Antara catatan pertama saya sejak mulai berblog adalah mengenai Cameron Highlands adalah berkisarkan dengan Ros Chalet.
Kenapa? Sebab pemiliknya En. Zul sebagai orang yang tempatan di sini yang terawal yang saya kenal sejak mula berpindah dan bekerja di Cameron Highlands.
Jadi di sinilah saya mulai kenal homestay dan juga kiosk strawberry. Malah kalau tahun 2007 di Kampung Taman Sedia yang menawarkan chalet homestay yang terawal adalah Marina Chalet dan Ros Chalet secara kormesial. Yang lain sekadar sebahagian unit kediaman masing-masing sebelum bertambah bagaikan cendawan selepas hujan.
Dan untuk kali ni saya nak kemaskiniki Ros Chalet yang saya maksudkan dengan gambar minggu lepas.
Tapi saya mulakan dengan Kiosk Strawberry mereka dahulu di bawah ini.
Ada cafe yang menjual makanan dan minuman berasaskan produk hiliran strawberry dan juga yang terkenal dengannya seperti scone,aiskrim dan juga makanan snack ringkas.
Malah mereka mempunyai produk strawberry yang dihasilkan sendiri dengan jenama Starzy.
Ada juga jualan barangan cenderamata berasaskan Cameron Highlands serta produk tempatan.
Dan istimewanya dimusim cuti, mereka membuka kiosk mereka sehingga lewat petang di kala ramai pengusaha kiosk yang lain menutup perniagaan pada pukul 5 atau 6 petang.
Lokasi mereka adalah bersebelahan dengan Surau Taman Sedia.
Selamat mengunjungi Kiosk Straweberry Ros Chalet.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.