Cabaran CAMERON ULTRA TRAIL 2018 telah membuka tirai pendaftarannya pada 1 Februari 2018. Ini adalah edisi penganjuran ketiga dan tahun ketiga berturut-turut oleh pihak penganjur.
Saya bukan salah seorang penganjur atau telibat dalam urusan penganjuran tetapi sekadar penyokong aktiviti penganjuran CAMERON ULTRA TRAIL di bumi Cameron Highlands. Bagi saya penganjuran ini memang bertaraf dunia dan sangat profesional.
Untuk tahun ketiga ini, pendaftaran bagi kategori 55 km dan 100 km telah mendapat sambutan hangat dengan semua kuota pendaftaran terjual dalam tempoh kurang 2 jam. Kalau tak silap tahun dulu sekitar 2 minggu baru nak penuh kuota tapi tahun ini 2 jam !!!!
Manakala pendaftaran bagi kategori 15 km dan 30 km pula terjual sepenuhnya dalam tempoh 15 minit !!!!
Cukup laris nampaknya sambutan kali ini dan saya ternanti-nanti berapakah jumlah negara peserta yang akan menyahut cabaran kali ini. Tahun sudah 24 negara peserta terlibat.
Juga saya ternanti-nantikan berapa pula jumlah peserta asal Cameron Highlands yang akan menyahut cabaran di bumi sendiri .. tahun lepas ada la dalam 10 orang daripada 1,300 peserta??!!!!
Tahniah kepada semua... yang menyahut cabaran dan melepasi cabaran pertama iaitu pendaftaran ...
Saya tunggu anda di garisan penamat macam biasa... Insyaallah,,,,, Jangan lupa senyum nanti
Catatan mengenai CAMERON ULTRA 2018 ada saya kongsikan awal tahun ini di SINI.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.