Taman Pertabalan Tanah Rata |
Saya tak pasti samada ada dipasang di Brinchang atau tidak kerana dah dua minggu tak ke sana.
Dataran Tanah Rata @ Tanah Rata Square |
Ini menambah koleksi tarikan untuk bergambar bercirikan 'landmark statement' dari dua kepada lima lokasi.
Secara kebetulan, tahun lepas seminggu sebelum Cuti Tahun Baru Cina, MDCH telah memasang dua lokasi "I Love Cameron Highlands" yang menjadi lokasi tarikan untuk bergambar namun agak merbahaya kerana di tepi laluan utama dan di selekoh pula.
Depan Agro Bank |
Terima kasih MDCH ... kami nantikan kejutan dari anda lagi terutamanya kepada 1,007,992 pelancong yang datang ke Cameron Highlands jika rekod kehadiran pelancong pada tahun 2016 diambil kira. Catatan berkaitan jumlah pelancong 2017 di SINI.
Kita kena bagi suasana di Cameron Highlands semakin meriah dan mereka pula akan rasa dialu-alukan untuk datang kembali melancong ke sini yang mana akan menjana ekonomi berkaitan dengan perlancongan tempatan.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.