Sunday, February 4, 2018

Kebun Baby Romaine di Lembah Bertam

Kebun yang terbaru saya singgah kami lepas adalah kebun baby romaine atau mini romaine di Lembah Bertam. 


Baby romaine adalah sejenis salad dari jenis cos lettuce, mempunyai versi yang lebih besar iaitu romaine. 

Ianya berdaun kecil dan ranggup teksturnya dan sesuai makan mentah atau menjadi bahan balutan atau isi kepada sandwich dan sebagainya. 


Biasanya baby romaine di makan secara mentah atau dijadikan sebahagian dari salad mentah tanpa perlu dimasak. Cukup sekadar dengan menambah variasi beberapa lagi campuran daun salad seperti green coral atau red coral, dan disiram dengan cuka salad atau sos 1000 Islands. 

Kebun yang saya singgah ini berada pada paras ketinggian 1000 meter dari aras laut dan amat sesuai untuk penanaman salad sebegini. 


Baby romaine ini ditanam di bawah struktur rumah plastik namun masih menggunakan tanah sebagai media utama penanaman bukannya hidroponik. 

Jangka masa yang diperlukan sekitar 25 hari pusingan penanaman sebelum dapat dituai dengan berat sekitar 180 gram hingga 250 gram. 


Baby romaine banyak dijual secara kilogram ataupun di bungkus secara premium bagi pasaran tertentu dengan harga RM 6 sekilogram ataupun RM 4.90 sebungkus premium.

******************************************
Untuk membaca catatan berkaitan kebun sayur yang pernah saya pergi sebelum ini, sila klik link dibawah:


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.