Ini adalah koleksi kedua burung Zebra Dove yang saya kongsikan. Mungkin ada beberapa koleksi album yang lain sebab nak jadikan arkib simpanan gambar sebenarnya.
Burung ini saya temui di Melaka dan dikenali dengan panggilan nama tempatan sebagai Terkukur atau Merbuk Aman atau Merbuk Balam dari keluarga merbuk atau terkukur.
Nama Saintifiknya adalah Geopelia striata dan ianya sama bagi spesis di Semenanjung Malaysia merujuk kepada sumber Clement Checklist.
Ia mula dikatalogkan pada tahun 1766 mengikut Linnaeus.
Untuk mengenali burung ini mudah iaitu mempunyai corak zebra atau berbelang-belang atau berbalam dibahagian leher ke seluruh badannya.
Saiz burung ini kecil sedikit berbanding dengan burung terkukur yang lain dan biasanya bermain dan mencari makanan di atas tanah.
Burung ini bergerak dalam kumpulannya yang agak banyak iaitu sekitar 3 hingga 6 ekor. Kelihatan jinak namun dah resam burung, makan di tangan ditangkap lari.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.