Pihak MDCH telah memaklumkan melalui Facebook mereka bahawa Tempat Meletak Kereta berbayar akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2018 di kawasan Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm
Saya lampiran Notis Pemberitahuan MDCH di bawah.
Cuma berapa kadar bayaran letak kereta yang bakal dikenakan dan juga kaedahnya masih belum dimaklumkan.
Saya dah perasan akan dikenakan tempat caj meletak kereta sebelum pilihanraya lagi bilaman MDCH mula mengecat nombor petak parkir bermula di Pasar Tanah Rata, di kawasan Bangunan LKNP di Jalan Besar dan juga kawasan letak kereta baharu mereka di sebelah Arked Makanan.
Cuma saya tertanya apakah akan bermula sebelum raya atau selepas pilihanraya.
Apakah pendapat saya ?
Ada kewajaran memandangkan MDCH memerlukan pendapatan selain cukai pintu dan cukai selaiannya sama di majlis tempatan yang lain.
Cuma harapan saya tidak mahal dan tidak pula terlalu rumit sehingga ke malam pula serta apa sahaja caj yang bakal dikenakan perlu berbaloi setaraf dengan perkhidamatan yang lebih baik.
Saya masih kurang bersetuju jika perkhidmatan yang diberikan nanti tidak meningkat dan cara pengurusan hasil dan penggunaanya pula nanti tidak semengah mana malah membazir ke arah yang tidak sepatutnya.
Datang naik bas ajelah nanti ya... tak payah bayar parkir.
Yang kena hadap bayaran parking ni kami setiap hari macam anda di kawasan bandar anda.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.