Susulan kejadian cerun jalan runtuh di kilometer 30 Jalan Sungai Koyan ke Cameron Highlands berdekatan dengan Kampung Orang Asli Meter, Pos Betau semalam, KDYMM Pemangku Raja Pahang telah sudi mencemar duli melawat kawasan kejadian petang tadi.
Catatan awal saya mengenai kejadian tersebut ada dikongsikan di SINI.
Baginda Pemangku Raja Pahang dalamnya titahnya meminta semua pembinaan infrastruktur di Negeri Pahang dibina dengan bahan pembinaan yang berkualiti dan tiada kerja sub standard oleh pihak kontraktor demi keuntungan semata.
Baginda juga sempat menghubungi Menteri Kerja Raya untuk memaklumkan kejadian dan meminta kerja-kerja baikpulih di kawasan yang terlibat dilaksanakan segera,
Daulat Tuanku.
Sumber : AWANI dan BERNAMA
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.