Saturday, February 3, 2018

Kebun Leek di Lembah Bertam.


Kebun sayur yang baru saya singgah adalah Kebun Leek di Bertam Valley hari Isnin yang lalu. Leek ini memang agak asing kepada pembeli dan pelancong Melayu. 

Memang sayur leek digemari oleh kaum Cina. 


Rupanya macam daun bawang tetapi bersaiz besar. Boleh dibuat sup dan digoreng terutamanya di bahagian bawah pokok leek ini. 

Ianya lembut rasanya dan sesuai untuk dimakan sebagai sayuran berkuah. 


Manakala di kebun leek di tanam di atas tanah dan  kawasan terbuka tanpa perlu struktur lindungan hujan. Ianya ditanam diatas batas tanpa perlukan sokongan pada pokok leek ini. Cukup dengan batas yang digembur dengan baja organik seperti tahi ayam. 


Jangka masa selama 2 bulan diperlukan untuk menuai leek selepas ditanam. Saya kongsikan koleksi di kebun leek yang saya kunjungi di waktu berkabus.




******************************************
Untuk membaca catatan berkaitan kebun sayur yang pernah saya pergi sebelum ini, sila klik link dibawah:


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.