Sunday, February 4, 2018

Permit mendaki Gunung-Gunung di Cameron Highlands kembali dibuka....

Mulai 1 Februari 2018, semua aktiviti mendaki dan memasuki kawasan rekreasi di Cameron Highlands kembali dibuka setelah ditutup untuk sebarang aktiviti  selama 3 bulan kerana musim tengkujuh oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Penutupan aktiviti gunung dan rekreasi taman eko rimba yang dianggap rutin tahunan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ini pernah saya kongsikan dalam catatan terdahulu di SINI


Ini termasuk  pembukaan semula untuk aktiviti rekreasi perkhemahan di Tapak Perkhemahan Sungai Pauh dan juga ke Laluan Hutan Lumut atau Mossy Forest yang juga ditutup pada tempoh yang sama. 

Terkini di Mossy Forest telah dibuka Menara Tinjau yang telah siap dibina. Saya akan kongsikan maklumat lanjut sebaik sahaja saya sempat ke sana kelak.

Cuma yang nak mendaki gunung seperti Gunung Berembun, Jasar, Brinchang, Irau dan apa sahaja gunung di sini, anda perlu mendapatkan permit memasuki hutan simpan untuk pendakian dari Pejabat Hutan Cameron Highlands terlebih dahulu.

Jika anda memerlukan perkhidmatan pengangkutan ke pintu masuk kawasan pendakian, ada dua orang rakan saya  di Cameron Highlands yang aktif dan popular dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pendaki-pendaki di sini. 

Kelihatan kemaskini dari facebook mereka, para pendaki mulai memulakan pendakian seawal minggu pertama Februari yakni semalam.

Maka pastnya jadual mereka kembali sibuk untuk naik dan turun menghantar dan mengambil kembali pendaki ke kaki gunung pilihan mereka. Hubungi mereka melalui facebook mereka di bawah;



Pesanan saya :
  1. Jangan lupa ambik permit mendaki terlebih dahulu. Nanti terjumpa Renjer Pejabat Hutan, mereka boleh menghalang dan menghalau anda pulang walau sejuah mana anda datang. Malah ada seksyen undang-undang yang  boleh dikenakan kepada anda kerana memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.  Nanti anda akan marah dan mulai akan menviralkan tindakan Renjer Hutan walaupun hakikatnya anda memang di pihak yang salah. Hanya 100 pendaki dibenarkan mendaki dalam satu masa ke Gunung Irau sebab kalau tak hadkan maka kawasan tu jadi macam pasar malam dah ..... Klik Catatan Permit Mendaki ini 
  2. Jangan jadi pendaki sampah !!!!! Konon cintakan alam sekitar tapi  buang sampah macam anjing selongkar plastik.  Tak percaya ? Klik catatan Pendaki sampah ini 
  3. Jangan jadi pendaki yang tak pernah tengok alam sekitar yang cantik.... abis semua nak conteng nama .... "Babi was here". Klik Catatan Gunung Irau Kembali di sakiti
  4. Jangan jadi pendaki yang ala macho atau gagah tapi lembik bak tak boleh bagi contoh.... tak bersedia secara fizikal tapi nak mendaki .. lepas tu abang bomba kena pergi ambik. Buat persiapan sewajarnya. Alam tidak akan kasihan kepada anda kecuali anda sendiri mengasihani diri anda dahulu. 
  5. Jangan jadi pendaki yang nampak hebat dalam selfie tapi membahayakan diri sendiri .. Utamakan Keselamatan semasa pendakian anda. 
Jangan marah ..kasar sikit .... ramai yang begitu...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.