Semalam, 3 Februari 2018, dilaporkan telah berlaku kejadian laluan mendap di Kilometer 30 Jalan Felda Sungai Koyan - Pos Betau - Lembah Bertam - Ringlet yang menuju ke Daerah Cameron Highlands.
Netizen mula berkongsikan kisah laluan mendap ini dan ada reaksi lucu diterima iaitu mengatakan tiada laluan ke Cameron Highlands. Ini belum lagi termasuk pencacai politik yang sengaja mewujudkan persepsi negatif dengan kejadian tanah mendap ini. 24 jam x 7 hari korang berpolitik betul la.... Tak de tujuan hidup yang lain gamaknya.
Benar. Laluan di kilometer 30 iaitu di antara Hentian Pos Betau ke Simpang masuk Kampung Orang Asli Meter telah mendap di sebelah kiri yakni lorong untuk ke Cameron Highlands sepanjang 50 meter.
Salah. Jika mengatakan ianya telah terputus dan laluan tersebut ditutup. Ini kerana di kawasaan tanah mendap ini terdapat 4 lorong iaitu dua lorong setiap arah. Pihak JKR Kuala Lipis telah menutup lorong ke Cameron Highlands yang mendap dan membuka satu laluan kontra di bahagian lorong menuju ke Pos Betau yang menjadikan hanya satu lorong bagi setiap arah. Jalan masih selamat untuk dilalui.
Jangan percaya sangat andaian itu ini dari mereka yang tak pasti. Anda hubungi sahaja JKR Kuala Lipis atau Balai Polis Felda Sungai Koyan.
Jangan tanya Mak Esah di Papua New Guinea yang 26 tahun tak balik Malaysia untuk perkembangan jalan ini.
Selain itu ada 3 laluan lain yang menuju ke Cameron Highlands yang tidak terjejas iaitu Jalan Tapah, Simpang Pulai dan juga Gua Musang melalui Lojing.
Selamat melancong dan bercuti di Cameron Highlands .... minggu depan musim cuti puncak di Cameron Highlands.
Dah lama perasan .... dahulu di kawasan ini akan berkumpulnya ramai remaja orang asli sepanjang 'safety rail' di sini dengan telepon di tangan.
Semua mencari 'line' telepon di sini. Namun kini dah tak ada. Mungkin liputan telepon dah jelas dalam kampung masing-masing dan tak perlu lagi beriadah di sini mencari talian....
Semua mencari 'line' telepon di sini. Namun kini dah tak ada. Mungkin liputan telepon dah jelas dalam kampung masing-masing dan tak perlu lagi beriadah di sini mencari talian....
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.