan MDCH memerlukan pendapatan selain cukai pintu dan cukai selaiannya sama di majlis tempatan yang lain.

Cuma harapan saya tidak mahal dan tidak pula terlalu rumit sehingga ke malam pula serta apa sahaja caj yang bakal dikenakan perlu berbaloi setaraf dengan perkhidamatan yang lebih baik. 

Saya masih kurang bersetuju jika perkhidmatan yang diberikan nanti tidak  meningkat dan cara pengurusan hasil dan penggunaanya pula nanti tidak semengah mana malah membazir ke arah yang tidak sepatutnya. 

Datang naik bas ajelah nanti ya...  tak payah bayar parkir. 

Yang kena hadap bayaran parking ni kami setiap hari macam anda di kawasan bandar anda.  

Sunday, August 12, 2018

Pendaftaran Cameron Night Run 2019 dibuka...

Jika anda ingin menyertai acara larian malam di Cameron Highlands, saya syorkan anda menyertai Cameron Night Run 2019 yang akan berlangsung pada 31 March 2019.

Anda boleh melihat perincian penganjuran ini melalui laman website penganjur di https://www.cameronnightrun.com


Berminat untuk menyertai cabaran larian unik ini? Anda boleh mendaftar di sini. Klik atau  di Checkpoint Spot

Catatan awal saya mengenai Jarak Larian Cameron Night Run 2019 ada di sini. Klik

Selamat menyahut cabaran. Kali ini saya tidak menunggu di garisan penamat kerana saya akan turut sama menyertai larian unik ini. 

Saturday, August 11, 2018

JARAK LARIAN DI CAMERON NIGHT RUN 2019

CAMERON NIGHT RUN 2019 yang bakal berlangsung pada 31 March 2019, melibatkan 3 jarak larian iaitu 5 km, 10 km dan 21 km. 

Saya sekadar kongsikan dibawah printscreen kategori tersebut yang saya perolehi dari laman web rasmi penganjur. Klik SINI. https://www.cameronnightrun.com/





CAMERON NIGHT RUN 2019


Bakal berlangsung tahun depan, 31 March 2019, CAMERON NIGHT RUN atau dikenali sebagai CAMRUN. 

Melibatkan 3 kategori jarak larian iaitu 5 km, 10 km dan 21 km yang bakal dilepaskan pukul 12.30 malam hingga 1 pagi dan pastinya larian ini akan berlangsung dalam kedinginan awal pagi Cameron Highlands. 

Nak sertai? Anda kena daftar dahulu mulai malam esok, 8 malam.

Kunjungi laman blog rasmi penganjur di SINI untuk perincian yang lebih tepat dan bermaklumat. 

Saya bukan salah seorang dari penganjur cuma sangat menyokong aktiviti sebegini di Cameron Highlands. 

Burung White-tailed Robin @ Burung Murai Ekor Putih Jantan


Burung White-tailed Robin ini akan saya kongsikan dalam dua album yang berasingan bagi jantan dan betinanya.
Bukan apa memang ada perbezaan yang jelas berkaitan dengan warnanya.
Burung ini dikenali dengan nama panggilan tempatannya sebagai Burung Murai Ekor Putih.
Manakala bagi nama satifiknya dikenali sebagai Myiomela leucura dan subspesis di Malaysia dikenali sebagai Myiomela leucura leucura.
Ia mula dikatalogkan taksanominya pada tahun 1845 mengikut Hogson.
Burung jantan ini mempunyai warna kebiruan dans edikit biru biru muda di bahaian kepada dan tepi sayapnya dan ekornya berjalur putih yang menjadikan identiti namanya.



Burung White-tailed Robin @ Burung Murai Ekor Putih Betina

Burung White-tailed Robin ini adalah koleksi album kedua selepas album pertama mengenai burung jantannya
Burung ini dikenali dengan nama panggilan tempatannya sebagai Burung Murai Ekor Putih.
Manakala bagi nama satifiknya dikenali sebagai Myiomela leucura dan subspesis di Malaysia dikenali sebagai Myiomela leucura leucura.
Ia mula dikatalogkan taksanominya pada tahun 1845 mengikut Hogson.
Burung betina ini mempunyai warna yang sangat berbeza dari burung jantan iaitu perang sepenunya dengan jalur ekornya putih.
Burung ini mempunai bintik putih yang samar dibahagian dadanya.
Ketika ditemui, kedua burung jantan dan betina ini bergerak dalam lokasi yang sama.






