Saturday, February 3, 2018

Cuti Tahun Baru Cina 2018 di Cameron Highlands


Cuti Tahun Baru Cina akan menjelma minggu depan, 16 hingga 18 Feb 2018, Jumaat hingga Sabtu.

SOALAN POPULAR: Adakah  Cameron Highlands akan sibuk dan sesak? 

Saya menjangkakan MEMANG AKAN SESAK TERUK.

Faktor penyebabnya biasa-biasa aje. Cuti panjang, cuti serentak di semua negeri dan disambung pula dengan cuti tambahan dari pihak sekolah khasnya dari kawasan berpendudukan Cina walaupun suasana di tengah bulan sedikit kering. "Bior pape asalkan bergaye" kan dah jadi amalan ramai di antara kita....

Yang akan bercuti di Cameron Highlands, saya seperti biasa sahaja mencadangkan:
  1. Buat tempahan tempat penginapan segera. Err kalau anda baca hari ini. kira lambat dah ni. Semak di laman web hotel atau apa-apa appss... lebih murah dari walk ini. 
  2. Buat tempahan tempat penginapan sebelum datang.
  3. Buat pemeriksaan kenderaan anda sebelum naik ke Cameron Highlands. Rata-rata pemilik workshop adalah dari Kaum Cina maka anda akan mengalami kesukaran untuk dapatkan khidmat mereka. Malah supplier mereka juga dari Kaum Cina di Ipoh Perak.
  4. Rancang perjalanan anda sebaik mungkin. Hentian persinggahan anda mengikut laluan anda dan jangan melompat-lompat sana sini.
  5. Mulakan hari anda seawal mungkin. Jangan baru nak keluar selepas pukul 11 pagi dan kemudian bising jalan dan sesak.
  6. Jaga adab dan apa saje nilai murni di sini. 
  7. Jangan potong barisan semasa kesesakan.  Kena tular dalam facebook nanti. Anda ingat anda dah samseng di kampung anda tapi anda tak tahu ramai samseng kampung lain pun bercuti di sini.  Nak melancong ke ke bersamseng ni...
  8. Jangan ambil parking orang sesuka hati. Kena marah dan kena block siapa nak cari.
  9. Jangan parkir kereta anda sesuka hati. Pecah tayar empat biji siapa tanggung.
  10. Di Kea Farm, tolong jangan parkir kereta tepi jalan. Bukan saje kena saman, anda akan menjadi punca kesesakan berjauh kilometer panjangnya. Rasa nak calar aje kete yang parkir tepi jalan yang dah letak kon dan penghadang..nasib belum tergamak. Atau selalu cakap..tolong lori sagat aje kete yang sempitkan lorong laluan di sepanjang jalan tu... 
  11. Jangan buang sampah dari kereta anda sesuka hati. Keji ni keji. Yang ni kalau anda nampak anda viralkan. Cameron Highlands tak perlukan PELANCONG SAMPAH macam anda... sikit-sikit bukak tingkap campak sampah  ke luar. 
  12. Jangan nak tular itu ini sesuka hati kelak ada yang mencari.Khasnya kalau tak pasti kejadian sebenar. Tak payah nak buat ayat 'saya bersangka baik'... 'Saya nak tanya ada sesiapa tahu tak'? 
  13. Kalau makan kat kedai tu, semak harga dahulu ya. Jangan bersikap orang kaya malaun tapi bila nak bayar , bijik mata terkeluar... tapi tetap bayar ..kemudian viralkan .. lepas tu owner restoran tolong jawabkan .. lepas tu pot pet pot pet dan delete post tu bila kena kecam... balik cuti kawan-kawan pandang semacam...
  14. Jangan nak melalak kat apartment percutian macam anda seorang sahaja menginap di situ. Kena tegur nanti nak bergaduh. Mulut bising.. tangan tak pun... kalau berani pun setakat viral atau lepaskan pot pet pot pet dalam facebook aje.. 
  15. Kalau mendaki gunung tu dapatkan permit pendakian dari Pejabat Hutan Cameron Highlands dahulu. Nanti Ranjer Hutan tahan melepas nak mendaki .. dari jauh pulak tu... 
  16. Kalau mendaki tu jangan jadi PENDAKI SAMPAH!! Konon cintakan alam sekitar dan sangat gagah mendaki mana-mana gunung ganang.. tapai sayangnya sangat lembik nak bawa turun sampah sendiri .. tak banyak pun plastik kosong aje .. berat sangat kut.... puiiiii .... 
  17. Keluar duit tunai awal-awal sebab dah ramai mesin ATM belum tentu dapat supply duit tunai dengan banyak atau kena beratur panjang. Lokasi ATM hanya di Ringlet Tanah Rata, Brinchang dan Kampung Raja sahaja. Sini kad kredit anda laku kat beberapa tempat sahaja macam hotel. Kedai runcit dan mini market dan pasaraya tak terima pun... ooo kaya kad kredit rupanya... patut bercuti sakaaaan... jangan marah ..usik aje... 
Saya ulang siar sahaja pesanan ringkas di atas ini. Kasar ke? Ala.. sikit aje tegur-tegur gini... tak kan cikgu denda duduk atas jalan tar dah nak marah .....

Untuk koleksi Tips bercuti, anda boleh klik CATATAN INI dan untuk cuti tahunbaru cina di bawah ini:
Selamat bercuti.....  

7 comments:

  1. Klo mcm kt kea farm tu rmai peniaga cina jgk kan?kdai byk xbuka la kan..bcdg nk g cuti ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Klo mcm kt kea farm tu rmai peniaga cina jgk kan?kdai byk xbuka la kan..bcdg nk g cuti ni..hihi

    ReplyDelete
  3. macam tahun tahun lepas bukak . tak de nak tutupnya.. bisnes di musim puncak la katakan ...
    lagipun ramai pekerja mereka samada indoensia ataupun bangla.

    ReplyDelete
  4. Nak tanya kalau 30/12-1/1 jalan jem teruk tak??

    ReplyDelete
  5. Nak tny kalau lepas raya cina tutup x keafarm?dan ada xnight market?dlm plan nk pi 22hb 2..

    ReplyDelete
  6. raya cina tahun 2019 pasar malam brinchang golden hills buka tak?kea farm akan operasi seperti biasa @ tutup. first time nak pergi cameron time raya cina.harap dpt membantu.

    ReplyDelete
  7. Pasar pagi cameron buka tak pada 3feb2019?

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.