Thursday, February 1, 2018

Koleksi Catatan Pertanian Cameron Highlands

Saya suka menulis dan mengambil gambar berkenaan dengan pertanian sekitar Cameron Highlands sejak mula berblog. Bukan apa, ianya dekat dengan diri saya kerana bekerja dalam bidang berkaitan dengan pertanian dari mula menetap di Cameron Highlands. Mudah dan seronok untuk berkongsi maklumat.


Setiap kali singgah di kebun-kebun sayur ini, saya akan bersembang dengan pekebun itu sendiri bagaimana tanaman mereka serta apa sahaja. Kadang-kala saya hanya bersembang dengan pekerja asing di kebun sayur kerana selalunya kunjungan saya biasanya semasa waktu rehat saya. Diet....

Biarpun mereka adalah petani baik moden atau tradisional  ataupun hanya pekerja asing, mereka ini adalah yang berjasa tanpa kita sedar yakni mereka menanam sayuran untuk kita. Memang kita membayarnya namun itu bukan pasport untuk kita mendewakan pula diri kita sebagai 'tuan pembayar' semata. Ada ikatan antara kita dan mereka tanpa kita sedari. 

Saya kongsikan kembali catatan-catatan berkaitan dengan kebun sekitar yang pernah saya singgah dan kongsikan dalam catatan awal.
  1. Bagaimana pertanian berkembang di Cameron Highlands
  2. Pertanian adalah Perniagaan
  3. Pembukaan Tanah untuk pertanian
  4. Kepentingan air kepada kebun sayur di Cameron Highlands
  5. Kepentingan dan Keperluan sumber air untuk kebun sayur
  6. Petani di Cameron Highlands?
  7. Kebun berkonsep Hydroponik
  8. Rumah Plastik
  9. Kebun Tomato secara Tradisional 
  10. Pokok Tomato
  11. Kebun Iceberg Lettuce
  12. Kebun Iceberg 
  13. Kebun Green Coral 
  14. Kebun Capsicum
  15. Kebun Butterhead
  16. Kebun Red Coral
  17. Kebun daun pudina di Lembah Bertam
  18. Kebun Timun Jepun
  19. Kebun Red Coral
  20. Kebun Jagung di Lembah Bertam
  21. Buah  dan Pokok Pisang kaki di  Cameron Highlands
  22. Kebun Baby Bak Choy di Ringlet
  23. Kebun Kubis Bunga di Jalan BOH Habu
  24. Kebun French Bean @ Kacang Buncis
  25. Kebun sawi putih di Lembah Bertam
  26. Kebun Kubis Bulat di Lembah Bertam
  27. Kebun Kucai di Jalan BOH Habu
  28. Kebun Daun Bawang di Jalan Lembah Bertam
  29. Kebun Pak Choy di Jalan BOH Habu
  30. Kebun Kai Choy di Jalan BOH Habu
  31. Kebun Lobak Putih di Tringkap
  32. Kebun Water Crest atau Selada Air
  33. Kebun Water Cress di Jalan BOH Habu
  34. Kebun Water Cress di Jalan Ulu Ringlet
  35. Kebun Labu Siam
  36. Kebun-kebun sayur di sekitar Cameron Highlands
  37. Sisi yang berbeza 
  38. Cara mudah ke kebun sayur
  39. Kebun Sayur Organik 
  40. Kebun-kebun sayur di Lojing 
  41. Model Teknik Pertanian di Stesen MARDI Tanah Rata
  42. Kebun Anggur Lembah Bertam
  43. Ladang Anggur Blue Valley
  44. Kebun Leek di Lembah Bertam
  45. Kebun Kacang Buncis di Lembah Bertam
  46. Kebun Zukini Kuning Pak Hashim di Tanah Rata
  47. Kebun Timun Jepun atau Japanese Cucumber di Lembah Bertam
  48. Kebun Tomato Tradisional di Jalan Lemoi
  49. Kebun Salad Icerberg Tradisional di Lembah Bertam
  50. Kebun capsicum @ Lada Benggala Kuning di Brinchang
  51. Kebun Capsicum @ Lada Benggala Merah di Brinchang
  52. Kebun Capsicum @ Lada Benggala Hijau di Brinchang
  53. Kebun Capsicum @ Lada Benggala Oren di Brinchang
  54. Kebun Tomato Cherry di Brinchang
Saya akan kemaskinikan koleksi catatan ini dari masa ke semasa. Kena memilih dari catatan lama dan jika ada kunjungan baru di kebun sekitar kawasan kerja saya di waktu rehat. 

Pesanan saya:
  1. Jangan tanya nombor telepon pemilik kebun di atas. Saya singgah sahaja bukan berkenalan dengan mereka. Nombor telepon saya pun jangan la tanya yaa.... 
  2. Jangan buat pesanan nak beli itu dan ini... saya singgah sahaja bukan jadi agen jualan mereka. 
  3. Jangan minta saya bawakan anda ke kebun-kebun di atas. Saya singgah ke sana sahaja bukan pemandu pelancong atau pegawai pertanian.
  4. Jangan gunakan fakta dalam catatan saya ini untuk sebarang laporan dan rujukan. Anda perlu mendapatkan fakta dari saluran rasmi yakni Jabatan Pertanian Cameron Highlands
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.