Burung Streaked Wren Babbler @ Burung Rimba Hujan Gunung

Burung Streaked Wren Babbler ini saya temui di Cameron Highlands yakni Tanah Rata beberapa kali dalam seminggu dua ini.
Burung ini dikenali dengan nama tempatan Burung Rimba Hujan Gunung atau Burung Rimba Tunggul.
Manakala bagi nama saintifiknya adalah Turdinus brevicaudatus dan bagi sub spesisnya di Semenanjung Malaysia pula dinamakan sebagai Turdinus brevicaudatus leucostictus. Burung ini mula dikatalogkan taksanomunya pada tahun 1855 mengikut Blyth.
Burung ini bersaiz kecil yakni kurang 10 cm dengan warna perang. Yang menariknya adalah corak batik dibahagian kepala sehingga ke bahagian belakangnya serta dadanya.







Burung Ashy Tailorbird @ Burung Peranjak Kelabu.

Burung Ashy Tailorbird ini saya temui di Melaka.
Jika dalam koleksi sebelum ini saya kongsikan burung dalam air seperti ayam-ayam atau itik, kali ini lebih kepada burung belukar pula.


Burung ini dikenali dengan panggilan tempatan sebagai Burung Peranjak Kelabu.
Warnanya memang ada kelabu sedikit dibahagian leher dan belakangnya namun kepalanya bewarna oren sedikit.


Burung ini bersaiz kecil sekitar 12 cm sahaja dan selalunya agak lincah terbang dari ranting ke ranting.
Burung ini dberikan nama saintifiknya Orthotomus ruficeps dan bagi susbspesis di Semenanjung Malaysia Orthotomus ruficeps cineraceus dan mula dikatalogkan mengikut Blyth, 1845.

Gambar selebihnya di laman facebook mrkumai.blogspot.com

Burung Zebra Dove @ Burung Merbuk Aman

Ini adalah koleksi kedua burung Zebra Dove yang saya kongsikan. Mungkin ada beberapa koleksi album yang lain sebab nak jadikan arkib simpanan gambar sebenarnya.


Burung ini saya temui di Melaka dan dikenali dengan panggilan nama tempatan sebagai Terkukur atau Merbuk Aman atau Merbuk Balam dari keluarga merbuk atau terkukur.
Nama Saintifiknya adalah Geopelia striata dan ianya sama bagi spesis di Semenanjung Malaysia merujuk kepada sumber Clement Checklist.
Ia mula dikatalogkan pada tahun 1766 mengikut Linnaeus.
Untuk mengenali burung ini mudah iaitu mempunyai corak zebra atau berbelang-belang atau berbalam dibahagian leher ke seluruh badannya.
Saiz burung ini kecil sedikit berbanding dengan burung terkukur yang lain dan biasanya bermain dan mencari makanan di atas tanah.
Burung ini bergerak dalam kumpulannya yang agak banyak iaitu sekitar 3 hingga 6 ekor. Kelihatan jinak namun dah resam burung, makan di tangan ditangkap lari.



Burung Spotted Dove @ Burung Terkukur Biasa

Burung Spotted Dove ini adalah koleksi kedua selepas koleksi pertama adalah di Lembah Bertam manakala koleksi ini adalah dari versi Melaka.

Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Terkukur Biasa.
Manakala nama saintifiknya adalah Streptopelia chinensis dan bagi sub spesisnya di Malaysia dikenali sebagai Streptopelia chinensis tigrina.


Burung ini mula dikatalogkan taksanominya pada tahun 1786 mengikut Scopoli.
Burung ini bersazi agak besar berbanding dengan Zebra Dove yang saya kongsikan awal tadi.


Bentuk badannya agak bersih dibahagian dada dan kepalanya dan terdapat tompok hitam putih setempat dibahagian lehernya yang menjadi identiti namanya iaitu spotted.
Pemerhatian saya, burung ini berkicau agak kuat berbanding burung terkukur yang lain namun saya tidak pasti apakah keistimewaannya kerana bukan peminat burung terkukur.
Gambar selebihnya di laman facebook mrkumai.blogspot

Burung Mountain Bulbul @ Burung Barau Bukit

Burung Mountain Bulbul ini saya temui di 3 lokasi yang berbeza di Tanah Rata dalam tempoh seminggu ini. Macam berjanji pula.


Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Barau Bukit atau Burung Bebarau Bukit atau Burung Merbah Gunung atau Burung Merbah Lorek Gunung.
Nama saintifiknya diberikan sebagai Ixos mcclellandii manakala bagi sus spesis di Semenanjung Malaysia adalah Ixos mcclellandii peracensis.
Spesis ini mula dikatalogkan taksanominya pada tahun 1840 mengikut Horsfield manakala sub spesisnya di Semenanjung Malaysia dikatalogkan mengikut E. J. O. Hartert & Butler pada tahun 1898.


Burung ini bersaiz sekitar 24 cm hingga mencecah 41 cm dengan dua kumpulan yakni kepalanya berjambul terang dan kelabu yang jelas. Badannya pula berbulu kuning sepenuhnya dan bahagian dadanya bewarna kelabu. Ekornya menjulur sederhana panjang juga bewarna kuning.
Selebihnya gambar di laman facebook mrkumai.blogspot.