Untuk pertanyaan jika saya dari arah Tapah atau Kuala Lipis, bagaimana boleh saya aturkan perjalanan saya ?
Tips untuk perjalanan dari arah Tapah atau Kuala Lipis saya kongsikan sebegini.
1. Ladang Anggur di Lembah Bertam.
Kalau kena musimnya, Ladang Anggur di Lembah Bertam akan dibuka dan papan tanda Sweat Grape dijual akan diletakan di tepi jalan.
Lokasi jika dari arah Kuala Lipis adalah sebelah kanan dan 6 km sebelum sampai ke pekan Ringlet.
Dari arah Ringlet anda perlu membelok ke Lembah Bertam dihadapan Stesen Shell sebelum melalui pekan Lembah Bertam dan lagi 3 km ke depan di sebelah kiri.
Catatan-catatan saya terdahulu boleh anda rujuk.
2. Ladang Teh BOH Habu.
Selepas Habu Height akan terdapat satu Simpang ke Ladang Teh BOH iaitu berhadapan sebuah padang bola.
6 km laluan yang perlu anda lalui dengan melalui beberapa tarikan yang lain yang akan saya kongsikan dibawah.
Terdapat Tea Centre dan juga anda boleh melihat kilang teh mereka. Selain itu anda boleh mendaki puncak pemandangan ladang teh untuk melihat keseluruhan ladang teh dari lokasi tersebut.
Hentian teh ini adalah yang pertama dan tertua dibuka oleh BOH selain ladang ini juga adalah ladang teh pertama mereka yang dibuka sekitar 1924.
3. Ladang Bee Farm di Habu
Sebelum ke ladang teh, anda boleh singgah di ladang lebah ini yang mana anda boleh membeli madu dan produk berkaitan dengannya. Selain itu anda boleh melihat sendiri koleksi sarang lebah kormesial yang diternak di sana.
Juga terdapat pokok-pokok hiasan dan lanskap yang dijual di sini.
4. Kedai Bunga Orkid di Habu
Sebelum sampai di Ladang Lebah diatas, terdapat satu kebun orkid yang berada di sebalah kiri di mana mereka menjual pelbagai koleksi bunga orkid dengan harga yang berpatutan.
Pemiliknya juga membekalkan orkid mereka untuk jualan di beberapa gerai jualan bunga-bungaan sekitar di kawasan Tanah Rata dan Brinchang.
5. Kebun sayur dan water Crest
Sepanjang laluan ke ladang teh ini anda boleh singgah bergambar dekat dengan mana-mana kebun sayur tradisional dan juga yang unik adalah water cress atau selada air.
Pemandangan yang unik memang mengujakan anda untuk bergambar di sini.
6. Agro Highlands di Sungai Bisik
Keluar semula ke laluan utama anda akan menemui AGRO HIGHLANDS di sebelak kiri dengan tarikan seperti air terjun bisik yang anda akan paham nanti kenapa ianya dinamakan sedemikian.
Selalin itu saya suka dengan rekaan kebun strawberrnya di tingkat atas yang unik. Anda boleh memetik sendiri strawberry anda disini.
Terdapat juga cafe makanan dan juga jualan tanaman hiasan, pasu bunga serta produk hiliran seperti jem strawberry yang dibuat oleh pengusahanya sendiri yang MUSLIM.
7. Hentian Tea Bharat 1
Hentian Tea Bharat yang pertama ini berada di bawah. Saya mencadangkan anda ke hentian kedua yang berada hanya 1 km sahaja dihadapan kerana di sini tidak sesuai untuk anda turun ke celahan pokok tehnya.
Namun jika anda ingin berjalan jauh ke bawah ke bahagian tengah untuk melihat air terjun buatan di tengahnya, disinilah pintu masuk untuk ke sana.
8. Hentian Tea Bharat 2
Di hentian kedua ini memangn popular kepada pelancong.
Ianya menyajikan pemandangan keseluruhan ladang teh milik Bharat Tea Plantation ini.
Malah anda boleh turun kebawah untuk bergambar di celahan pokok teh dan menerokai kawasan tanaman ini secara sangat dekat.
Jadi di sini sering dijadikan lokasi persinggahan yang popular berbanding dengan hentian yang pertama.
Semua lokasi persinggahan di atas telah saya kongsikan dalam catatan yang khas dan terdahulu.
Apa yang anda boleh lakukan adalah buat carian seperti 'kebun water cress mrkumai' dan anda akan dibantu untuk ke catatan tersebut.
Semoga tips merancang perjalanan ini dapat membantu anda ..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.